◆17◆
"Dari clue yang kita dapat orang yang cuba nak bunuh hoseok oppa ada kena mengena dengan syarikat kan..?? Apa kata kalau kita cari bukti dari sejarah-sejarah syarikat yang pernah bekerja sama dengan syarikat keluarga jung yang mungkin dah..... Bangkrap..?? "
Aku pandang wajah mereka untuk melihat sama ada cadangan aku boleh digunakan ataupun tidak. Biasalah aku ni tak berapa tahu hal-hal menyiasat ni sangat. Jungkook pandai la.
Aku cuba bagi cadangan mengikut analisis aku sendiri dari bukti-bukti yang kami semua kumpul selama penyiasat kami. Jadi iya tak salah kan kalau aku memcuba mana tahu cadangan aku dapat membantu.
"Betul juga tu berkemungkinan besar orang yang nak bunuh hyung tak puas hati sebab syarikat keluarga jung tak dapat tolong syarikat diorang.." ujar jungkook menyetujui cadangan ku.
See tak salah cuba memberi cadangan yang kita rasa agak masuk akal daripada berdiam diri je dan tak dapat membantu apa-apa yang malah lagi menyusahkan daripada membantu.
"Jadi hoseok kita kena pergi syarikat kau sekarang untuk cari tahu tentang sejarah-sejarah syarikat yang dah bangkrap yang berkemungkinan keluarga jung tak dapat bantu.. " kata seokjin oppa kepada hoseok oppa.
Manakala hoseok oppa atau si roh sesat itu hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda yang di turut menyetujui cadangan yang aku bagi. Terasa diri ini pandai seketika. Owo!!
Jadi tanpa membuang masa aku bersama yang lain akhirnya bangun lalu mula menuju ke syarikat keluarga jung bagi menambah bukti kami untuk menangkap pembunuh yang cuba membunuh hoseok oppa.
Memandangkan cafe tempat kami berjumpa tidak terlalu jauh dari syarikat hoseok oppa jadi kami tidak membutuhkan masa yang lama untuk sampai di syarikat.
Sampai-sampai sahaja kami terus menuju ke bilik bahagian yang menyimpan dokumen-dokumen tentang syarikat juga dokumen-dokumen mengenai ciri-ciri syarikat yang pernah berkerja sama dengan syarikat keluarga jung dulunya.
Akibat ruangan ini sangat besar jadi kami harus berpecah untuk mencari dokumen syarikat-syarikat yang berkemungkinan tidak berpuas hati dengan keluarga jung kerana tidak dapat membantu syarikat mereka.
Aku bersama hoseok oppa... Secara jujurnya aku lebih terbiasa memanggil dia roh sesat tapi tak apa la biasakan lidah dari sekarang, walaupun tak jarang juga aku tersasul panggil hoseok oppa roh sesat.
Jadi aku bersama hoseok oppa cuba mencari-cari di bahagian sebelah kiri, seokjin juga namjoon oppa mencari di sebelah kanan dan jimin oppa, taehyung oppa serta jungkook dibahagian tengah. Yoongi oppa entah aku pun tak tahu kemana dia pergi.
Aku naik ke atas kerusi sambil melihat-lihat dokumen yang tersusun disitu tetapi alangkah baiknya sekor cicak yang tiba-tiba lalu didepan mukaku membuatkan aku terkejut.
Sehinggakan aku tidak sedar yang kerusi yang aku berdiri terlalu kecik dimana kalau aku hanya bergerak sedikit sahaja aku akan jatuh mencium lantai dingin dibawah.
Aku yang betul-betul pasti bahawa aku akan mencium lantai hanya memejamkan mataku menantikan sahaja rasa sakit yang bakal aku rasakan tetapi bukan rasa sakit yang aku rasa.
Tetapi aku malah merasa ada sebuah tangan yang terletak elok di pinggang ku ditambah dengan aku yang tidak merasa sakit sama sekali jadi aku sepantas kilat membuka mataku.
Demi beruk yang pernah curi pisang aku!! Aku betul-betul terkejut bila buka sahaja mata benda pertama yang aku lihat adalah wajah hoseok yang berada dekat dengan wajahku.
Betul-betul dekat oii!! Bukan muhrim!! Dosa-dosa!! Okay aku melebih-lebih pula abaikan.. Jantung aku yang tiba-tiba berdebar ditambah sekarang aku pasti yang wajah aku betul-betul merah.
Sedangkan hoseok sedari tadi hanya melihat kearah mata aku sambil terdiam tanpa kata.. Dah terdiam maknanya memang tak cakap la aduh bangang betul ayat aku.
Jadi aku yang tidak tahu harus melakukan apa dengan situasi klise seperti didalam novel-novel ni akhirnya meniru dari novel yang pernah aku baca.
Menurut cerita dalam novel tu heroin kena pandang balik mata hero dia tapi serius aku malu nak buat yang macam dalam novel tu.. Dan aku yakin seratus peratus yang pipiku memerah sekarang..
Aku juga hoseok berada diposisi seperti itu agak lama tapi sayangnya seperti didalam novel juga pasti akan ada watak yang datang menganggu adegan hero dan heroin... Biasalah~cehh!! Acah-acah heroin konon.
"Uitt naik bersemut aku tengok korang berdua ni... Aduhhh kaki kena potong la lepas ni manis sangat kena kencing manis pula.. " ujar yoongi oppa yang muncul tiba-tiba macam vampire sesat.
"Dah la nak bersweet-sweet tu nanti-nanti la iya.. Dah jom balik dah pukul berapa sekarang.. Leka sangat mencari bukti sampai tak ingat waktu.. "
Ohh!! Dan rupanya dekat belakang yoongi oppa ada namjoon oppa yang juga ingin menjadi wakta penganggu seperti di dalam novel.. Setelah selesai yoongi oppa juga namjoon oppa memberikan aku juga hoseok oppa sedikit taklimat, mereka terus berlalu pergi meninggalkan aku kembali bersama hoseok oppa.
"Sorry shani, oppa tak bermaksud nak buat shani tak selesa.. " ujar hoseok oppa tiba-tiba.
Aku tersenyum kecil kearahnya sambil menggelengkan kepalaku dan membetulkan sedikit keadaan diriku sebelum akhirnya kembali memandang kearah hoseok oppa yang masih
memandang aku.
"It's okay shani yang patutnya minta maaf and thanks sebab tolong sambut.. Tak adalah jatuh dekat lantai tu sakit.. Dahlah jom yang lain mesti dah tunggu kita dekat depan.. " balasku kepada hoseok oppa.
Dan tanpa banyak kata bagi menyembunyi muka merahku ini aku terus berjalan mendahuluinya menuju keluar daripada bilik tersebut meninggalkan hoseok oppa dibelakang.
TBC~
◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇
Kepada readers yang budiman aku harap korang tak lupa untuk menegur aku kalau cerita aku ini semakin merapu.. 🤧✨
Dan tolong la support aku ni dengan vote story aku ni dan jangan lupa comment sekali.. 😌💜
Bye see you next time.. 🤗♥️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro