Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

◆13◆

"Tak payah. Biarkan dia dengan chingu-chingu dia je. Lagipun chingu-chingu dia 2 hari je dekat sini. Jadi biar la." kata hoseok yang baru sahaja sedar dari komanya.

"Hoseok hyung kenapa bangun hyung baru je sedar.. Hyung patutnya baring je.." ujar namjoon sambil menghampiri hoseok dan membawa kembali hoseok ke katilnya.

Semalam tepat setelah shani keluar dari biliknya setelah bergaduh bersama hoseok. Hoseok berasa seperti ditarik secara perlahan. Sempat ada rasa takut yang singgah dalam dirinya.

Tetapi selepas hoseok tersedar dan dirinya seperti ditarik ke dalam badannya ada perasaan lega yang secara pelahan memenuhi hatinya

Dan pagi tadi akhirnya hoseok si roh sesat yang shani gelarkan kembali masuk kedalam tubuhnya dan kembali menjadi seperti sedia kala.

Dan hal pertama yang hoseok katakan selepas sedar diri komanya adalah dia yang bangun sambil menyebut nama shani dan itu membuatkan kesemua chingu-chingunya betul-betul percaya dengan apa yang shani katakan.

"Wahh jadi shani betul-betul boleh nampak roh hyung deabak... Tapi kenapa kita orang tak nampak..?? " kata jungkook yang duduk disebelah hoseok.

"Tulah tae tertiba rasa bersalah balik bila ingat yang tae ada tuduh shani benda bukan-bukan masa tu..?? " taehyung yang sedang duduk di sofa di dalam ruang rawat hoseok bersuara.

"Tapi yang paling tak percaya dengan shani yoongi hyung la.. Siap cakap yang shani dengan noona dia nak tipu kita lagi.. " ujar jimin sambil menjeling yoongi di sebelahnya.

"Tu masa tu sekarang shani dah jadi adik angkat aku dah.. Aku sayang dia macam adik aku sendiri dan aku janji yang aku akan jaga dia.. Kalau sampai ada yang sakitkan hati dia siap la orang tu.. " kata yoongi overprotective.

Sedangkan hoseok yang mendengar terdiam lalu teringat kejadian malam itu dimana entah kenapa iyanya menjadi marah apabila melihat shani terlalu rapat dengan namja bernama vernon.

Hoseok sendiri tidak tahu kenapa dia tidak suka bila shani memperlihatkan senyumannya kepada namja lain ada satu perasaan yang membuat dia tidak dapat mengawal diri dari menjerit kepada shani pada malam itu.

"Hoseok!! Kamu dah sedar!! Syukurlah noona betul-betul risau dekat kamu tahu!! Akhirnya kamu sedar juga." jung jiwoo unnie kepada jung hoseok memasuki ruang rawat adiknya dengan keadaan tergesa-gesa.

Hoseok yang melihat unnienya menangis memperlihatkan senyumannya kepada unnienya bagi menenangkan unnienya yang sedang menangis.

"Noona dah la tu hoseok tak apa-apa la.. Dah jangan nangis. " kata hoseok menenangkan unnienya yang sedang menangis.

"Iyala haishh kamu ni... Eh mana shani..?? " ujar jiwoo unnie secara tiba-tiba menyebut nama shani.

"Shani?? Noona datang dengan shani ke..?? Macam mana boleh..??" jimin berkata sambil memandang ke arah pintu.

"Ha'ah tadi noona nak datang hospital bila dengar hoseok dah sedar pastu terjumpa shani dengan chingu-chingu dia... Noona cakap nak tengok hoseok sebab hoseok dah sedar.. Jadi noona terus tarik dia ajak dia teman noona sekali. Chingu-chingu dia pun tak kisah apa salahnya. Tapi mana pula dia pergi..??" jiwoo menerangkan apa yang terjadi sambil pergi ke pintu mencari shani.

Dari luar dapat hoseok dan yang lain dengar suara shani yang seperti enggan untuk masuk tetapi tetap dipaksa oleh jiwoo unnie sambil menarik-narik shani untuk masuk kedalam.

Akhirnya setelah beberapa minit bermain tarik tali didepan ruang rawat hoseok. Shani yang mengaku kalah dengan kekerasan kepala jiwoo unnie akhirnya masuk dengan kepala yang menunduk.

"Shani datang pun ingat shani sibuk dengan chingu-chingu shani sampai oppa call pun tak angkat.. " kata seokjin kepada shani. Merajuk.

"Sudah-sudah shani kenalkan ini adik unnie jung hoseok namanya dia la yang baru sedar dari koma tu.." ujar jiwoo unnie memperkenalkan hoseok kepada shani.

"Nae sorry tak sedar phone berbunyi seokjin oppa.. Annyeong hoseok-shii." kata shani.

Hoseok yang pada dasarnya memang mengenali shani hanya memandang shani sedari tadi tanpa mengalihkan pandangannya dimana pandangan itu disedar oleh jiwoo unnie.

"Amboii hoseok jangan pandang shani sampai macam tu malu dia nanti.. " jiwoo yang memang dari awal berkenan dengan shani tersenyum menyakat apabila melihat hoseok memandang shani.

Akhirnya suasana damai itu dihancurkan oleh kedatangan ryujin si tunangan hoseok yang secara tiba-tiba memasuki ruang rawat yang tadinya damai lalu merempuh shani sehingga membuatkan shani hampir tersungkur.

Mujur jimin yang kebetulan berada di dekat shani sempat menangkap shani daripada tersungkur ke lantai ruang rawat hoseok.

"Oppa!!! Akhirnya oppa sedar juga ryujin risau tahu!! Oppa tak apa-apakan..??! Ada yang sakit..??" kata ryujin sambil memulakan aksi drama queennya.

Sedangkan jiwoo yang melihat kelakuan ryujin kepada shani hanya mampu menggelengkan kepalanya sambil memohon maaf kepada shani atas apa yang dilakukan ryujin.

"Shani kamu tak apa-apa maaf iya ryujin memang macam tu.. " ujar jiwoo unnie dengan riak muka bersalah.

"Ahh shani tak apa-apa jiwoo unnie, okay la semua shani pergi dulu la chingu-chingu shani mesti dah tunggu shani dekat taman tadi.. Shani pergi dulu bye semua." balas shani dan terus meminta izin untuk pergi.

"Haa bagus la tu pergi cepat you memang tak ada kena mengena pun dekat sini.... " kata ryujin yang membuat jiwoo unnie dan yang lain memandang kearah ryujin.

"Ryujin!! Jaga kelaku kamu..!! " jiwoo unnie memberi peringatan.

"Apa!! Dia memang nak pergi kan.. Bukan salah ryujin, unnie~" balas ryujin dengan suara manja yang di buat-buat.

"It's okay jiwoo unnie, bye semua.." kata shani sambil menahan jiwoo unnie yang seperti tidak berpuas hati dengan kelakuan ryujin dan terus berlalu pergi.

Hoseok memandang kearah pintu tempat dimana shani pergi dan menghilang. Ada rasa tidak rela yang hoseok rasakan tetapi apabila melihat ryujin yang sudah menjadi tunangannya.

Walaupun terpaksa hoseok akhirnya membiarkan sahaja shani pergi tanpa menghalangnya. Sedangkan yang lain memandang datar kearah ryujin yang sedang sibuk bermanja di lengan hoseok.





















TBC~
◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇
Haishh kepada pembaca diharapkan supaya korang tidak menjadi silent reader please.. Support la aku ni sikit supaya lebih semangat..🥺✨

Bagi yang rasa cerita ni menarik diharapkan korang dapat tolong vote and comment okay.. ♡☆♡

Bye see you next time.. 🤗♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro