◆9◆
Hari ini bermula la penyiasat yang akan dilakukan oleh kami semua. Oleh kerana hoseok mengatakan bahawa dia diracun di mansionnya sendiri jadi aku bersama yang lain mengambil keputusan untuk bermula di mansion hoseok terlebih dahulu.
Hal pertama yang terlintas didalam kepalaku sewaktu aku menjejakkan kakiku di mansion hoseok si roh sesat tu ialah 'anak raja'. Mana taknya mansion ini betul-betul besar dan indah!! Terlihat simple dan mendamaikan mata.
Tertiba aku berasa iri dengan si roh sesat tu. Beruntung sekali dia terlahir di keluarga yang mencukupi dan masih mempunyai keluarga yang lengkap dan bahagia.
Tapi itu bukan bermaksud aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada iya~ cukup unnie sentiasa ada bersamaku aku sudah cukup bahagia tanpa perlu kemewahan yang melimpah ruah pun sudah cukup untukku.
Sedari tadi aku hanya mengikuti kemana sahaja mereka pergi sehinggalah kini aku memasuki mansion megah didepanku. Nampaknya keadaan didalam mansion ini jauh terlihat memukau dibandingkan diluar yang terlihat simple.
Dan fuyooo!! Maid dekat mansion dia banyak woii!! Mesti semua benda dia nak tinggal petik jari je kan. Uishh nak merasa juga agak-agaknya ada peluang tak?? Ermm.... Tak ada huhuhuhu pasrah je la shani oii.
Seorang maid yang kelihatan lebih tua dari yang lainnya memimpin jalan kami menuju ke tempat yang dikhususkan untuk tetamu yang hadir. Disana aku melihat hoseok si roh sesat tu sedang duduk disebelah seorang yeoja.
Dan aku tahu yeoja tu adalah jung jiwoo unnie kepada jung hoseok. Siapa je yang tak kenal jung jiwoo seorang model yang manis dan terlahir di keluarga bangsawan. Satu korea kot mengenalinya!!
Selain unnienya hoseok aku juga dapat melihat kedua-dua orang tuanya dan ohh!! Shin ryujin yang juga seorang model yang terkenal sedang duduk dengan elegan disitu.
"Yang terlebih seksi tu kau mesti kenal dia kan salah satu model yang tengah naik daun sekarang ni... Dia tunangan hoseok hyung. " ujar taehyung oppa berbisik kepadaku.
Sejak taehyung oppa meminta maaf atas apa yang berlaku di hospital tempoh hari entah kenapa aku dan taehyung oppa menjadi rapat dan rupanya dia denganku mempunyai banyak persamaan. Siapa sangka..
"Ohhh." balasku. Jujur aku tidak tahu mahu memperlihatkan reaksi seperti apa jadi aku mengambil cara aman. Tak salahkan..??
Setelah dipersilakan duduk aku menduduki diriku di antara seokjin oppa juga yoongi oppa. Duduk dengan sopan tanpa mengeluarkan sebarang kata. Memandangkan perbualan ini tidak termasuk dalam perjanjian.
"Jadi jungkook apa kamu dah dapat jumpa apa-apa bukti tentang siapa yang meracun hoseok?? " kulihat eomma hoseok melihat jungkook dengan penuh harap.
Mungkin mengharapkan sesuatu atau bukti untuk menangkap siapa pelaku yang cuba membunuh anaknya. Iya la ibu mana yang tidak menyayangi anaknya kan.
"Belum ahjumma. Tapi kami masih lagi menyiasat tentang tu. Kook akan cuba sedaya upaya kook untuk cari pelakunya. Ahjumma dengan ahjushi sabar iya." balas jungkook dengan sopan kepada eommanya hoseok.
"Sabar!! Berapa lama lagi kami nak bersabar you boleh buat kerja atau tak..??! Selagi pembunuh tu tak ditangkap tunangan i dalam bahaya tahu.!! " panas saja hati aku bila dengan cara yeoja tu bercakap.
Dia tak tahu ke yang jungkook tengah berusaha untuk tangkap pesalah tu. Dia fikir kerja-kerja menyiasat kes ni senang je ke..??! Dasar harap muka je cantik perangai macam.... Macam... Hemmmm. Tahu tahulah malas nak mencarut.
"Maaf ryujin-shii tapi jungkook tengah berusaha untuk cari pelakunya. Selalunya kes-kes pembunuhan memang perlukan sedikit masa untuk selesaikan. Jadi harap ryujin-shii boleh bersabar. " kataku sesopan mungkin walaupun hatiku berkata lain.
"Ohh really!!? Sekarang i nak tanya you.. You siapa nak ikut campur..?!" aku menarik nafasku perlahan bagi menenangkan diri. Sungguh kalau bukan kerana keluarga jung didepan sudah aku botakkan rambut dia tu.
"Saya kim shani bakal mak tiri anda ryujin-shii... Maaf tuan, puan, jiwoo-shii bukan bermaksud menganggu. Oppa-oppa semua and jungkookie shani tunggu dekat luar okay. ~" ada baiknya kalau aku menunggu diluar bukan.
Jujur aku ni bukan seorang yang penyabar jadi makin lama aku dekat sini makin sakit hati aku dibuatnya. Tanpa berkata lagi aku terus bangun dan terus berlalu pergi dan sebelum betul-betul sempat menghilang.
Dapat aku dengan suara ryujin yang tidak berpuas hati diikuti suara beberapa orang menahan gelak entah siapa itu aku tak perduli. Tak pasal-pasal karang ada yang ruang tamu keluarga jung.
Tertiba bertukar menjadi gelanggang gusti antara aku dengan si modeling terhangat tu. Masuk berita karang. Tak pasal-pasal aku famous mendadak.
Sementara menunggu aku mengambil keputusan untuk mengelilingi mansion yang megah tu. Datang ke sini niat mahu mencari apa-apa bukti tapi oleh kerana yeoja si modeling sialan tu aku jadi tak ada moodkan..!!
Jadi biarlah pandai la mereka mencari aku kalau mereka memerlukan aku nanti. Tengah kusyuk melihat lihat sekitar dengan secara tiba-tiba hoseok muncul dibelakang ku. Dimana itu hampir membuat aku mempunyai riwayat penyakit jantung.
"Kau ni karang aku cepuk karang kalau datang tu cuba jangan buat orang sakit jantung!!! Karang kau sedar dari koma aku pula yang koma gara-gara kau!! " kenapa la semua suka sangat buat aku sakit jantung.
Memang apalah dosa aku di kehidupan lepas sampai aku diuji seperti ini sekali.... Nasibku yang malang. Aku harap dia cepat sedar dari koma biar aku tak perlu nak tolong dia berkomunikasi lagi.
TBC~
◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇
Hello guys jadi aku nak cakap maaf pada fans-fans ryujin itzy sebab jadikan dia sebagai watak jahat dalam cerita aku ni... Tapi harap korang faham yang ini hanya cerita okay.. 🤧✨
Jadi macam biasa jangan lupa vote and comment okay.. ☆☆👀
Bye see you next time.. 🤗💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro