Bab 23👑
Belle Áme | 23
Sebaik pulang dari hotel, Taehyung terus terbongkang diatas katil, katanya itu kebiasaan dia untuk tidur petang. Puan Kim cuma menggelengkan kepalanya melihat anak lelakinya begitu. Hem, iyalah dah jadi suami orang pun tak bagus lagi perangai dia tu.
Lauren cuma memerhatikan gelagat Taehyung yang sedang memeluk bantal peluk itu. Dengan dengkuran kecilnya, Lauren menghela nafas perlahan.
Lauren seterusnya mengambil tempat diatas lantai sambil duduk bersila. Beg pakaiannya dicapai. Dia mahu mengemas pakaiannya didalam almari. Namun sebaik zip beg pakaiannya dibuka, telefon pintarnya mulai bergetar.
Terus saja dia mencapai phonenya memikirkan bahawa itu daripada sepupunya. Tapi sangkaannya meleset bila mesej yang dihantar dari unknown number yang berbunyi;
[Unknown number]
+jgn fikir bila kau dah kahwin dengan dia,
+kau akan terlepas dari aku.
+make my word, aku akan sentiasa perhatikan kau.
+oh by the way, kau cantik sangat masa wedding tu Reisha, aku suka..
+tapi sepatutnya aku yang jadi suami kau.
+NOT HIM!
Lauren mengetap bibir, tangannya menggeletar. Takkanlah, stalker yang 2 tahun memerhatikannya ketika dia di Perancis, datang semula untuk menghantuinya?
Lauren merenung mesej tersebut, macam mana dia boleh tahu tentang perihal perkahwinan Lauren dengan Taehyung sedangkan yang dijemput hanyalah kerabat keluarganya dan keluarga Taehyung saja? Lauren sudah gelisah. Dipandangnya Taehyung yang sedang tidur lena diatas katil.
Kawan Taehyung-kah? Atau dia berpura- pura mendaftarkan diri sebagai salah seorang daripada ahli keluarga untuk menyusup masuk kedalam dewan perkahwinan? Lauren sudah urut kening. Macam mana dia hendak lepaskan diri dari dia?
...
“Masak apa tu?” tegur suara garau Taehyung dari belakang menyentakkan Lauren dari khayalan. Gadis itu menoleh sekilas. Taehyung sudah labuhkan punggung dikerusi di meja makan.
“Em.. saya nak masak pasta je hari ni. Awak boleh makan,kan?” soal Lauren. Risau jugak kalau Taehyung tak boleh nak hadam makanan barat tu. Yalah, dia pandai masak makanan ala france je. Kalau makanan korea dia belum berapa nak terer sangat.
“Ooh, selagi masakan kau tak mematikan aku, tak apalah. Janji sedap dan selamat” selamba Taehyung membalas. Lauren buat muka cemberut. Pasta dimasukkan kedalam air rebus.
“Mama mana?”
“Mama awak keluar kejap, katanya ada hal. Nanti malam dia balik” jawab Lauren. Taehyung cuma mengangguk.
“Ahh kalau macam tu aku nak keluarlah.” Taehyung berkata seraya menghampiri Lauren yang sedang memotong apel. Dia curi sepotong kecil apel sebelum tersenyum bila melihat Lauren yang cemberut.
“Nak keluar dengan siapa?”
“Nak jumpa Rahee, hampir dua hari tak jumpa, aku rindu nak tengok muka dia.” kata Taehyung. Lauren mendiamkan diri, mangkuk yang berisi potongan apel itu dia letakkan diatas meja.
“Balik jam berapa?”
“Tak sure, mungkin tak balik kot” jawapan Taehyung buatkan Lauren terus memandang lelaki itu. Bibir diketap geram. Ini ke Taehyung cakap nak belajar cintakan dia? Jangan haraplah!
“Kenapa kau senyap?”
“Saya cemburu” jujur Lauren meluahkan apa yang terbuku didalam hatinya. Kalau Taehyung nak cuba cintakan dia, kenapa tak cuba lupakan Rahee juga? Berhenti berhubung dengan Rahee. Tak susah kalau Taehyung tak manjakan kemahuannya. Ego, Taehyung tak nak rendahkan ego dia demi Lauren.
Taehyung diam. Bahu Lauren dicengkamnya lembut untuk buatkan gadis itu berhadapan dengannya. Dagu Lauren disentuh untuk memandangnya.
“Please, bagi aku masa untuk lupakan dia dan cuba cintakan kau.” kata Taehyung. Lauren diam. Dia mengeluh perlahan.
“Macam mana awak nak lupakan dia kalau setiap hari yang ada difikiran awak hanyalah dia?” soal Lauren berani. Dia bukannya nak mendesak Taehyung supaya cintakan dia. Dia tahu cinta itu perlukan waktu, tapi kalau Taehyung sudah begini. Tak merasalah dia untuk dicintai lelaki itu.
“Huh.. kau kena faham, Rahee dah bersama dengan aku dah hampir setahun. Jadi susah kalau aku nak lupakan dia macam itu aje.” kata Taehyung, Lauren ketap bibir sebelum dia mengeluh.
“Kalau awak dah cakap macam tu, apa yang saya boleh buat, kan?” kata Lauren lalu melepaskan pegangan Taehyung dibahunya. Pasta yang sudah matang dia keluarkan dari kuali.
Taehyung hanya mengeluh. Ha Taehyung, isteri dah merajuk tu, nak buat apa?
.
Stalker Lauren adalah salah satu sebab kenapa dia tukar penampilan.
Tapi, siapa dia?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro