!@! Rudyman !@!
"Eishh, takkan tak nampak orang!"
Latihan semua ejen muda terganggu apabila Rudy mula memarahi Ali yang melanggarnya ketika berlari tadi.
"Aku tak sengaja. Lagipun kau yang tiba-tiba muncul kat sini! Kau dah halang serangan aku tahu tak?!"
"Heh! Serangan kau? Berlari pun macam budak pergi tadika. Nak buat serangan konon."
"Eishhh!!!"
"Sudah!" Alicia menarik lengan Ali ke belakang dengan kasar. "Bukan sekarang!"
"Khai!" Jet melaung nama Khai dari atas.
Khai memandang Jet dan melemparkan intel kepadanya. Jet terus menyambut dan terbang ke tempat mereka berkumpul sebelum menjalankan misi. Iman, Khai dan Moon turut berlari ke arah yang sama.
"Mereka dah dapat intel!" jerit Mika.
"Eishh!" Alicia terus meluru mengejar mereka diikuti Mika.
Rudy sempat melemparkan jelingan tajam kepada Ali sebelum dia mengejar ahli kumpulanyya yang lain.
Sejam selepas itu...
"Tak guna." Ali menghempas tangannya ke meja.
"Sabar weh. Tapi, kau yang mulakan dulu kan?" Khai cuba membetulkan keadaan.
Iman dan Moon menjeling Khai tanda menyuruhnya diam.
"Erk!"
"Apa masalah dia tu. Kenapa dia benci sangat kat aku? Takkan sebab aku pakai IRIS je kot." Ali meletakkan kepalanya di atas meja.
Moon dan Khai berpandangan sesama sendiri.
Iman tiba-tiba berlalu dari situ.
"Eh, dia nak ke mana?" soal Ali.
"Entahlah..." balas Moon. Khai pula hanya menjongket bahu.
Di arena akademi...
Iman berjalan pantas di sekitar akademi. Matanya meliar mencari sesuatu. Mungkin... seseorang.
"Hoi, cari aku?" satu suara menegur.
Iman berpaling.
Kosong.
"Aku di atas."
Iman memandang ke atas. Kelihatan Rudy sedang duduk di sebatang dahan pokok. Agak pelik. Namun, Iman tak kisah. Dia ada hal lain nak diuruskan daripada bertanya tentang... mungkin tabiat baru Rudy yang duduk di atas pokok.
Iman memandang tajam Rudy.
"Apahal kau nak jumpa aku?"
Iman tak menjawab mahupun membalas. Dia terus berdiri dalam posisi sedia. Kekudanya dibuka.
"Hm?" sebelah kening Rudy terangkat.
Iman melempar hujung selendangnya dan melilit pada dahan yang diduduki Rudy.
"Erghhh!" Iman menyentap kuat selendangya dan menyebabkan dahan itu patah.
"Ahh!" Rudy jatuh dengan agak bergaya. Dia memandnag Iman. "Apahal kau ni?"
Keduan genggaman tangannya di tepi badan. Wajah Iman berubah merah. "PEMBULI!!!" jeritnya.
Rudy terkejut. Tiba-tiba dituduh begitu.
"Hey, apa terjadi?" Rudy cuba menghampiri Iman.
"Jangan dekat!"
"Huh?!" langkah Rudy terhenti.
"Awak dah banyak kali buli Ali!" nada suara Iman kelihatan marah.
Rudy terdiam seketika. "Dia marah ke?" bisiknya sendiri. "Apahal kau nak marah pula?"
"Dia kawan saya!"
"Aduh... kenapalah bahasa dia baik sangat?!" bisik Rudy sambil memicit dahinya. Susahlah dia nak marah balik pada Iman kalau begini.
"Hm!" Iman melibas selendangnya pada Rudy.
"Eh!?" Rudy pantas mengelak. "Woi!"
Iman meluru ke arah Rudy dan menyerangnya lagi. Rudy mengelak lagi.
Iman kembali melibas dengan lebih kuat. Rudy tak mengelak.
Swarpp!
"Arghh!" Rudy mengaduh kesakitan. Ini dah melampau.
Rudy cuba menyerangnya kembali. Dia cuba menyerang Iman dari jarak dekat.
Iman dengan pantas melibas selendangnya kepada Rudy.
Tangan Rudy cekap menangkap hujung selendang Iman.
Iman terkejut. Dia cuba menarik kembali selendangnya. Namun ditahan Rudy.
"Le... lepaskan."
Rudy merentap kuat selendang Iman. Ini menyebabkan Iman tersungkur dan terduduk.
"Ah!"
"Aih... melampau sangat ke aku lawan dengan perempuan sampai macam ni?" bisik hati Rudy.
Rudy berjalan ke arah Iman dan meletakkan hujung selendangnya di tepi Iman. "Ma... maaf." Kata Rudy perlahan.
Iman memandang Rudy. Wajahnya merah kerana marah. Dia terus mengangkat hujung selendangnya dan beredar dari situ.
"Tunggu!"
Langkah Iman terhenti. Namun, dia tak berpaling.
"Kau mesti sangka aku benci Ali pasal dia lemah, cuai dan tak guna." Kata Rudy. Dia agak berharap Iman berpaling. Namun, harapan tinggal harapan.
Rudy menyambung, "Bukan itu sebab utama. Tapi-"
"Saya tahu." Iman memotong percakapannya.
Rudy memandang Iman dengan wajah yang agak terkejut.
"Rudy, awak silap. Benci hanyalah perasaan yang memudaratkan kita. Saya bukannya nak menangkan Ali, dan bukannya nak marahkan awak. Tapi..." Iman jeda seketika.
Rudy menunggu Iman untuk menghabiskan ayatnya.
"Tapi, saya tak mahu benci awak." Iman menyambung langkahnya yang terhenti tadi.
Rudy masih tak berpuas hati. "Kenapa? Kenapa kau tak benci aku? Aku kan dah sakitkan kau?!"
Iman berhenti dan berpaling seketika. "Sebab sayang." Dia terus berjalan meninggalkan Rudy keseorangan di situ.
Rudy terdiam.
"Iman."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro