Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 52👑

“Cik Lauren, tolong makan sikit. Saya suapkan” kata seorang nurse mahu memujuk Lauren secara lembut. Gadis itu langsung tidak menjamah apa- apa sejak dia bangun dari tidurnya semalam.

Lauren menggeleng perlahan tanda tak mahu, nurse tersebut melepaskan keluhan berat. Dia sentuh bahu Lauren lalu menepuknya perlahan.

“Tak apalah kalau Cik tak nak. Saya tak paksa. Em.. saya letak sini bubur ni, kalau lapar Cik makan ya?” kata nurse tersebut sebelum tersenyum kecil.

Nurse tersebut melangkah keluar dari wad itu, meninggalkan Lauren sendirian. Gadis itu langsung tidak menoleh.

Lauren duduk memeluk kedua lututnya sambil wajahnya disembamkan dilutut. Beberapa saat kemudian dia terdengar pintu biliknya kembali terbuka dan derap kaki melangkah masuk dan melangkah kearahnya.

“Saya tak nak makan..”

“Reisha..” bisikan itu buatkan Lauren terdiam. Laju dia palingkan wajahnya memandang ke empunya suara, disitu Kai sedang berdiri disampingnya sambil memakai pakaian lengkap seperti seorang doktor. Lauren tidak mampu mengucapkan sepatah kata.

“K- Kai..”

“Reisha.. kenapa tak nak makan? Nanti tambah sakit, tahu?” ucapnya perlahan seraya tangan kasarnya menyentuh pipi Lauren sebelum dia usap perlahan.

Mata Lauren berkaca- kaca. Dia takut, namun ketakutannya itu kali ini tidak boleh disuarakan lagi. Dia lemah bila berhadapan dengan Kai. Lelaki tak guna ni!

“T- tapi saya dah memang se- sedia sakit pun-”

“Hem? Kau nak aku tambah sakitkan?” soal Kai datar. Lauren menggeleng laju sebelum dia tundukkan wajahnya. Lututnya dia peluk erat. Kai tersengih sinis. Bubur yang berada diatas meja itu dia capai lalu letakkan sebiji ubat tidur didalamnya lalu dia kacau perlahan.

Kai mengambil tempat di birai katil sebelum menyuakan sesudu bubur pada Lauren. Mahu tak mahu gadis itu membuka mulut. Dia bimbang jika Kai mengamuk dan bertindak mecederkan dirinya lagi.

Good, Reisha jangan sakit lagi buat masa ni. Kalau kau sakit, aku tak ada show nak dibuat. Jangan bimbang sayang, sekarang aku akan jaga kau. Aku janji takkan sakitkan kau.. cuma janji satu benda dengan aku..” kai berbisik perlahan, rahang Lauren dicengkamnya lembut hingga wajah gadis itu menghadapnya.

“.. jangan banyak ragam. Kita akan bersama, tak lama lagi. Buat selamanya..” bisik Kai sebelum pipi Lauren diciumnya sekilas. Gadis itu cuma mampu menangis dalam diam.

Kai menyudu lagi bubur ayam tersebut. Satu, dua sudu Lauren mulai rasa mengantuk yang teramat. Mungkin efek dari ubat tidur tersebut. Kai meletakkan mangkuk diatas meja lalu membantu Lauren untuk baring lalu dia selimutkan tubuh gadis itu.

“Buat masa ni.. rehat secukupnya sayang..” bisik Kai, Lauren cuma memandang dengan mata layunya sebelum matanya tertutup rapat lalu dia berdengkur kecil.

Kai cuma memandang sayu. Pipi Lauren diusapnya perlahan.

“Maafkan aku sebab seksa perasaan  kau.. aku cuma cintakan kau tapi malangnya kau tak nampak..”

“Jadi ini adalah salah satu caranya untuk kita bersama.. maafkan aku, Reisha..” bisik Kai dan serentak pintu wad pesakit ditolak dari luar. Laju Kai memasak topeng mukanya semula.

“Em? Cik Lauren dah tidur?” soal nurse tersebut.

“Ya, puas saya pujuk dia tadi untuk makan, dia makan jugalah walaupun sedikit.” ucap Kai lembut sebelum meminta diri untuk keluar dari wad tersebut.

Nurse Moon memandang Lauren yang sedang tertidur dengan pandangan pelik sebelum dia betulkaj selimut yang menyelimuti gadis itu.

“Cik Lauren akan baik- baik je di sini.” bisiknya lalu melangkah keluar dari situ.

Setitis air mata Lauren menitik keluar dari hujung kelopak matanya.

This is just my nightmare..” bisiknya dalam tidur.

.

3 chapter lagi lepastu tamat.😥

[👀]
Hei, kalau anda baik hati berilah saya bintang kuning serta komen juga! Thank you❤
[😚]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro