Bab 2👑
Belle Áme | 02
Lauren melangkah perlahan memasuki dewan kuliah. Tempat duduk paling hadapan diambil memandangkan itu merupakan tempat favouritenya.
Lagipun dia tidak mempunyai ramai kawan jadi dia memilih untuk duduk dihadapan sahaja kerana tempat itu jarang diduduki oleh pelajar yang lain.
Cermin mata bulatnya yang sedikit terlorot ke hidung, dia naikkan pada paras yang betul. Buku nota dikeluarkan dari beg tangannya. Dewan yang tadinya lenggang dan sunyi menjadi riuh bila pelajar- pelajar mulai memasuki dewan.
Kehadiran Dr. Lydia, pensyarah dari British itu membuatkan seisi dewan menjadi senyap. Waktu kelas selama dua jam diisi dengan catatan nota dan sesi perbincangan.
“Huh..” Lauren hanya memandang pemergian beberapa orang pelajar perempuan yang merupakan coursemate-nya dari belakang. Mahu ikut, tapi takut kehadirannya mengundang ketidakselesaan mereka.
Dia berjalan melintasi rakannya itu dan niatnya untuk ke perpustakan terhenti bila ada seorang lelaki sedang menunggunya dihujung koridor dengan wajah yang bengis. Lauren telan liur. Takut. Baru sahaja dia mahu membuka langkah seribu, lengannya sudah disambar dan dia ditarik masuk kedalam perpustakaan tanpa kerelaan.
“Tae- taehyung..” tergagap Lauren jadinya.
“Eo, ini aku.” jawab Taehyung, lengan gadis itu ditarik paksa masuk ke satu sudut di perpustakaan yang sedikit tersembunyi. Dia mahu menyelesaikan masalahnya sekarang juga! Lengan Lauren dilepas kasar.
“Macam mana sebenarnya mama boleh jumpa kau ni hah? Kau jampi dia ke sampai dia nak tunangkan kau dengan aku?” kata Taehyung, dingin dan kasar. Lauren tundukkan wajah, tidak berani menatap wajah bengis lelaki itu. Dia takut.
“Jawablah!” Taehyung menengking.
“Sa- saya tak tahu.”
“Kalau kau tak tau, tolong batalkan niat kau nak miliki aku. Aku ni ada taste yang jauh dari kau. Kau kalau aku nilai, bawah tapak kaki aku je. Senang aku nak pijak- pijak!” tengking Taehyung namun Lauren tidak menangis. Dia sudah menghadapi perkara yang lebih teruk dari itu.
“Ma- maafkan saya. Tapi pertunangan tu bukan saya yang cadangkan. Ma- mama awak yang nak..”
“Jadi kau tak boleh tolak ke apa hah!”
“Kalau saya tolak, maknanya saya setuju, tapi kalau saya setuju ki- kita akan kahwin. Jalannya tetap sama, ja- jadi saya tak berikan jawapan, keluarga ki- kita yang tentukan.” jawapan Lauren buatkan Taehyung menumbuk rak bersebelahan gadis itu. Bengis sahaja wajahnya. Bahu Lauren terhinjut terkejut.
“Aku bagi warning, kau batalkan pertunangan tu atau kau tak akan aman belajar dalam fakulti ni!” kata Taehyung sebelum dia melangkah keluar dari perpustakan dengan hati yang panas.
Lauren duduk mencangkung, jantungnya berdegup tak berirama. Degupan yang menggambarkan betapa takutnya dia pada Taehyung.
⬇
⭐
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro