Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16


Jungkook tertoleh toleh sehingga gadis itu hilang dari pandangan. Kepalanya mula terfikirkan sesuatu. Takkan lah bisu.

"Kook pandang apa tu?" Soal jisoo.

"Perempuan yang baru keluar dari sini tadi tu? Staf sini ke unnie?"

"Siapa?"

"Alah tadi tu. Perempuan yang pakai topi tu." Jungkook menghalakan jarinya ke arah lif.

Jisoo terdiam seketika sebelum kepalanya perlahan mengangguk.

"Ohh itu chae. Budak dispatch. Tapi bukan kerja sini."

Jungkook terangguk-angguk. Budak penghantar surat itu perempuan. Ketinggian gadis itu mengingatkan dia dengan seseorang. Roseanne! Dia mengeluh perlahan.

"Aik? Kenapa? Kau dah berkenan ke kook?" Jisoo menduga.

"Hah berkenan? Dengan siapa?"

"Dengan chae lah. Dia cantik tau. Kalau kau tengok muka dia memang manis budaknya." Jisoo tersenyum.

"Kalau saya nak pun, belum tentu dia nakkan saya unnie." Jungkook tergelak.

Jisoo ternganga seketika.

"Saya bergurau lah unnie. Lagipun hati saya ni dah ada orang lain." Bibir jungkook terus tersenyum. Dadanya tiba-tiba terasa lapang.

"Wah. Setia lah ni?"

"Ye lah setia. Kalau saya kahwin dengan dia, saya akan jemput unnie tau! Waktu tu jangan tak datang pula. Okay lah unnie, namjoon ada kat dalam kan? Saya ada urusan dengan dia." Jungkook meminta diri.

Jisoo hanya mengangguk.

----------

Jungkook melangkah keluar dari perut lif. Dia berjalan ke arah cafe yang berdekatan.

"Dah lama kau tunggu?" Jungkook menarik kerusi lalu duduk. Makanan yang terhidang diatas meja diperhati.

"Lama tak adalah lama, sempat jugalah dua kali trip beratur. Beli makanan untuk kau sekali."

"Huwaa thanks bro. Ini yang aku sayang kat kau lebih ni. Tapi kau tetap kena ikut aku pergi site petang ni." Jungkook mencapai minuman yang tersedia dihadapannya.

"Ish malas ahh! Penat do!"

"Wah kau! Amboi! Ah takde. Kalau dah kena turun site, tetap kena turun juga!" Jungkook memandang pelik wajah hoshi.

"Kau pahal tetiba senyum ni? Mabuk ke?"

"Kau kenal ramai staf kan?"

"Staf? Staf mana? Aku tak adalah kenal semua. Yang selalu berurusan dengan aku, aku kenal lah. Kenapa?" Jungkook menyoal lagi.

"Kau ada kenal dengan sorang girl ni tak? Kalau tak silap dia ni mungkin office girl ataupun budak dispatch. Kasar sikit, tapi comel. Kau ada kenal tak?" Hoshi memandang tepat ke wajah jungkook.

"Maksud kau chae ke?" Lancar jungkook memberikan jawapan.

"Chae? Siapa tu?

"Aduh la kau ni. Tadi kau yang tanya aku. Alah budak yang kau maksudkan tadi tu. Aku rasa chae tu lah. Budak dispatch, tapi bukan dari syarikat kita." Mendatar suara jungkook.

"Chae? Nama dia chae? Serius ke kau ni?"

"Budak yang aku maksudkan ni nama dia chae. Nama sebenar aku taktahu. Ish cantik sangat ke?" Jungkook sendiri tiba-tiba rasa teruja.

"Sekali pandang mungkin kau tak perasan lah yang dia cantik. Tapi bila kau dengar dia bercakap, lepastu senyum, lepastu bebel, lepastu tunjuk wajah engkek dia. Cantik do!"

"Lebih cantik dari rose aku ke?" Tiba-tiba jungkook bertanya.

"Kau punya rose tu mana lah aku tahu cantik ke tak. Kau sendiri kedekut nak kongsi gambar dia. Eh kau masih cari dia lagi ke?"

"Haah. Masih cari. Aku tahu dia ada. Memang ada." Jungkook mengeluh seketika.

Jungkook terus mengelamun. Lama dia memikirkan tentang chae. Siapa dia? Chae chae chae chae. Eh kejap!! Chaeyoung ke? Ya rose ada dua nama. Park chaeyoung. Kenapa baru sekarang aku teringat. Ish takkanlah.

"Weh aku ada hal penting. Kau makan sorang eh. Jangan tunggu aku!" Jungkook sudah bangun dari kerusi.

"Eh, kau nak pergi mana pula? Petang ni macam mana?"

"Petang ni macam biasa lah. Aku kejap je ni. Aku gerak dulu. Byee." Jungkook menahan debar. Dia berharap sangat chae itu roseanne. Sangat berharap.




















































































Gais vote gais hak alah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro