◆11◆
Harini genap seminggu aku membantu mereka menyiasat tentang percubaan membunuh yang terjadi kepada hoseok. Aku memasuki rumah dengan keadaan penat. Serius selama seminggu ni aku lansung tidak dapat bermanja bersama unnieku.
Ditambah aku berasa bersalah selepas unnie mengetahui bahawa kami datang ke ilgok-dong bukan untuk bercuti tapi untuk membantu hoseok menyelesaikan masalahnya.
Walaupun unnie sudah beberapa kali berkata bahawa itu bukan kesalahanku dan unnie memahami situasi aku tapi tetapi sahaja rasa bersalah itu ada.
Dan satu hal yang aku perasan... Ada kasut yang tidak aku kenal tersusun elok di tempat kasut. Apakah rumah aku kedatangan tetamu. Aku mempercepatkan langkahku memasuki rumah.
Diruang tamu aku melihat mingyu, jun dan vernon sedang duduk sambil bersembang bersama unnieku.
'Ingat kasut pencuri mana tadi.'
Aku masuk menghampiri unnie dan kedatangan aku disedari oleh vernon terlebih dahulu kerana dia terus memandang ke arahku baru diikuti yang lain.
"Shani kamu dah balik rupanya." kata unnie sambil membelai rambutku setelah aku duduk disampingnya.
"Nae unnie." balasku sambil meletakkan kepalaku di bahu unnie.
"Haiii shani kau dari mana nampak penat je. " aku terus melihat kearah jun sambil tersenyum kepadanya.
"Hi jun, mingyu, vernon tak ada la aku ada kerja sikit tadi. Korang datang ni cafe macam mana..??" cawan unnie dimeja aku ambil lalu ku minum. Terlalu malas untuk ke dapur.
"Cafe tutup bos ada hal sikit jadi kita orang datang sini sebab rindu chingu kita orang ni ha.. " aku hanya menganggukkan kepala arah mingyu.
Dan tanpa sengaja aku terpandang ke arah vernon dia berdiam sambil sesekali menyedut tea dicawannya dan sesekali mencuri pandang ke arahku.
'Muka aku ada apa-apa ke..?? Asal dia pandang-pandang aku..??'
"Ohh macam tu jadi korang dekat sini berapa lama..?? " tanyaku tak mungkin la mereka datang sini balik hari hanya gara-gara nak tengok aku kan.
"Mereka cakap dekat unnie mereka dekat sini 2 hari jadi unnie rasa tak salahkan kalau mereka tumpang dekat sini..?? " aku terus memandang unnie dan bergantian memandang ke-3 namja didepanku.
Sebenarnya aku tidak keberatan memandangkan hotel yang kami sewa sepanjang berada di ilgok-dong ini mempunyai 4 bilik dan itu bermakna ada tersisa 2 bilik lagi yang kosong.
"Ohh macam tu tak apa la lagi pun dekat rumah ni ada 2 lagi bilik kosong dan untung-untung korang boleh tengokkan unnie aku kalau aku tak ada.. " bagus juga kalau mereka dekat sini memandangkan aku selalu keluar untuk membantu yang lain.
Jadi unnie selalu dirumah seorang diri kalau mereka ada pasti unnie mempunyai teman dan ya sekurang-kurangnya begitu.
"Busy sangat ke kau??? Kita orang baru ingat nak ajak kau jalan-jalan esok..." ujar mingyu memperlihatkan muka sedih kearahku.
"Kita orang 2 hari je dekat sini apa kata kau jalan-jalan dengan kita orang besok.. " aku terkejut bila mendengar suara vernon secara tiba-tiba. Iya la sedari tadi dia hanya berdiam diri.
"Ermm okaylah besok aku jalan-jalan dengan korang. Unnie nak ikut..??" ku pandang unnie bagi meminta jawapan.
"Tak payahlah kamu pergi je la unnie nak duduk rumah je.. Malas nak keluar esok. " mendengar jawapan unnie aku langsung menganggukkan kepalaku.
Aku bangun dari duduk ku lalu meminta izin untuk berehat. Serius harini adalah hari yang paling memenatkan ditambah tadi tidak henti-hentinya kami pergi dari satu tempat ke satu tempat untuk mencari sebarang bukti.
"Okay la kalau macam tu shani keatas dulu unnie, nak rehat penat.. Korang aku naik dulu. Night semua. " aku menaiki tangga menuju ke bilikku.
"Nae night shani." kata mereka sebelum aku betul-betul menghilang dari pandangan mereka.
Sekarang jam menunjuk pukul 2:30 am dan aku langsung tak boleh tidur memang badan merasa penat tapi untuk terlelap itu langsung tidak ada.
Aku bangun dari baringku dan keluar dari bilik mungkin segelas susu panas boleh membuat aku tertidur. Hoseok pula entah hilang kemana. Selalunya dia menganggu aku kalau malam-malam begini.
Jadi aku berjalan menuju ke dapur. Aku buka lampu didapur dan mengambil gelas di dalam almari dapur untuk membuat susu panas.
"Tak tidur lagi." ujar sebuah suara yang membuat aku hampir menjatuhkan gelas yang berisi air panas didalamnya.
Aku pusing kebelakangan untuk melihat siapa pemilik suara yang hampir membuat aku bermandikan air panas di tengah malam buta begini.
"Ohh vernon.. Nae aku tak boleh tidur.. Kau pun sama..?? Kau nak apa-apa ke?? Susu panas?? Tea..?? Nak aku buatkan..??" kataku menawarkannya air.
Dia diam untuk beberapa minit sehinggakan aku ingat dia tidak mendengar apa yang aku katakan dan hampir sahaja aku mengulangi ayatku tadi sebelum dia menjawap.
"Tea.. Aku nak tea." katanya setelah beberapa saat terdiam.
"Ohh okay duduk la dulu aku buatkan kejap.. " kulihat dia duduk di meja dapur manakala aku kembali mengambil cawan tea dan mula membuat tea untuknya.
Selepas selesai aku datang menghampirinya dan meletakkan cawan tersebut didepannya.
"Nahh tea yang kau nak tu. Aku naik atas dulu." belum sempat aku berlalu dari dapur secara tiba-tiba tanganku ditarik.
Aku melihat siapa yang menarik tanganku tetapi pandanganku berakhir memandang hoseok yang tiba-tiba muncul disitu. Hoseok memandang vernon untuk beberapa saat dan kembali memandang kearah ku.
Dan entah mengapa aku seperti merasakan yang aku tertangkap basah oleh boyfriend ku sendiri disaat aku bersama namja lain. Apakah.. ~
TBC~
◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇ ◇◇◇◇◇
Hayoo agak-agaknya sambungannya macam mana??? Nak buat jhope jelez atau nak buat yang jhope kenal vernon tu...??? Apa-apa pun thanks kepada yang sudi membaca.. 😉♡
Dan tolong jangan lupa vote and comment cerita aku okay bantuan korang amat dihargai.. 🤧✨
Byee see you next time.. 🤗💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro