◆19◆
◇◆◇Hoseok Pov◇◆◇
Aku bukan pintu mansioku dengan tenang tak nak mengganggu penghuni dalam mansion ni yang sedang tertidur terutama sekali eomma juga appa. Masuk dengan senyap dan terus menuju kearah bilikku.
Masuk sahaja ke bilik aku mencapai tuala didalam almari kemudian terus masuk ke bilik air. Pencarian kami tentang siapa yang cuba membunuh aku waktu itu masih lagi tidak menemui apa-apa jawapan.
Hanya sedikit clue sahaja yang aku dengan yang lain temui. Pening memikirkan masalah yang aku hadapi sekarang ni. Mungkin dengan mandi dapat membuat otak aku yang berserabut ini kembali pulih.
Selepas beberapa minit akhirnya aku menyelesaikan acara mandiku setelah berpakai aku terus membaringkan diriku. Tengah duduk relax tiba-tiba aku teringat pasal tadi.
Waktu aku dengan tidak sengaja memeluk shani yang hampir terjatuh jujur aku katakan setelah sedar dari koma dan bertemu dengan shani dalam keadaan nyata.
Entah kenapa... Okay bohong tak payah nak klise sangat tak tahu kenapa dan sebab apa jantung aku berdebar-debar setiap kali shani dekat dengan ku jawapannya simple malah budak tadika pun pasti tahu yang aku tengah jatuh cinta dekat shani.
Tapi macam mana dengan pertunangan aku dengan ryujin.. Aku nak membatalkan pertunangan tu tapi aku takut ryujin mengulang kembali niatnya yang mahu membunuh diri.
Hanya kerana aku menolaknya. Aku tak nak kejadian yang dulu terulang kembali tapi aku juga tak boleh bohong bukan yang aku mencintai shani bukannya ryujin. Setiap kali aku berada dengan shani.
Perasaan bahawa aku ingin melindungi dia betul-betul besar. Contohnya tadi bila aku nampak yang shani akan terjatuh aku automatik berlari kearahnya padahal boleh dipastikan tadi yang aku berada jauh dari shani.
Tidak seperti dulu sewaktu ryujin terjatuh akibat dress yang dipakai ryujin terlalu labuh padahal waktu itu aku berada di sebelahnya saja tapi aku malah tergelak melihatnya jatuh.
Jujur aku katakan sewaktu mula-mula aku menyedari bahawa aku hanya makhluk yang tidak dapat dilihat aku betul-betul kalut. Terlebih lagi semua orang langsung tidak dapat melihatku.
Walaupun aku duduk didepan mereka. Sehinggakan aku hampir berputus asa dan malam itu akibat aku terlalu bosan saat terus berdiri didepan mereka sedangkan mereka langsung tidak dapat melihatku.
Jadi aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan seketika kemana-mana sahaja asalkan aku tidak kebosanan berdiri macam tunggul kayu depan yang lain.
Berjalan dari satu taman ke satu taman sehinggakan taman yang terakhir aku berhenti aku melihat seorang yeoja sedang duduk sambil memandang bulan.
Dan aku yang melihatnya tiba-tiba terdetik untuk mendekatinya yang sedang terduduk diam.. Dan aku langsung tidak menyangka yang dirinya akan beraksi atas kedatangan ku.
Saat mula-mula dia cuba menjaga jarak dengan ku. Aku ingat itu hanya khayalan aku saja yang dia duduk menjauh tetapi rupanya dia betul-betul dapat melihatku.
Terlebih lagi dengan pandangan yang amat sangat imut menerutku tetapi mungkin baginya dia memberikan ku pandangan yang tajam.
Waktu itu aku terus mengikutinya sehingga aku melihat dia memasuk sebuah rumah yang tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil. Untuk waktu yang agak lama aku hanya memperhatikannya sahaja.
Sampai malam keesokannya aku bercadang untuk tiba-tiba muncul didepannya dan yup sudah aku duga yang di akan pengsan bila melihat aku.
Aku yang betul-betul perlukan bantuan akhirnya terus mengganggunya dan finally dia mahu juga membantu ku. Walaupun aku tahu dia marah oleh kerana aku terus mengganggunya sampai-sampai dia dikatakan gila beberapa kali..
Macam mana pun aku betul-betul pelukan bantuannya bukan aku sengaja mengganggunya. Dan aku betul-betul terharu bila dia masih mahu membantu aku menyelesaikan masalah aku ni walaupun aku sudah sedar dari koma.
Tapi dalam masa yang sama juga sebenarnya aku risau dengan shani yang turut terlibat dalam masalah aku macam mana kalau sampai orang yang ingin membunuh aku itu juga menjadikan shani sebagai targetnya juga.
Aku tak boleh bayangkan kalau shani sampai kenapa-napa hanya gara-gara menolong aku dan kalau sampai itu terjadi aku tidak akan pernah memaafkan diri aku sendiri.
Kedengaran berlebihan tapi aku tidak kisah tentang itu kalau sampai shani betul-betul menjadi target pembunuh yang cuba membunuh aku dan itu kerana aku, jadi aku kena bertanggungjawab untuk melindunginya.
Aku mengambil phone yang aku letakan diatas meja tadinya dan terus mencari no telefon shani untuk memastikan sama ada dia sudah sampai di rumah ataupun tidak.
Kalau ada yang tanya kenapa aku tak menghantar shani sahaja tadi jawapan mudah.... Dia yang bersekeras menolak jadi aku tidak dapat berbuat apa-apa.
Dan shani juga telah berjanji yang dirinya akan baik-baik sahaja jadi baik aku tengok dan pastikan yang shani tidak memungkiri janjinya kepada aku dengan yang lain.
Setelah deringan yang kelima akhirnya panggilan aku dijawab olehnya dan tanpa berlengah aku terus menanyakan tentang keadaannya.
"Hai.. Sorry ganggu cuma nak tanya je dah sampai rumah belum...?? " tanyaku kepada shani dan dapat aku dengar yang dia seperti mengatakan sesuatu.
"Shani okay tak..?? Cakap dengan siapa tu...?? " tanya ku lagi kepadanya.
Tiba-tiba aku menjadi kalut bila mendengar suara shani yang sedang menjerit meminta tolong ditambah dengan suara sesorang yang menyuruh shani untuk diam.
Tanpa berlengah aku terus menghubungi jungkook dan yang lain untuk memberi tahu mereka mengenai shani yang diculik. Selesai meminta semua berkumpul aku terus mengambil jaket aku yang tergantung dan terus berlari keluar.
'Shani... '
TBC~
◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇
Harap para reader tidak lupa untuk vote and comment okay... 👀
Support me please.. 🤧✨
Bye see you next time.. 💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro