Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

◆16◆

Aku membuka pintu cafe di depanku dengan pelahan dan tepat di saat itu juga kedengaran loceng diatas pintu cafe yang aku masuki berbunyi sebagai tanda cafe itu dikunjungi oleh pelanggan.

Dengan tenang aku melangkahkan kaki ku menuju kaunter untuk memesan minuman dan mungkin sedikit manisan. Sebenarnya bukan tanpa sebab aku berkunjung disini.

Tadinya saat aku sedang bersantai seorang diri dirumah memandangkan unnie terpaksa kembali ke seoul kerana bos unnie tidak dapat memberikan unnie cuti tambahan.

Jadi dengan itu aku di ilgok-dong hanya berseorang diri kerana aku telah berjanji kepada hoseok untuk membantunya. Setelah puas menyakinkan unnie bahawa aku akan baik-baik saja.

Barulah unnie merelakan aku tinggal di ilgok-dong seorang diri sedangkan unnie harus kembali pulang ke seoul. Itu juga ditambah dengan seokjin oppa yang telah menjanji kepada unnie.

Bahawa di akan menjagaku selama aku berada disini. Entah kenapa aku seperti rasa yang seokjin oppa menyukai unnieku tidak jarang juga pandangan matanya akan tertuju kearah unnie.

Setiap kali unnie berada disekitarnya tetapi aku tidak keberatan memandangkan seokjin oppa seorang yang baik jadi aku tidak masalah jika benar seokjin oppa menyukai unnieku.

Dan kalau ada yang bertanya tentang pekerjaan aku pula.. Jawapan aku simple aku dah berhenti dan semua gara-gara seokjin oppa. Dia yang menyebabkan aku berhenti.

Tetapi tidak mengapa memandangkan seokjin oppa berjanji akan mempekerjakan aku di restoran nya yang berada di seoul jadi aku setuju-setuju aja kalau dia nak bertanggungjawab. Dan yup untuk pengetahuan semua seokjin oppa memang memiliki restoran sendiri.

Jadi kembali ke niat asal kita tadinya. Aku datang ke cafe ini bukan tanpa sebab seperti yang aku katakan tadi aku datang ke cafe ni di kerana kan yang lain meminta aku untuk berjumpa disini.

Aku pula yang berkemungkinan besar datang terlalu awal jadila aku terpaksa menunggu mereka semua tiba. Mungkin mereka mahu membincangkan tentang bukti-bukti atau maklumat.

Yang telah berjaya kami kumpulankan mana tahu berkemungkinan besar bukti-bukti yang kami temui dapat disusun seperti puzzle dan mendapat jawapan.

Jawapan atas siapa yang berniat membunuh jung hoseok dengan meletakan racun kedalam makanannya beberapa bulan yang lepas sehinggakan membuat hoseok koma.

Tengah sedap aku termenung tiba-tiba aku merasakan tepukan lembut dibahuku dan bila aku memusingkan badan kearah belakang rupanya yang menepuk bahuku adalah kookie ku~ dan dia berseorang diri.

"Hi noona.. Awal sampai..?? " ujar jungkook sambil duduk di kerusi didepan ku.

Aku tersenyum kearahnya sambil memperlihatkan gigiku yang putih lagikan tersusun rapi didepan jungkook. Sedangkan jungkook membalas kembali senyuman aku mengunakan senyuman bunnynya.

"Iya bosan dekat rumah datang awal la.. Kook pula seorang je yang lain mana..??" tanyaku memandang ke arah jungkook.

"Diorang cakap diorang otw.. Tapi macam biasa la otw diorang tu maksudnya baru nak mandi ..!"

Mendengar apa yang jungkook katakan aku hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala. Berkenalan dengan mereka beberapa minggu sudah cukup untuk aku memahami baik buruk mereka.

Terutama sekali kebiasaan mereka yang seperti jungkook nyatakan tadinya. Maksud otw mereka mahu berjanggut aku bersama jungkook menunggu. Owo!!

Sementara menunggu mereka aku bersama jungkook hanya bersembang benda-benda atau topik biasa yang sekurang-kurangnya tidak membuatkan kami mati kebosanan menunggu. Iya dak..??

Selepas beberapa minit barulah aku lihat seokjin juga namjoon oppa menghampiri meja yang aku serta jungkook tempati manakala yang lain masih sahaja belum terlihat.. Hshshshshsh!!! Lambat bebeno mereka ni!!

"Sorry guyss kita orang lambat ada kerja sikit tadi... " ujar namjoon oppa sambil duduk disebelah jungkook diikuti seokjin oppa yang duduk di sebelah ku.

Aku dan jungkook memandang satu sama lain sebelum akhirnya menghelakan nafas kasar sambil memasang muka datar sedatar tembuk china.

"It's okay kita orang berdua faham... Betul tak noona..?? "

Aku menganggukkan kepalaku bagi menyokong apa yang dikatakan oleh jungkook. Manakala seokjin oppa bersama namjoon oppa tersengih kekok ke arah aku juga jungkook.

"Sekurang-kurangnya korang dah sampai yang lain ni batang hidung pun tak nampak lagi ni..??! " kataku sambil berdiri dari dudukku.

"Ehh shani nak pergi mana..??" tanya namjoon oppa yang memandang aku dengan pandangan pelik mungkin kerana melihat aku berdiri.

Tanpa kata aku hanya menunjukkan gelasku yang telah kosong dan kemudiannya beralih menunjuk kearah kaunter. Sebagai isyarat yang aku ingin memesan air lagi. Memandangkan air aku telah habis.

Dalam aku berjalan perlahan menuju kaunter dapat aku lihat didepan pintu masuk ada kelibat hantu!!! Tak la gurau kelibat yang lain yang baru sampai.. Sampai pun ingat masih terbaring dekat katil.

Dari luar pintu masuk aku tengok mereka melihat aku sambil tersenyum kearah aku dan mereka memasuki cafe serta menghampiri aku.

"Ehh shani nak pergi mana..?? " tanya jimin kepadaku setelah dirinya tiba didepan aku.

Aku menghelakan nafasku terlebih dahulu bagi menenangkan jiwaku yang telah teraniaya oleh mereka. Dan aku yang pergi bodoh dah tahu mereka semua ni memang tak pernah tepati masa pergi datang awal.

Tak pasal-pasal berjanggut aku menunggu mereka dan jangan ada yang tanya memangnya yeoja boleh tumbuh janggut atau tak... Jawapannya mesti la tidak.. Anggap sahaja itu kata perumpamaan.

"Nak order air lagi tunggu korang semua berjanggut.. Air pun dah habis satu cawan ni.. Dah pergi tunggu sana shani orderkan air untuk korang sekali.. " arahku kepada mereka.

Mereka yang mendapat arahan daripada aku hanya tersengih-sengih sambil menganggukkan kepala mereka dan mereka terus menuju kearah meja tempat dimana seokjin dan namjoon oppa juga jungkook berada.












TBC~
◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇
Hello and thanks kepada reader yang sudi membaca story aku ni... And kalau boleh jangan lupa untuk follow aku okay... 🤧♥️

Dan lagi satu kalau boleh tolong jangan lupa untuk vote and comment story aku ni tau... 👀💞

Bye see you next time.. 🤗💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro