Bab 12👔
Daddy Issue
❝Let's misbehave❞
_______________
“HARLEY, sini!” panggil Jasmine pada Harley yang sedang tercari- cari dirinya didalam cafe tersebut.
Harley mengangkat tangan, laju saja langkah kaki dibawa ke tempat Jasmine berada. Punggung dilabuhkan diatas kerusi.
“Wei, makin reciks kau sekarang.” ujar Jasmine seraya menepuk tapak tangan Harley bila gadis itu menyentuh tapak tangannya.
“Eii mestilah.”
“Heish, jealous aku. Oh ni, aku dah order dulu. Kau orderlah apa yang kau nak. Mesti tak tinggal kek indulgence kau tu kan? Takpe aku belanja.” kata Jasmine seraya menayangkan lesung pipitnya.
“Tahu- tahu aje kau.”
“Mestilah.”
Harley memanggil waiter dan mula memesan apa yang dimahunya. Pelbagai jenis pencuci mulut dihidangkan diatas meja. Hampir penuh satu meja.
Melihatkan itu buatkan senyuman Harley mengembang, dia gembira bukan kepalang.
“So, apa cerita dengan customer baru kau?” soal Jasmine seraya mencuit sedikit kek indulgence tersebut.
Harley cuma jongket kening. Latte dicapainya lalu dihirup sedikit.
“Good aje.”
“Tapi kau cakap dia gay-”
“Ya, itu je masalah dia sekarang. Aku tak tahulah nak buat macam mana, dia kata dia nak aku pulihkan dia.
Buat dia jadi lelaki sejati balik. Tahu tak dengan cara apa? Dengan cara aku kena goda dia habis- habisan.” terang Harley panjang lebar.
Jasmine cuma ketawa mendengar luahan hati kawannya itu.
Dulu dia selalu bebel pasal Sugar Daddy gatal dia tu. Dah tua- tua bangka, tinggal tunggu nak mati je masih ada hati lagi nak cuba anak dara orang.
Hem, tapi sekarang dia bebel pasal customer dia yang gay tu pulak.
“Aku rasa dia tu ada Daddy Issue-lah.”
“Hem? Apa maksud kau dia ada Daddy Issue?” soal Harley, sedikit pelik dengan ucapan rakannya itu.
“Yalah, he's rich, he young, having a hot body. His gaze, his presence, semuanya tentang dia nampak macam daddy. But the issue slash the problem is...” Jasmine mengantung ayatnya buatkan Harley tertunggu- tunggu.
“He's gay.” sebut mereka serentak.
“Dia punya partner pun kacak weh. Kalau kau pandang mereka, tak nampak macam gay langsung sebab muka dorang tu buat kau angau.” kata Harley seraya menyuap kek indulgence kedalam mulutnya.
Jasmine cuma ketawa mendengarnya.
“Sebab tulah kita kena berhati- hati dengan lelaki kacak ni.” kata Jasmine sambil tersenyum. Dia melirik pandang ke arah seorang lelaki yang sedang asyik memandang ke arah mereka.
Cap yang dia gunakan dia tarik sedikit sebelum pandangan dialihkan bila Jasmine menoleh kearahnya. Hal itu buatkan Jasmine mula curiga.
Walaupun lelaki itu duduk jauh di sudut restoran, namun tindak tinduk yang mencurigai lelaki itu masih boleh ditangkap oleh Jasmine.
“Nampak macam ada orang intip kitalah.” kata Jasmine.
Kening Harley terjongket.
“Mana?” Harley menoleh, matanya mengecil mahu mengesan identiti lelaki itu.
Dia tak kenal, namun bila dia lihat ada tatu berbentuk helang dilengan lelaki itu buatkan Harley mengeluh kecil.
“That's my customer.”
“What? But why he follows you?” soal Jasmine, dahinya berkerut pelik. Sudu kecil dikemamnya. Dia kembali meneliti penampilan lelaki itu.
Memakai pakaian yang serba hitam buatkan bentuk badan lelaku itu sedikit menonjol. Tambahan lagi dengan cap dia yang berwarna hitam itu. Jasmine tersengih.
Damn, he's perfect.
“He's hot, tho.”
“I know.”
“Kalau aku jadi kau, en. Aku goda dia habis- habisan. Biar tak boleh tidur. Muahahah!” gelak Jasmine buatkan Harley menggulingkan anak matanya.
“Itu kau, kau kan memang pantang nampak lelaki. Dia pandang aku pun, fuh. Aku lemah satu badan. Bayangkan kalau dia dah straight? Tak tidur aku kot!” kata Harley buatkan Jasmine ketawa.
“Oh ya, macam mana dengan ayah kau? Dah dapat maklumat ke pasal ayah kau tu?” soal Jasmine.
Harley yang sedang mengunyah itu terus terdiam. Terus dia gelengan menggeleng sebagai jawapan untuk soalan Jasmine itu.
“Huh, aku lupa yang susah nak cari keluarga Kwon dalam Korea yang besar ni.” ucap Jasmine.
“Hem...” Harley cuma berdehem.
“Takpelah, lambat laun, kau jumpa jugaklah ayah kau tu. Eh!” Jasmine menjerit kecil buatkan Harley sedikit tersentak.
“Apa, apa?”
“Customer kau, dia dah hilang!”
“Eh?”
.
Lepas ni kita soft soft aje.
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro