
Prolog
Dia hanya mampu memerhati dari jauh. Si dia yang langkahnya ringan seperti anak-anak sedang riang bermain. Senyumannya bagai bunga matahari yang disimbah mentari pagi. Lembut tingkahnya bagai angin yang menampan helaian kelopak bunga matahari yang gugur ke bumi. Dia mahu menjadi seperti cahaya matahari yang menyapa si bunga matahari dengan ucapan 'selamat pagi'.
Tahu? Jarak matahari dan bumi lebih kurang 149,680,000 km.
Tahu? Cahaya matahari sampai ke bumi dalam masa sekitar 8 minit.
Cepat bukan?
Tapi masalah dengan dirinya, walau si dia sudah di depan mata, halajunya seumpama siput!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro