Bab 6👑
Belle Áme | 06
“Lauren!”
Lauren mengeluh perlahan. Dia memutarkan tubuh sebelum tubuh Gina betul- betul berada dihadapan matanya. Gadis itu menghulurkan tapak tangan.
“Mana assignment aku?”
“Ni..” Lauren menghulurkan fail hitam kepada Gina. Gadis itu tersenyum gembira. Gembira kerana kerjanya siap namun bukan dari kerja kerasnya sendiri.
“Okay, thank you sebab tolong.” kata Gina sebelum melanggar bahu Lauren sebelum melangkah pergi dari situ.
“Hai!” teguran dari seseorang buatkan langkah Lauren semakin melaju. Dia mahu mengelakkan diri dari berjumpa dengan lelaki bernama Jimin itu untuk hari ini, sekali lagi.
“Hei, nak pergi mana laju- laju ni? Kelas belum mula lagikan?” kata Jimin, dia berdiri dihadapan Lauren buatkan gadis itu merempuh tubuhnya. Jimin menahan lengan Lauren bila gadis itu hendak melarikan diri.
“Em, em maaflah sa- saya ada kerja nak dibuat ni.” kata Lauren perlahan. Jimin lepaskan pegangan tangannya pada lengan Lauren. Mahu mengelakkan gadis itu rasa tak selesa dengannya.
“Saya rindu awak.” kata Jimin tiba- tiba buatkan Lauren mendongakkan wajahnya, terkejut. Jimin tersenyum menampakkan eyesmilenya.
“Saya main- main jelah. Nak bagi awak duduk diam kejap, nampaknya itu jelah caranya..” kata Jimin sambil tersenyum. Lauren meneruskan perjalanannya namun Jimin tetap mahu mengekori langkah Lauren.
“Dia buli awak ke tadi?”
“Tak adalah..”
“Tipu” kata Jimin separuh merengek.
Lauren tidak menghirukannya. Dia teruskan perjalanan buatkan pelajar yang berada di koridor tersebut memandang mereka pelik dan mulai berbisik- bisik sesama sendiri. Lauren sudah mengetap bibir, geram.
“Bo- boleh tak awak stop i- ikut saya? Saya tak nak o- orang lain tengok saya ni macam perempuan yang nakkan per- perhatian.” kata Lauren seraya menunduk. Jimin cuma senyum.
“Okaylah, saya minta maaf” kata Jimin seraya mengangkat tangan tanda menyerah namun senyuman eyesmilenya masih bertayang. Lauren jarakkan diri bila Jimin melangkah setapak.
“Cuma, bagitau saya kalau ada orang cuba nak buli awak. Jangan jadi lemah, Lauren. Saya tak suka.” kata Jimin lembut memberi nasihat kepada gadis itu sebelum rambut Lauren dia kusutkan. Gadis itu mengetap bibir.
“Te-”
“Oi Jimin!” suara garau itu buatkan Lauren terdiam. Dia menundukkan wajah bila terdengar derapan kaki yang semakin menghampiri.
“Em, saya pergi dululah. Se- selamat tinggal” kata Lauren sebelum tergesa- gesa melangkah pergi. Taehyung cuma memandang kepergian Lauren, sudah tahu bahawa itu adalah Lauren. Tunang dalam diamnya.
“Siapa tu?”
“Ohh, budak junior yang langgar aku hari tu. Lauren..” kata Jimin, dia masih memandang kepergian Lauren yang sedang masuk kedalam dewan kuliah dengan senyuman yang tak lengkang dibibirnya.
“Kau suka?”
“Eh taklah. Aku tengok dia tu comel.” jawab Jimin. Taehyung merengus. Comel tang mana?
“Taste kau ni kan, memang tak boleh dibawa bincang!” kata Taehyung. Jimin tersenyum.
“Aku tak tengok rupa, Taehyung. Aku nampak dia baik, pendiam. Sebab tulah senang kena buli.” kata Jimin dan mereka beriringan berjalan di koridor menuju ke dewan kuliah masing- masing.
“Kena buli?”
“Well, biasalah. Kalau nampak pelajar lemah, mulalah ada yang nak belajar pijak kepala. Nak tunjuk kuat.” kata Jimin. Taehyung diam.
Bukan masalah kau, kan Taehyung?
.
🌟vote✔
💬comment✔
⬇
⭐
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro