Bab 5👑
Belle Áme | 05
“Ma, pleaselah jangan paksa Taehyung kalau Taehyung tak nak!” bentak Taehyung, rambutnya diremas geram. Mata Puan Kim melotot, dia bercekak pinggang.
“Mama buat semua ni untuk kebahagiaan kamu Taehyung. Kalau kamu mencintai seorang perempuan kerana rupa. Semua tu takkan kemana! Kamu dengar tak ni, Kim Taehyung!” tidak mahu mengalah, Puan Kim menaikkan suaranya satu oktaf. Taehyung mengetap bibir.
“Kalau kamu tak nak mama potong kad kredit kamu. Baik dengar cakap mama. Bersiap sekarang!”
Puan Kim memberi amaran sebelum melangkah keluar dari bilik anak terunanya itu. Pintu bilik dihempas menandakan Puan Kim mahu menunjukkan protesnya.
Taehyung mengeluh, dia menghempaskan tubuhnya diatas katil. Keluhannya kali ini sangat berat. Keputusan ibu untuk menentukan pasangan hidupnya buatkan Taehyung rasa sesak.
Dia cuma mahu berdamping dengan gadis yang dia sukai dan cintai. Bukan gadis yang tak pernah wujud didalam kamus hidupnya.
Lauren Reisha? Apa yang menarik sangat pada gadis itu sampai mama tidak mahu melepaskannya?
...
Langkah kaki Lauren terhenti sebaik dia terlihat Taehyung yang berada di hujung koridor sedang dalam perjalanan menuju ke tempat yang sama. Lauren ketap bibir bila Taehyung merenungnya tajam.
“Puas hati kau sekarang?” kata Taehyung sebaik dia berhadapan dengan Lauren. Lauren tidak memberi respon, dia hanya mendiamkan diri seraya menundukkan wajah.
Penampilan gadis itu dibelek atas bawah. Lauren mengenakan dress panjang berwarna putih. Nampak cantik namun cermin mata bulat gadis itu mengacaukan semuanya. Mood mengusya Taehyung jadi jatuh.
“Pandang kau ni lama- lama boleh buat mata aku rosak. Dahlah tepi!” Taehyung menolak tubuh Lauren perlahan sebelum masuk kedalam ruangan yang merupakan restoran 5 bintang.
Lauren hanya mengeluh perlahan. Dia mengekori Taehyung masuk kedalam restoran. Dia melabuhkan punggung diatas kerusi, berhadapan dengan Taehyung yang acuh tak acuh.
“Mama nak cakap direct to the point jelah hari ni. Mama nak tunangkan Taehyung dengan Lauren..” kata Puan Kim buatkan Taehyung membulatkan matanya. Kedua ibu bapa Lauren hanya mengangguk setuju.
“Ma..”
“Sarungkan cincin dulu, Taehyung” kata Puan Kim sebelum membesarkan mata. Taehyung tidak lagi mampu melawan, dia mengambil kotak baldu merah di atas meja sebelum berdiri lalu menarik Lauren untuk berdiri juga.
Jari manis gadis itu disarungkan cincin secara paksa oleh Taehyung. Tanpa keikhlasan dan tanpa ada rasa dihatinya.
Lauren cuma mengetap bibir seraya mengambil kotak cincin diatas meja laku disarungkan pada jari manis Taehyung. Puan Kim mengeluh lega manakala Taehyung melepaskan keluhan penuh penyesalan. Dia senyum, senyum penuh palsu.
Kedua mereka ditinggalkan berdua di satu meja di restoran tersebut. Puan Kim mahu mereka berkenal- kenalan dahulu. Kedua mereka terdiam membisu.
“Kenapa kau perlu wujud dalam dunia ni?” soal Taehyung. Hatinya dipenuhi dengan perasaan geram.
“Kau tak faham ke perumpaan bagai langit dengan bumi? Hubungan kita ni boleh rosakkan reputasi aku dalam fakulti! Kau bayangkan lelaki kacak macam aku bertunang dengan perempuan hodoh macam kau ni!”
“Ma- maaf.”
Taehyung mendengus geram.
“Maaf kau tu murah. Okay, aku tak izin kalau kau nak bertunang dengan aku, tapi kau kena ikut semua syarat yang aku minta.” kata Taehyung. Lauren mengetap bibir. Dengan pasrah, dia mengangguk.
“Satu, jangan tegur atau bercakap langsung dengan aku dalam fakulti. Dua, jangan cari aku dan jumpa aku kalau benda tu tak penting. Tiga-”
“Sebab penampilan saya ke yang buatkan awak tak sudi nak dekat dengan saya langsung, Taehyung?” kata Lauren, lirih dan sedih.
Taehyung terdiam.
“Maafkan saya, Taehyung.”
“Lauren..”
.
🌟vote✔
💬comment✔
⬇
⭐
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro