Bab 25👔
Daddy Issue
❝Let's misbehave❞
____________________
HARLEY dan Jungkook sama- sama duduk diam diatas sofa, kekok dengan pandangan wanita yang Jungkook kenalkan sebagai ibunya itu.
“Kenapa datang sini tak bagitau?” soal Jungkook, sedikit bengang dengan tindakan meluru ibunya itu.
Melebar senyuman Puan Jeon jadinya.
“Mama datang sini nak kenalkan kamu Jane, mama jamin yang kook pasti suka. Orangnya cantik, seksi, pandai bergaya, pandai menggoda, boleh tolong sembuhkan kamu, kan?” soal Puan Jeon.
Lengannya menyiku lengan wanita yang bernama Jane yang sedang duduk disampingnya itu. Terus saja bibir Jane melebar dengan senyuman.
“Hai, saya Jane.” ucap gadis itu seraya menghulurkan tapak tangan namun Jungkook langsung tak mencapainya.
Jane kembali menarik tapak tangannya, kekok.
“Em, kook tak kenalkan lagi siapa perempuan yang kat tepi kamu ni. Lawa, kawan ke?” soal Puan Jeon, sedikit teruja dengan kehadiran seorang wanita didalam rumah anak terunanya itu.
Jungkook diam untuk beberapa saat, memikir ayat yang betul agar mamanya tak berfikir yang bukan- bukan. Tapak tangan Harley diraihnya.
“Nae yeoja... (My lady)” jawab Jungkooo buatkan Puan Jeon tersenyum gembira.
Syukurlah kalau anak terunanya itu sudah mula menyimpan perasaan terhadap wanita.
Tak perlulah dia susah- susah nak bayar perempuan mahal- mahal untuk sembuhkan penyakit songsang anaknya itu.
Selama ini, semua wanita yang dia bayar untuk sembuhkan Jungkook semua menggeletar lutut lari dari lelaki itu.
Gerun!
“Tapi eomma masih nak Jane menetap disini, dua hari. Kook pun tahukan sebabnya apa?” soal Puan Jeon.
Jungkook diam, dia menggenggam erat tapak tangan Harley sebelum mengangguk perlahan.
“Kook tak kesah, tapi kook cuma minta satu, jangan sesekali ganggu privasi Kook dengan my girl.” ucap Jungkook buatkan Puan Jeon tersenyum.
“Kalau pasal yang tu, kamu sendirilah yang bincang. Mama tak boleh nak jamin yang Jane tak ganggu kamu berdua.” balas Puan Jeon.
Harley diam, genggaman tapak tangan Jungkook dilepaskan dari menggenggam tangannya.
Laju Jungkook menoleh memandang Harley sebelum tangan gadis itu kembali diraihnya.
“Kalau macam tu, mama balik dululah. Jane jaga diri ya? Selamat berkenalan, Harley!” ucap Puan Jeon seraya mengangkat punggung.
Harley ikut sama mengangkat punggung lalu menghantar wanita itu hingga ke luar rumah.
“Harley jaga Jungkook baik- baik ya?” pesan Puan Jeon, lengan Harley disentuhnya sebelum dia melangkah masuk kedalam perut kereta lalu kereta tersebut dipandu keluar dari kawasan rumah.
Harley melepaskan keluhan lega, nasiblah ibu Jungkook tak melenting, kalau tak habis dia terpaksa tadah telinga dengar caci maki wanita itu.
Harley menutup pintu, saat dia kembali di ruang tamu, Jane sudah duduk disamping Jungkook sambil jari jemarinya menyentuh dada bidang lelaki itu.
Jungkook cuma duduk diam saja, tak bergerak walaupun seinci, dahinya berkerut tanda tak suka, namun dia langsung tak menghalang.
Harley mengalihkan pandangan bila Jane mencium leher Jungkook. Jantungnya sudah berdegup tak keruan, namun siapalah dia hendak menghalang?
“Sa- saya naik atas dulu. Kalau awak cari saya, saya ada kat bilik.” ucap Harley seraya mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas tanpa menunggu balasan dari lelaki itu.
Dadanya yang berombak itu disentuhnya.
Argh! Kenapa dia perlu rasa kesal dengan Jungkook?
Jungkook berhak melakukan apa yang dia mahukan tanpa halangan dari dirinya, kerana apa?
Kerana dirinya hanyalah wanita yang Jungkook bayar untuk menggoda dirinya.
Sama seperti Jane.
Harley mengetap bibir, entah kenapa dia terasa mahu menangis saat itu juga.
Why?!
.
Tunggu,
itu baru sedikit sayang sayang kur.
Hohoho
Do read this story too;
Ex by scftiejimin
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro