Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

05


"Aduh maaa! Sakitlah!" Roseanne mengadu kesakitan apabila tangannya tiba tiba ditampar kuat oleh ibunya. Bibirnya dimuncungkan.

"Mama suruh rose lap pinggan tu bukan main main." Aunty park menjeling tajam. Geram dengan sikap anak perempuannya. Pantang disuruh membuat kerja pasti ada sahaja benda yang dibuat main.

"Eh rose tengah lap la ni ma. Tak nampak? Hah ni hah? Tengok lah ni." Roseanne mengelap kasar permukaan pinggan. Rengusan dilepaskan.

Sesekali leher roseanne mengintai ke arah ruang tamu. Eh perempuan tu ada lagi ke? Amboi bukan main lebar jungkook senyum menyambut kedatangan perempuan itu. Rungutnya dalam hati.

"Cepat lah rose. Banyak lagi kerja lain yang mama nak minta tolong ni."

"Ye ye. Rose buat kerja cepat cepat lah ni." Akhirnya roseanne terpaksa mengalah. Dia mengeluh perlahan sambil memandang besen yang penuh dengan pinggan. Semuanya kena dilap dengan bersih.

"Cantik tak dia?" Soal jungkook yang tiba tiba menarik kerusi dia hadapan roseanne. Dia duduk dihadapan roseanne sambil menayangkan giginya.

Roseanne mengangkat wajah memandang jungkook buat seketika. Dia menjenguk pula ke bawah meja seakan akan mencari sesuatu.

"Kau cakap dengan aku ke?" Roseanne turut sama tersengih. Dia tahu sengihannya buruk. Hm HAHAHAHAHA.

"Eh tak lah. Dengan mak senah kat belakang."

"Oh eh? Mak senah oo mak senah. Ni hah kook nak tanya soalan kat mak senah ni."

"Aduh nasib lah kau sepupu aku tau. Eeee dia ni kannn." Jungkook sudah menyandarkan badannya ke kerusi. Cuba menyejukkan hati sendiri. Kemudian dia kembali merenung roseanne.

Roseanne mula tak senang duduk. Kenapa dia tenung aku macam tu. Kalau nak marah pun jangan la tenung macam tu.

"Kau ni dah kenapa?" Soal roseanne takut. Dia terus melarikan pandangan.

"Rose."

"Hm?" Sahut roseanne hanya sekadar mengeluarkan bunyi tanpa membuka mulut.

"Roseanne."

Suara jungkook kedengaran lagi. Kalini sedikit lembut.

"Apa dia?" Jawab roseanne lalu memandang jungkook sesaat. Kemudian, kembali mengelap pinggan.

"Kalau aku kahwin dengan lisa, kau suka tak?"

Tangan roseanne terhenti secara automatik. Wajah jungkook dihadapannya terus ditatap.

"Aku tanya ni."

"Aku pelik."

"Asal pulak?"

"Pelik lah ada ke tanya aku pasal benda tu semua. Tanya mama papa kau lah. Tanya aku buat apa? Aku tak kisah pun kau nak kahwin ke, nak tunang ke. Tu semua tak ada kena mengena dengan aku." Sedaya upaya roseanne mengawal riak wajahnya.

"Eh ada kena mengena." Tiba tiba jungkook menjawab dengan yakin.

"Ada?"

"Ya ada! Memang ada." Jawab jungkook lagi. Senyuman di bibir terukir.

"Kau ni betul ke tak? Oh kalau macam tu apa yang kau nak buat kalau aku tak bagi kau kahwin dengan perempuan tu?" Duga roseanne.

"Aku terpaksalah pujuk kau sampai kau bagi."

Kini giliran roseanne pulak pening. Kepalanya digaru garu.

"Kalau aku tetap taknak bagi?" Roseanne terus menerus menduga.

"Aku terpaksa guna kuasa veto aku." Kalini jungkook sudah memeluk tubuh.

"Kuasa veto? Eh eh aku malas la nak layan kau. Tak habis kerja ni kang. Dah jangan kacau aku. Pergi main jauh jauh. Syuhh! Syuhhh!" Halau roseanne.

"Rose."

"Eee apa benda lagi. Jangan kacau aku lah. Jangan sampai aku lap pinggan ni guna baju kau!" Marah roseanne.

"Soalan aku yang mula mula tadi, kau tak jawab lagi."

"Aku tak bagi kau kahwin dengan lisa. Puas hati? Aku tak setuju. Aku tak izinkan kau kahwin. So jangan nak merayu, sebab aku tak akan ubah keputusan aku." Roseanne terus berdiri sambil bercekak pinggang merenung jungkook.

"Rose." Perlahan jungkook bangun dari kerusi yang dia duduki.

"Apa? Aku tak setuju! Tak setuju! Tak setuju."

"Kamu tak setuju apa rose? Siapa lisa? Siapa nak kahwin dengan lisa?"

"Huh? Oh hahaha rose tengah bercerita dengan jungkook pasal drama malam tadi hehehe."

Jungkook sedaya upaya menahan tawanya. Kepalanya diangguk anggukan beberapa kali tanda mengiakan apa yang roseanne cakapkan.

"Hah cerita cerita juga. Kerja yang mama suruh bila nak siap?"

"Tengah nak siapkan lah ni. Jungkook yang kacau rose."

"Eh kau yang nak bercerita. Aku pulak yang salah. Aunty, ada kerja nak kook buat tak?" Jungkook cuba mengalih perhatian ibu saudaranya.

"Hah kalau kook nak tolong, pergi naik atas. Dekat tepi kabinet ada gelas yang aunty dah susun dalam besen. Angkat bawak turun ke sini."

"Baik aunty!" Jungkook terus melangkah. Sampai di tepi roseanne dia berhenti.

"Rose..rose. Tak baik tau seorang isteri menolak permintaan suami. Kalau suami dia nak kahwin dua apa salahnya. Bagi je lah. Taknak payung emas ke sayang?"

"Hishhh mamaaa! Tengoklah jungkook ni! Tak habis habis nak kacau rose!" Roseanne menjerit sekuat hati. Gila ah dia ni! Boleh pecah jantung aku!

Jungkook pula dengan tawa yang kuat terus berlari anak memanjat tangga dan meninggalkan kawasan dapur.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro