07
"Hey awak ni pagi pagi dah mengeluh? Kenapa ni?" En park menegur isterinya.
"Anak kesayangan awak lah. Apa nak jadi dengan dia pun saya taktahu. Perangai dia tak pernah nak berubah. Ingatkan dah besar ni ada lah perubahan. Ini tidak, sama juga saya tengok. Cuba awak tengok anak perempuan orang lain, semua dah pandai hidup sendiri. Tapi rose tu tak habis habis nak duduk bawah ketiak kita. Awak pergilah nasihatkan dia. Kalau saya yang nasihat, mulalah dia nak berperang dengan saya." Rungut pn park panjang lebar. Ya roseanne seorang yang baran. Kerana sikapnya ini, dia sering bergaduh dengan ibu sendiri.
"Dah awak pun kalau bercakap dengan anak-anak tak pernah nak berlembut. Cuba berlembut sikit. Pujuk elok elok. Anak perempuan kita tu dah besar, dah dewasa. Cara didikan mesti berbeza. Awak tak boleh nak marah, pukul dia macam budak-budak. Sekarang ni, kalau awak buat benda sama memang memberontak la budak tu."
"Macamlah awak baru kenal dengan anak kesayangan awak tu. Makin berlembut, makin naik minyak lah dia. Makin mengada ngada tahu? Awak tengok lah, waktu macam ni pun tergolek lagi atas katil tu." Pn park merengus perlahan.
"Hah kejap lagi kejutkan dia. Semalam dia cakap dia nak ke bandar. Ada temuduga. Awak jangan lupa pula." En park menghabiskan suapan nasi ke dalam mulutnya dan melangkah ke pintu utama untuk ke tempat kerja.
"Ya saya ingat. Awak tu hati hati bawak kereta."
En park terus melangkah masuk ke dalam keretanya yang terparkir di halaman rumah.
Pn park sekadar memerhati. Belum sempat dia mengunci pintu depan, dia terdengar enjin kereta memasuki perkarangan rumahnya.
"Hah kook. Pagi pagi lagi dah muncul depan rumah? Ada apa apa ke?" Soal pn park kepada anak saudaranya.
"Petang nanti kook dah nak gerak ke busan. Itu yang datang rumah aunty ni. Rose mana?"
Soalan yang ditanyakan oleh jungkook membuatkan pn park menguntum senyum.
"Rose? Masih bermimpi lagi tu. Bukannya nak bangun waktu-waktu macam ni."
"Chaeyeon dan chaeryeong?" Jungkook bertanya mengenai dua orang adik roseanne pula.
"Pagi pagi lagi dah pergi sekolah. Tinggal anak bertuah tu je yang tak reti nak bangun. Kook dah sarapan? Aunty ada buat nasi goreng. Kalau nak makan naiklah."
Jungkook mengangguk perlahan. Terus melangkah mengikuti ibu saudaranya ke dapur. Hidangan di atas meja ditenungnya. Sebenarnya dia dah bersarapan di rumah tadi. Tujuannya ke sini ingin berjumpa ibu saudaranya dan roseanne.
"Duduklah. Tuang air tu. Kejap lagi aunty kejutkan rose tu."
"Eh tak apalah aunty. Kalau tak sempat jumpa dia, jumpa aunty pun dah okay sangat."
"Mama oo mamaa! Kemeja rose yang warna biru tu mana?" Suara roseanne dah terpekik kuat. Rambutnya yang berserabai langsung tidak dipedulikan.
"Kemeja yang mana satu pulak ni?" Soal pn park. Dia menoleh dah terus menggelengkan kepala perlahan lahan.
"Alaa kemeja biru yang ada jalur-jalur panjang tu. Rose nak pakai petang nanti." Dengan langkah yang masih tidak betul, dia berjalan menuju ke arah peti sejuk. Peti sejuk dibuka dan mengeluarkan sekotak milo. Belum sempat dia membawa sekotak milo itu ke meja, tiba tiba badannya kejung. Dia menyelak rambutnya perlahan.
"Maaaaaa!" Jeritan roseanne sekali lagi membingitkan telinga.
"Rose! Perlahankan suara tu sikit boleh tak? Kamu tu masih anak dara." Marah pn park.
"Apa yang dia buat kat sini pagi pagi mama?" Roseanne sudah menghadiahkan jelingan maut.
"Dia nak jumpa dengan kamu lah. Petang nanti dia dah nak ke busan." Ujar pn park.
"Oh kau nak pergi busan? Kena jumpa aku dulu ke? Motif?" Roseanne meletakkan sekotak milo dengan kasar ke atas meja. Dia menarik kerusi dan duduk dihadapan jungkook. Dia mencapai cawan kosong untuk menuang air milo. Belum sempat dia menuang, kotak milo terlebih dulu ditarik oleh jungkook.
"Kau kenapa?"
"Basuh muka, gosok gigi dulu baru boleh minum air ni."
"Hish bak sini lah milo tu!" Roseanne merengus kasar. Dia mencuba merampas semula milo itu dari jungkook namun gagal.
"Basuh muka dulu. Lepastu gosok gigi. Kejap je sayang. Boleh kan?" Ujar jungkook lembut.
Dengan berat roseanne bangun juga. Melangkah menuju ke bilik air. Jungkook tersenyum girang.
"Bila kau nak ke busan?" Setelah beberapa minit, roseanne muncul semula. Kali ini wajahnya kelihatan segar.
"Petang nanti. Sebabtu aku datang nak jumpa mak kau dengan kau sebelum bertolak." Tangan jungkook perlahan menuangkan air milo ke dalam cawan kosong lalu dihulurkan kepada roseanne.
"Untunglah. Habis belajar je dah dapat tawaran kerja."
"Rezeki. Kau pun manalah tahu lepas ni jauh lebih baik dari aku." Jungkook mengawal tutur katanya. Tak mahu bergaduh dengan roseanne.
"Tapi aku tetap tak boleh tandingi kau."
"Kenapa perlu bandingkan diri kau dengan aku?"
"Sebab kau jungkook, aku roseanne. Sejak kecil kita memang macam ni kot. Selama ni pun kau sendiri suka banding bandingkan diri kau dengan aku." Roseanne mula mengungkit.
"Itu dulu rose. Zaman budak-budak. Masing-masing tak matang. Takkan lah benda lama kau nak simpan dalam hati?" Tanya jungkook. Sedikit terasa hati dengan bicara roseanne.
"Sebab kau tak duduk kat tempat aku lah kau cakap camtu. Kalau kau duduk kat tempat aku, aku percaya kau akan rasa apa yang aku rasa. Itu jungkook, ini jungkook, sana jungkook, sini jungkook." Kali ini wajah jungkook berubah. Serta merta dia bangun dari kerusinya.
"Aku nak jumpa mak kau kat belakang dulu. Lepas tu aku nak balik. Jaga diri kau baik baik." Suara jungkook sedikit bergetar. Sungguh dia tak sangka roseanne membencinya sehingga begitu.
"Kook." Roseanne memanggil.
Jungkook yang berada di pintu dapur menoleh.
"Sumpah. Aku tak bencikan kau. Aku sendiri bangga ada sepupu macam kau. Cuma kadang kadang aku terasa bila ada orang bandingkan aku dengan kau. Sampai ada satu tahap aku rasa macam aku ni bukan sebahagian daripada keluarga kita....."
"Rose...."
"Tak, dengar dulu. Kau cuba tengok diri kau, adik adik kau, semua bijak bijak. Abang aku sendiri pun penyarah, adik adik aku, chaeyeon pelajar cemerlang sekolah, chaeryeong pula salah seorang pelajar harapan sekolah. Aku? Dari kecil sampailah sekarang, tak ada satu benda pun yang aku boleh buat untuk banggakan family aku. Dapat masuk U pun jurusan entah apa apa. Habis je belajar, aku terus jadi penganggur terhormat."
"Kalau kau kat tempat aku, apa yang kau rasa? Aku ni cuba nak berlagak biasa. Anggap macam tak ada apa berlaku. Aku tak ada kawan weh. Semua budak perempuan anggap aku ni tak sesuai untuk dibuat kawan. Taehyung je satu satunya yang faham aku." Roseanne menarik nafas dan dihembus perlahan beberapa kali. Dia cuba menahan diri daripada menangis di hadapan jungkook.
"Rose. Kau susah ke selama ni?" Jungkook sudah kembali melangkah mendapatkan roseanne.
Roseanne diam. Soalan jungkook sedikit mengelirukan dia. Dia tak pernah susah. Ibu bapanya tak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada dia dan adik beradik yang lain.
"Rose kalau dulu, aku tak boleh nak janji apa apa dengan kau. Tapi hari ini, aku nak kau tahu. Aku ada untuk kau. Mungkin susah kau nak percaya. Yelah kita kan tak boleh berjumpa. Tapi percayalah, walaupun ditakdirkan satu dunia buang dan membenci kau, aku tetap terima kau. Itu janji aku rose." Jungkook merenung jauh ke dalam mata roseanne.
"Taktahu kenapa. Harini aku rasa apa yang kau cakap nampak ikhlas." Ujar roseanne.
"Selama ni, banyak je benda yang aku cakap ikhlas. Tapi kau je tak reti nak bezakan bila masa aku bergurau, bila masa aku serius." Balas jungkook perlahan.
"Dah memang kerja kau nak gaduh dengan aku je. Macam mana aku nak percaya?"
"Ada satu benda lagi aku memang ikhlas nak cakap." Jungkook menarik nafas dalam dalam.
"Apa dia?"
"Rupa kau lepas bangun tidur serius aku cakap, hodoh wehh! Sekali pandang macam tapir." Jungkook ketawa terbahak bahak.
"Aku dah kata dah. Kau ni takkan berubah punya!" Tangannya pantas memukul lengan lelaki itu.
"Dah ah balik lah kau! Serabut kepala aku tengok kau."
"Nak balik lah ni. Kau jangan rindu aku pulak."
"Eee tolonglah. Perasan gila kau ni!" Roseanne menjuihkan bibir.
"Aku nak pesan satu perkara. Tapi macam awal pulak. Tapi takpe. Untuk kau latihkan diri awal awal."
"Pesan apa pula?" Dahi roseanne berkerut.
"Nanti kalau dah tinggal serumah, make sure bangun pagi. Jangan serabai macam tadi ye sayang." Belum sempat roseanne membalas, jungkook cepat cepat keluar dari dapur mencari ibu saudaranya.
Roseanne mengomel sendiri. Teruk sangat ke muka aku bangun tidur? Baru bangun tidur kot. Normal lah. Tak perlu nak ayu sangat.
Vote ✔
Comments ✔
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro