Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

◆6◆

"Okay macam ni aku datang ke sini sebab hoseok minta bantuan dari aku untuk bantu selesai kes pencubaan pembunuhan yang terjadi dekat dia dan............... Aku boleh nampak dan bercakap dengan roh dia.." okay sekarang namja-namja ni tengok aku macam aku ni orang gila yang terlepas wad... Nice!!!

"Kau buat lawak bodoh apa ni...??! " kata namja yang bernama yoongi kepadaku sambil memandang aku datar + pelik.

"Haaa!!! Macam tu la reaksi aku masa hoseok chingu kau ni cakap yang dia roh dan aku sorang je boleh nampak dia yoongi-shii!" sejibik!! Reaksi dia betul-betul sama dengan reaksi aku masa tu.

"Maaf noona tapi cuba noona terangkan slow-slow dan kita orang akan dengar.. Boleh..? " ujar jungkook sambil mempersilakan aku duduk.

"Noona?? Laaa kau lagi muda jungkook-shii umur berapa..??" aku mendudukkan diriku di sofa diikuti ke-6 namja yang lain sedangkan hoseok tengah tenung dirinya yang terbaring di katil hospital.

"Kau tahu nama jungkook dengan yoongi hyung..?? " jimin memandang pelik kearahku.

"Umur kook 23 noona... Dan macam mana noona boleh kenal kook dengan yoongi hyung..?? " tambah jungkook si bunny.

"Aku tahu sebab hoseok kenalkan korang tadi... Kau kim namjoon dan kau kerja dekat hospital ni kan...?? Kau pula kim seokjin ceo kim'z company, min yoongi komposer, park jimin guru dance, kim taehyung... Untuk kau tanpa hoseok bagi tahu pun aku kenal kau sebab kau belakon dalam cerita yang aku dengan unnie selalu tengok tu... Akhir sekali kau jeon jungkook dan kau bekerja sebagai penyiasat... Right..??" kataku mengingat-ingat apa yang hoseok bagi tahu tadi.

"Ya aku kim namjoon.. Jadi kau betul-betul serius yang kau boleh nampak... Ermm roh hoseok..?? " tanya namjoon kepadaku.

"Yup dan hoseok bagi tahu dekat aku yang dia koma sebab terminum racun yang orang bagi pada dia... Betul ke..? "

Aku kembali bertanya sekadar untuk memastikan yang roh sesat tu tidak membohongiku okay.. Dan kalau aku dapat tahu dia bohong aku memang kena la dia dengan aku.

"Tu memang betul... Tapi macam mana kau tahu tu..??! Atau jangan-jangan kau yang bagi hoseok hyung racun tu sampai dia koma!!??" serius aku hampir sahaja membaling kasut aku ke muka mamat yang sayangnya aku terminat cerita yang dia belakon. Loll~

Aku memandang datar kepada taehyung si pelakon bodoh tapi tampan. Malah lebih datar dari pandangan hyung vampirenya itu. Sungguh indah duniaku dipaksa menolong sekarang dituduh tanpa sebab munasarawak pula!!

"Dan untuk apa pula aku nak bagi dia racun..?!" kata aku dengan penuh penekanan.

"Ye mungkin kau salah satu yeoja yang gilakan hoseok hyung.. Sebab hoseok hyungkan kaya salah satu pewaris JG COMPANY.. Company terbesar di korea.... " keterangan jimin jujur buat aku terkejut... Wow aku baru tahu fakta itu.

"Untuk apa aku nak bunuh dia... Kalau aku betul tergila-gilakan dia haa!!?" aku langsung tak mengetahui tentang fakta yang rupanya si roh sesat ni seorang anak dari keluarga kaya.

Aku melihat kearah hoseok yang tengah duduk disebelahku dengan pandangan tak puas hati. Kenapa dia tidak memberi tahu aku tentang fakta yang dia anak orang kaya dari keluarga jung!!

Siapa juga yang tak kenal dengan keluarga jung, keluarga kaya yang syarikatnya dah tersebar ke seluruh korea malah keluar negara juga ada!! Tapi aku langsung tak sedar yang hoseok salah satu dari keluarga jung!! Nice!!

"Sebab kau dapat tahu yang hoseok hyung dah bertunang!! Sebab tu kau racun diakan..?! " tambah taehyung lagi. Satu lagi fakta yang buat aku terkejut.

Cukup sudah kesabaran aku sampai disini. Niat aku datang ke sini nak membantu bukannya nak dituduh macam ni. Aku berdiri dari duduk sambil menghentakan tanganku di meja dengan kuat.

"Aku memang bukan berasal dari keluarga senang macam korang semua!!! Tapi aku juga tahu dosa!! Dan aku datang kesini nak membantu bukan datang sini untuk dituduh!! Aku betul-betul jujur yang aku boleh nampak roh chingu sialan korang tu!!! Dan aku langsung tak tahu macam mana tu bole berlaku!! Dia yang minta aku datang sini untuk tolong dia!!! Tapi kalau aku datang sini hanya untuk dituduh dengan korang semua baik aku balik!! Aku tak perduli dengan kekayaan dia tulah!!"

Setelah berkata bergitu aku terus berlari keluar dari ruang rawat hoseok tanpa mendengarkan panggilan namja-namja tu. Aku juga betul-betul tak perduli dengan hoseok yang terus menerus mengikuti aku dan meminta aku untuk kembali. Memang taklah aku nak patah balik!!

Aku tahan teksi yang kebetulan lalu didepan hospital setelah teksi itu berhenti betul-betul didepanku aku memasukinya. Dan dapat aku lihat rupanya ke-6 namja itu mengejarku dan meminta aku memberhentikan teksi.

"Shani please kau kata nak tolong aku... Please patah balik bincang dengan mereka elok-elok... Shani... Please.. " ujar hoseok memohon tapi aku hanya mengabaikannya.

Dalam tak sedar air mata aku menitis. Aku bukan nangis sebab apa okay aku cuma tak suka bila aku datang dengan niat yang baik tapi tak pasal-pasal dituduh untuk cuba membunuh pula.

Kalau yeoja lain kena juga pastu menangiskan kalau dah tak ada kena mengena tapi kena tuduh macam mana tu. Hoseok aku tengok dia dah berhenti memujuk aku untuk patah balik mungkin sebab dia nampak aku menangis.

Sekarang aku perlukan masa bila aku dah tenang baru aku fikir sama ada nak tolong dia atau membiarkan sahaja dia menyelesaikan masalahnya sendiri. Lagi pun bukankah jungkook penyiasat pasti dia boleh tolong kan...??












TBC~
◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇
Hai-hai-hai korang semua tengah buat apa tu..?? Okay abaikan soalan bangang tu dah sah-sah la korang tengah membaca watpadkan.. Loll~ 😌✨

Jadi macam biasa kalau korang rasa cerita aku menarik jangan lupa vote and comment okay.. 😉☆☆

Bye see you next time.. 🤗💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro