S2 - Bab 20💋
My Baby,
Your Daddy.
“Annyeong Daddy Chim!”
Rania terus meluru ke arah Jimin yang sedang berdiri di luar pintu rumah. Jimin menyambut Rania dengan senyuman yang lebar hingga ke telinga.
Dia rindukan anak Jeon seorang ni.
“Nia fikir Daddy Chim tak datang tadi.” ucap Rania sebelum memberikan sekilas ciuman di pipi lelaki itu.
“Untuk Rania, redah lautan api pun Daddy sanggup.” seloroh Jimin seraya ketawa, kasut dibuka lalu dia melangkah masuk kedalam rumah.
Saat itu dia terserempak dengan Jungkook yang baru melangkah keluar dari dapur dengan wajah yang masam mencuka.
Mereka bertatapan untuk beberapa saat. Tatapan dingin dari Jungkook dan tatapan pelik dari Jimin.
“Jeon, kau buat apa kat sini?”
“Aku yang patut tanya kau soalan tu.” balas Jungkook. Jimin tersengih kecil, bibirnya dimuncungkan ke arah Rania.
“Rania yang minta aku datang sini, katanya nak main barbie sama- sama. Aku layan jelah. Anak, kan? Lagipun selepas ayah tiri dia pergi, aku rasa bertanggungjawab untuk jaga Rania.” ucap Jimin seakan Rania itu anaknya betul- betul.
Jungkook makin bengang bila mendengarkannya.
“Jangan berlagak seakan kau tu ayah kandung Rania.” dingin saja Jungkook melontarkan ayat tersebut.
“Bak sini anak aku.”
“Eh, siapa yang dulu gendong, dia punyalah.” jawab Jimin, dia jarakkan dirinya dari Jungkook bila lelaki itu melangkah untuk mendapatkan Rania.
“Bagi anak aku!”
“Daddy jangan gaduh! Rania tak suka!” Rania menahan tubuh kedua- dua lelaki itu agar tak merapat dan bergaduh sesama sendiri.
“Mommy! Tengoklah Daddy berdua ni, bergaduh!” adu Rania bila dia melihat ibunya melangkah keluar dari dapur. Harley terdiam buat beberapa detik.
“Rania turun sekarang dari Daddy, pergi siapkan homework.” arah Harley. Rania mengangguk akur.
“Tak pelah, biar Daddy temankan Rania belajar.” ujar Jungkook, tanpa mendengar kata putus dari Jimin dan Harley, dia menarik Rania dari gendongan Jimin lalu meluru naik ke tingkat atas.
Sengaja mahu mengelak dari berduaan dengan si pendek, Jimin dan Harley. Pengakuan Harley masih lagi berbekas dihatinya.
Dia sakit hati.
Namun apa yang dia boleh lakukan sekarang hanyalah bersabar.
Dia tahu yang Harley perlukan waktu, dan dia akan cuba untuk faham.
Buat masa ini...
Sampai saja di bilik belajar Rania, Jungkook menurunkan Rania dan tubuhnya dibaringkan diatas lantai.
“Rania buatlah kerja rumah, kalau ada yang tak faham, tanya Daddy.” ujar Jungkook. Matanya dikunci pada siling bilik belajar tersebut. Fikirannya serabut.
“Jangan mainkan perasaan aku.”
“Awak yang mainkan perasaan saya dulu Jungkook. Lebih teruk dari apa yang saya buat sekarang, now you tell me that i'm playing with your feeling?” mata Harley yang mula bergenang dengan air mata itu direnungnya.
“Pernah tak awak tanya apa yang saya rasa?
Pernah tak awak tanya sakit hati saya macam mana?
Pernah tak awak tanya kenapa saya tak berhenti menangis sebelum ni?
Pernah tak awak tanya... perasaan saya?” soal Harley. Jari telunjukkan diletakkan diatas dada Jungkook.
“Saya sakit.
Saya tak kuat.
Saya lemah.
Saya Harley Kwon, gadis yang sama awak lukakan dulu tapi masih gagah berdiri untuk benih awak.” ucap Harley.
“Kalau bukan kerana Rania, saya pilih untuk mati.” ucapnya lagi yang membuatkan Jungkook terkesima.
“Daddy Koo.” panggilan Rania mematikan lamunan Jungkook buat seketika. Keningnya terjongket satu.
“Ya, sayang?”
“Daddy Koo sayangkan mommy ke?” soal Rania polos seraya memuncungkan bibirnya. Jari jemari kecilnya dibelek- belek.
Jungkook mendiamkan diri mendengarkan soalan tersebut. Soalan yang bagi Jungkook agak mudah untuk dijawab, namun hatinya berbelah bahagi.
“Mestilah Daddy sayang, kenapa?” jawab Jungkook. Hidung Rania dicuitnya. Sedikit geram dengan kecomelan anaknya itu.
“Daddy kahwinlah dengan Mommy.”
Jungkook terkebil- kebil.
Mudahnya kamu cakap Rania, bisik Jungkook. Namun dia memlilih untuk tak merespon Rania. Dia cuma tersenyum.
Takkanlah dia nak paksa Harley kahwin kot? Bukannya makin baik hubungan, tambah meretakkan adalah.
“Tengoklah, Rania tolonglah pujuk Mommy juga. Daddy dah penat. Mommy Harley kamu merajuk dekat Daddy lama sangat.” ucap Jungkook seraya ketawa kecil.
“Betul ni nak Rania pujuk?”
“Kita tengok siapa yang boleh buat Mommy Harley akur.” ucap Jungkook dengan sengihan kecilnya.
“Tapi macam mana dengan Daddy Chim? Daddy Chim kata dia sukakan Mommy juga.” ucap Rania tanpa sedar yang ucapannya itu akan mengundang Perang Dunia Ketiga antara Jungkook dan Jimin.
“Jangan bagi mamat pendek tu peluang nak dekat dengan Mommy Harley! Mommy Harley Daddy Koo punya, Daddy Chim tu jahat!” sengaja Jungkook mereka cerita agar Rania menjauhkan diri dari Jimin lagi.
Harley dan Rania itu miliknya. Dan... selamanya akan begitu.
“Kurang asam kau Jeon!”
.
Do check my new story
Fix me, Doctor!
Sha akan fokus pada fanfic tu bila fanfic ni tamat.
Fanfic Fix me, Doctor terinspirasi dari lagu Britney Spears- Criminal (slowed ver).
Jadi, sabarlah menunggu ya?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro