Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

◆5◆

Aku dan unnie turun dari keretapi setelah keretapi yang kami naiki tiba di tempat tujuan kami iaitu Ilgok-dong. Tentunya selepas unnie juga aku mendapat izin dari bos kami untuk bercuti.

Dan jujur aku cakap yang hoseok sedari tadi terlihat sekali yang dia excited bila kami sampai ke sini. Ditambah lagi dia tak habis-habis paksa aku untuk terus pergi melihat dia di hospital. Dasar tak menyempat!!

Selepas meminta izin kepada unnie untuk ke suatu tempat, aku dan hoseok terus menuju ke hospital tempat dimana badan roh sesat ni berada. Sedangkan unnie menuju kearah hotel yang telah kami pesan melalui telefon.

◇◆◇Hospital◇◆◇

"Shani cepatlah!! Jalan lambat betul! " berlagu sahaja perkataan itu berlalu ditelingaku. Jujur aku katakan kalau dia ni bukannya roh dah lama aku hempuk.!!

Dah la menyusahkan aku kena tolong dia pastu dia boleh pula perlakukan aku layaknya hamba... Ku panggil bomoh juga budak ni karang baru tahu rasa kena bakar tak dapat masuk dalam badan kau balik.

Tanpa mengatakan apa-apa aku terus mengikutinya. Ialah tak akan nak suruh aku berbual dengan dia, orang lain mana nampak dia karang tak pasal-pasal kena gelar gila pula kalau orang nampak aku cakap sorang-sorang.

Cukup sudah beberapa kali aku dikata gila hanya kerana mamat si roh sesat tu tidak lagi.

Akhirnya aku sampai di depan pintu tempat di mana hoseok berada. Dan dengan tidak relanya aku membuka pintu bilik tersebut kerana dipaksa oleh... Haishhh tahu-tahu sendiri je la siapa yang tak menyempat sangat tu.

Dan buka-buka je rupanya dekat bilik tu bukan ada badan dia je tapi juga ada 6 orang namja yang of course la aku tak kenal tengah memandang ke arahku. Haishhhh~

"Iya cari siapa..??!" kata seorang namja yang mempunyai senyuman seperti bunny.

"Ermmm... Cari... Cari... Cari.. " aku memandang ke arah hoseok bagi meminta bantuan.

"Cakap je kau chingu aku... mereka semua chingu-chingu aku juga mereka baik la jangan risau." senangnya kau cakap. Tidakkah engkau tahu yang aku berasa seperti ingin mati katak je disini wahai roh sesat idaman korea!!

"Hello... Cik cari siapa iya...?? Atau cik salah bilik..??" tambah namja tu lagi selepas melihat aku lama terdiam.

"Haishhh... Maaf menganggu tapi aku chingu hoseok... Jadi aku datang nak jenguk roh sesa-- eh maksud aku nak jenguk hoseok... Haa jenguk hoseok.. "

Dan aku dapat lihat yang namja-namja tu memandang satu sama lain. Boleh aku jujur sebenarnya aku dah penat berdiri dekat depan pintu ni tak nak bagi aku masuk ke..?!

"Diorang tak nak bagi aku masuk atau macam mana ni..??! " kataku kepada hoseok tapi si namja bunny tu pula yang terasa.

"Ehhh sorry-sorry masuklah.. " haaaa baru kau nak ketepi aku dah berjanggut tunggu ni. Ehh!! Memangnya yeoja boleh tumbuh janggut... Entah apa-apa je la.

Aku datang mendekati katil hoseok dan mengabaikan ke-6 namja yang memperhatikan aku. Kalau lagi beberapa minit namja-namja tu still tengok aku memang aku maki... Tengok je la nanti!!

"Ermm.. Maaf tapi nama kau siapa iya...??" tanya namja berbahu lebar kepada aku yang fokus memandang hoseok.

"Nama aku kim shani.. Umur aku 24 tahun.. Aku tinggal dekat seoul dengan satu-satunya unnie aku keluarga aku dah tak ada... Unnie aku nama kim shana... Nama kita orang nampak macam kembar tapi tak kita orang bukan kembar.... Umur unnie aku 26.. Dah jangan tanya..!!"

Jujur aku tak ada mood sekarang semua gara-gara hoseok nasib la aku dah janji nak tolong dia. Kalau tak memang aku tak nak berurusan dengan masalah dia ni. Baik aku bermanja dengan unnie aku dekat rumah dari melayan roh sesat ni.

"Kau buat chingu-chingu aku pelik tau... Tu kau bercakap atau rapp tu..??! " ujar hoseok kepadaku.

"Kau boleh diam tak kalau nak ikutkan hati nak je aku hempuk badan kau sekarang tau.. Dahlah gara-gara kau aku tak dapat nak bermanja-manja dengan unnie aku. " balasku kepada hoseok.

"Hyung yeoja ni macam tak betul je.. Siap cakap sorang-sorang lagi. " kata namja yang aku perasan paling pendek antara yang lain.

"Haishhh... Dua kali!! Dua kali aku dikatakan gila sebab kau jung hoseok!! Sekarang aku tak perduli bagi aku idea macam mana aku nak terangkan dekat chingu-chingu kau yang aku boleh nampak rohh kau!! "

Hilang dah kesabaran aku untuk hari ni tak pasal-pasal kena panggil gila lagi. Semua sebab hoseok roh sesat sialan ni!! Arghhh!!! Serius aku hampir betul-betul gila sekarang ni.!! Dan aku langsung tak perduli kalau ke-6 namja tu terkejut bila dengar aku menjerit.!!

"Sebenarnya kau ni siapa..??!" aku melihat namja yang mempunyai kulit putih pucat seperti vampire tengah memandang aku datar. Sedatar tembok china. Tapi aku tak takut okay!!

"Yang tanya kau tu nama dia min yoongi atau min suga dan dia berkerja sebagai komposer, yang bahu lebar tu nama dia kim seokjin dia pula ceo dekat syarikat keluarga dia kim'z company, yang tinggi tu pula nama dia kim namjoon dia berkerja sebagai doktor dekat hospital ni, yang pendek tu pula nama dia park jimin dia guru dance, yang itu kim taehyung kau masti atleast kenal dia sikitkan sebab dia pelakon dan belakon dalam cerita yang kau suka tengok tu dan akhir sekali maknae kita orang jeon jungkook dia polis penyiasat.... " terang hoseok panjang × lebar mengenai chingu-chingunya yang bagi aku langsung tak penting!!. Kecuali untuk kim taehyung!! Oppa i'm you fans!! Okay stop.

Aku suruh bagi idea untuk bagi tahu dekat chingu-chingu dia ni yang aku boleh nampak roh dia bukannya suruh kenalkan namja-namja tu dekat aku!!! Dasar tak membantu!!

"Okay macam ni aku datang ke sini sebab hoseok minta bantuan dari aku untuk bantu selesai kes pencubaan pembunuhan yang terjadi dekat dia dan............... Aku boleh nampak dan bercakap dengan roh dia.." okay sekarang namja-namja ni tengok aku macam aku ni orang gila yang terlepas wad... Nice!!!












TBC~

◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇

Hello kembali lagi bersama aku si penulis yang tak seberapa ini... Acieee ayat minta simpati.. Puihhh. 🙃✨

Okay jadi cerita ni aku akan cuba buat sebisa mungkin okay tapi kalau korang still rasa cerita ni merapu cuba comment bagi idea.. Jangan kedekut idea.. 🤧♥

Jadi kalau korang rasa cerita aku ni menarik aku harap korang tak lupa vote and comment okay.. ☆☆

Bye see you next time.. 🤗♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro