Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

S2 - Bab 1💋

My baby,
Your Daddy.









● ●

Enam Tahun Kemudian...

Langkah kaki lelaki itu dengan megahnya berjalan memasuki pintu utama dewan tersebut.

Tuxedo hitam yang dikenakannya dibetulkan bila dirinya terasa sedikit rimas.

Sempat dia membelek telefon pintarnya sementara menunggu dirinya barisan hadapan untuk masuk kedalam.

“Tuan Jeon Jungkook?” panggil penyambut tetamu seraya menundukkan badannya tanda hormat bila lelaki itu mendongakkan wajah.

“Mari saya bawakan Tuan ke meja Tuan.” pelawanya, sekali lagi kepalannya ditundukkan tanda hormat sebelum dia menuntuk Jungkook masuk kedalam dewan utama tersebut.

Meja bernombor 4 diberikan kepada Jungkook yang sememangnya tetamu terhormat Majlis Usahawan Korea saat itu. Jadi tak hairan jika Jungkook dikenali ramai.

Paras wajahnya yang tampan dan mempersonakan itu membuatkan sesiapa saja yang memandang kearahnya akan menoleh dua kali. Kekayaannya yang tak habis tujuh keturunan sekalipun.

Jeon Jungkook memang lelaki idaman para gadis pada saat itu walaupun umurnya hampir mencecah 30 tahun, namun wajahnya masih kelihatan muda dan bergetah.

Namun satu sahaja masalah lelaki itu sekarang, dia seorang lelaki yang baran dan pemabuk.

Belum pun punggung Jungkook panas diatas kerusi itu, seorang wanita yang dapat diperhatikan mempunyai darah barat sedang menghampirinya dengan lenggang lenggok yang disengajakan.

“Can i get you some drink, Mr. Jeon?” soal seorang gadis bule sebelum menyentuh bahu Jungkook.

“It's okay. I can get it by myself.” jawab Jungkook, dingin saja nadanya membuatkan suasana dia dan gadis itu menjadi dingin dan kekok.

“Really? Okay, then... i'll go. By the way, I'm Miquela.” ucap gadis itu. Jungkook cuma mengangguk saja, matanya sedikitpun tak dilarikan dari memandang telefon pintarnya itu.

Kehilangan gadis bernama Miquela itu langsung tidak diambil peduli sama sekali.

“Oi Jeon!” sapa Jimin sebelum menarik kerusi lalu duduk disamping lelaki itu.

“Aku fikir kau tak datang. Maklumlah, kaukan ceo syarikat yang sibuk menyendu 24 jam?” perli Jimin buatkan Jungkook menjelingnya tajam.

Sengaja dia gunakan perkataan menyendu bagi menukarkan perkataan menyondol agar nampak lebih sopan walaupun sikap Jungkook berkata 360 darjah jauh dari kenyataan yang sebenarnya.

Lagipun, Jiminkan lelaki yang sopan?

“Aku bosan.” jawab Jungkook.

“Bosan? Perempuan keliling pinggang 24 jam kau masih boleh cakap kau bosan?” soal Jimin dengan riak tak percaya. Bila Jungkook hanya menayangkan wajah kosong tanpa perasaan.

“Eiii aku hempuk kang-”

“Aku nak kesana jap.” ucap Jungkook, tanpa menunggu balasan dari Jimin, lelaki itu terus mengangkat punggung meninggalkan Jimin yang sedang membebel disitu.

Ruangan minuman beralkohol dihampiri Jungkook, rambang saja matanya melihat variasi minuman yang memabukkan itu.

Tak ada perempuan tak apa, yang penting alkohol ada.

Uncle!” panggil seorang kanak- kanak seraya menarik lengan baju Jungkook. Berkerut dahi lelaki itu jadinya.

“Boleh tak uncle ambilkan Nia cupcake tu?” soal gadis kecil itu seraya menundingkan jarinya pada section dessert.

Mana daddy dan mummy?” soal Jungkook, namun dia tetap menuntun gadis kecil itu ke ruangan tersebut persis seperti ayah dan anaknya.

Molla.

Sebiji cupcake diambil lalu diberikan kepada kanak- kanak perempuan itu. Dalam kiraan detik, senyuman kanak- kanak yang dia kenali sebagai Nia itu melebar.

Yeay! Ahh chakaman! Uncle rasa cupcake ni ada kacang tak?” soalnya.

“Tak tahu, why?

Mummy cakap Nia tak boleh makan kacang. Alergic.” jawabnya serentak buatkan Jungkook tersentak.

'Mummy cakap Nia tak boleh makan kancang. Alergic.' Kata- kata kanak- kanak itu berputar kembali dikepalanya.

Kacang...

Alergic dengan kacang...

Tak semena- mena Jungkook duduk melutut dihadapan kanak- kanak itu. Kedua bahunya disentuh lembut.

Mummy adik nama apa?” soal Jungkook, jantungnya mula berdebar bila mata bundar dan bulat milik kanak- kanak itu merenung matanya.

“Nama mummy Nia macam orang putih sikit. Har-”

“Rania!” panggil seseorang serentak buatkan Jungkook dan kanak- kanak itu menoleh memandang ke satu arah.

Bila matanya bertentang mata dengan sang gadis, tak semena- mena hatinya sudah lama mati itu kembali bergetar.

Mummy!

Come here!” ucap Harley, tubuh Rania ditarik dan dibawa jauh dari lelaki itu.

“Dah jumpa Rania ke, sayang?” soal satu suara sebelum tubuh lelaki itu berdiri disamping Harley.

Tajam saja mata mereka bertentangan.

Kim Taehyung, lelaki yang mengubah jalan cerita antara dia dan Harley enam tahun yang lalu. Jungkook mengetap bibirnya geram.

“Oh, long time no see. Brat.” ucap Taehyung dengan sengihan kecilnya.

.

So, how the first chapter?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro