Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14👑

Belle Áme | 14

“Huh..”

Taehyung melabuhkan punggungnya diatas sofa. Dia penat melayan perasaannya sendiri. Kenapa dia rasa sakit hati dengan kedekatan Jimin dan Lauren, tunangnya walhal dialah yang meminta gadis itu berbuat begitu?

Argh!

Ha, Tae! Kenapa kamu ni? Dari jauh lagi mama nampak kamu berkeluh kesah sejak masuk dalam rumah. Apa halnya?” soal Puan Kim seraya membawa sedulang teh hangat dengan biskut untuk minum petang.

Jarang Taehyung balik rumah awal, kalau balik pun. Hem! Tunggulah pukul 9 malam nanti!

“Ma, Tae penat ni..” adu Taehyung, mata dipejamkan. Lengan diletakkan diatas dahi. Puan Kim menjongket kening, kalau penat pun apa yang dia boleh buat?

“Em, Tae. Kamu ada dengar khabar dari Lauren, tunang kamu tu ke?” soal Puan Kim. Taehyung membuka kelopak matanya, soalan mama buatkan mood untuk tidur dia melayang. Dia tak jadi nak tidur. Taehyung kembali tegakkan badan.

“Kenapa mama tanya?”

“Haih, salah ke mama tanya? Itu kan tunang kamu, merangkap ke bakal menantu mama” kata Puan Kim seraya menghirup teh hangat. Taehyung terdiam.

“Kamu dua kan satu fakulti, takkanlah satu berita pun kamu tak tahu apa- apa dari dia? Tunang jenis apalah kamu ni!” Puan Kim mencebik bila melihat reaksi Taehyung. Diam petanda lelaki itu tak ada interaksi dengan tunangnya sendiri. Hish.

“Ma..”

“Em?”

“Tae, nak kahwin.”

Mahu tersembur teh yang Puan Kim sedang hirup tu bila mendengar anak terunanya itu berkata begitu. Yalah, tak ada angin tak ada ribut, tiba- tiba nak kahwin. Apahal?!

“Tae nak kahwin dengan siapa?” soal Puan Kim, mahu menguji Taehyung lebih tepatnya. Lelaki itu menundukkan wajahnya. Jarinya dia belek- belek.

“Tae nak kahwin dengan tunang Tae-lah..”

“Siapa tunang Tae?” soal Puan Kim. Buat- buat tak tahu, buat- buat hilang ingatan jap. Taehyung ketap bibir.

“Lauren lah ma” jawab Taehyung. Puan Kim sudah tarik senyum. Dengan cermat diletakkan cangkir teh diatas meja sebelum mengambil biskut pula. Permintaan Taehyung tidak diendahkan.

“Tae betul- betul dah kenal ke dengan tunang Tae, tu?” soal Puan Kim. Taehyung mengetap bibir. Kenal? Kenal apanya kalau baru sekali jumpa. Jumpa dekat fakulti pun sekali dua kemudian keluar dengan lelaki lain..

“Kenal, ma. Sebab tulah Tae nak kahwin dengan dia-”

“Apa nama penuh dia?” soal Puan Kim. Taehyung terdiam. Dia lupa nama penuh Lauren lah pulak!

“Erk.. La- lauren lah ma.”

“Cih, itu kamu kata kenal?” Puan Kim mencebik kesal. Dia mahu anaknya Taehyung itu kenal betul- betul dahulu siapa tunangnya Lauren itu, baru boleh kahwin.

“Tae nak kenal dia lebih dalam lagi bila kahwin nanti, ma.” balas Taehyung. Puan Kim kerutkan dahi. Apa halnya dengan Taehyung ni sebenarnya?

“Betul ni?”

Taehyung mengangguk tanda ya. Dia berharap yang ibunya itu dapat satukan dia dengan Lauren. Kedekatan Lauren dengan Jimin cukup buatkan dia resah. Dulu tak apalah tapi sekarang dia dah tak suka!

“Em, tengoklah macam mana. Sementara ibu bincang dengan keluarga dia, apa kata kamu ajak dia keluar, Tae? Kamu cakap nak kenal dia, kan?” saran Puan Kim. Taehyung kemam bibir. Mahu tak mahu dia mengangguk perlahan.

“Tengoklah kalau dia tak sibuk.”

Taehyung garu kepala yang tak gatal. Hem. Persoalannya, mahu ke Lauren keluar dengan dia? Selepas apa yang dia buat pada gadis itu?

.

🌟vote✔
💬comment✔

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro