◆1◆
Sejak kejadian gila yang menimpa aku semalam entah kena melihat bulan dimalam hari akan masuk kedalam list perbuatan yang akan aku hindari mulai hari ini.
ditambah apabila aku bercerita kepada unnie bukan kasihan atau menenangkan aku unnie malah mengetawakan aku!!
Dasar unnie durhaka!! Ehh memangnya ada orang yang lebih tua dari kita yang durhaka..?? Ahh lantak la yang penting unnie jahat!!
"Unnie dah-dah la tu shani takut tahu bukannya tenangkan orang ke apa ni tak ketawa tak ingat dunia pula!!!! Huwaaa!!!" kataku sambil membaling bantal yang aku pegang kearah unnie.
Unnie menangkap bantal yang aku baling ke arahnya sebelum sempat mengenai mukanya sambil mengelap sisa air mata yang jatuh kerana terlalu kuat ketawa tak ingat dunia.
"Tulah suka sangat tengok bulan malam-malam kan dah kena.. Ni malam ni tak nak tengok bulan lagi..??!" kata unnie masih dengan sisa ketawanya.
"Memangnya kalau siang ada ke bulan ha...??! Yang ada matahari yang panas terik tu..!! Unnie ni pun!! Dan tak Shani dah tak suka tengok bulan!!" kataku sambil memakan potato chips dengan ganas.
Sakit hati apabila memandang unnie yang terus menerus ketawa mengejek aku... Lebih sakit hati lagi bila teringat namja gila yang kononnya mengaku yang dirinya itu roh.
Memangnya dia fikir dia macam dalam cerita-cerita dekat dalam novel apa roh sesat mencari cinta sejati!!! Puihhh taik hang la!!! See aku dah mencarut!! Namja gila tu punya pasal la ni..!!
"Iya jugakan mana ada bulan keluar siang..???? " aku menghela nafas kasar apabila melihat unnieku yang terlebih pandai tengah memikirkan ayatnya tadi sambil jarinya mengetuk dagu.
"Haishhhh sudah bila unnie kau dah terlebih pandai be like.. " tepat setelah aku berkata bergitu unnie dengan sifat keibuannya mengetuk kepalaku dengan menggunakan kuali purplenya...
Terus terang aku cakap kalau aku bodoh unnie yang salah sebab tak habis habis ketuk kepala aku dengan kuali purple dia tu!! Tengok la nanti aku doakan dia dapat suami yang sama perangai macam dia baru tahu rasa!!!
Aku mengosok kepalaku yang diketuk sayang oleh unnie sedangkan unnie kembali ke dapur menyimpan kualinya yang entah sejak bila terbang ke ruang tamu kami~
◇◆◇11:30 pm◇◆◇
"Good night shani, unnie dah kena tidur dulu esok unnie start kerja pagi... Kamu tak nak tidur ke esok kerja tak..??" ujar unnie berhenti di depan pintu biliknya sambil melihat kearahku.
"Tak shani tak ngantuk lagi.. Lagipun esok shani kerja tengah hari unnie tidur la dulu... Night! " balasku kepada unnie setelah melihat unnie masuk ke biliknya mataku kembali fokus ke cerita yang aku tengok sambil sesekali memasukkan popcorn ke mulut.
Aku hanya fokus memandang televisyen sambil sesekali tergelak apabila melihat part yang kelakar di dalam cerita tanpa menghiraukan keadaan ruang tamu yang gelap kerana aku bukan penakut pun!!
"Fokus betul tengok??.. "
"Mestilah cerita fav ni......" balasku kepada soalan unn--
"ehhh!! Bukan unnie dah tidur ke..??!" dan dengan sepantas kilat aku terus melihat ke tempat duduk di sebelahku!!! "!!!!!"
Masa itu juga aku berasa seperti takdir mempermainkan aku kerana yang duduk di sebelahku ini tak lain dan tak bukan namja gila yang aku temui ditaman semalam!!!
'what the fish!!! Macam mana mamat ni masuk??!!!!'
"Hai.. ~" ujarnya sambil tersenyum ke arah ku.
Mulutku terasa kelu tidak dapat berkata apa-apa wajah namja itu ku tatap dengan riak terkejut juga pucat. Apa jangan-jangan apa yang lelaki itu kata adalah benar bahawa dirinya adalah roh gentayangan yang mencari tumbal.
Untuk sesaat semuanya menjadi gelap. Benda terakhir yang ku lihat adalah wajah seorang namja yang terlihat risau setelah melihat aku jatuh terbaring di sofa ruang tamu.
◇◆◇Keesokannya◇◆◇
Aku bangun dari tidurku dan mendapati aku tertidur diruang tamu rumahku. Dalam keadaan yang masih separuh sedar aku ternampak satu nota di meja. Tanpa perlu mengambil pun aku tahu tu dari unnie.
Dan secara tiberrr!! Aku teringat yang semalam aku bermimpi yang aku berjumpa dengan namja gila yang kutemui ditaman. Mengabaikan mimpi pelik tersebut aku terus mengambil nota yang unnie tinggalkan dan membacanya.
'Morning shani unnie dah buatkan breakfast untuk kamu jadi sebelum pergi kerja jangan lupa breakfast tau!! Lagi satu nanti nak pergi kerja pastikan kamu tutup semua suis okay!! Dan semalam kamu tak tutup televisyen kebiasaankan!! Lain kali jangan lupa tutup okay berjimat!! Dan jangan nakal nakal... Bye... Muahhh!!
Unnie kesayanganmu.
Helaan nafas aku lepaskan selepas itu aku bangun menuju ke bilikku untuk membersihkan diri terlebih dahulu sebelum breakfast. Selepas selesai acara membersihkan diri aku menuju ke dapur.
"Morning. "
"Arghhhh!!! Kau!!!! Macam mana kau boleh masuk haaa!!!? Jadi semalam bukan mimpi!!!? Kau benda apa sebenarnya haaa!!??? Kau hantu ke..???!Kau nak apa!!?? Jangan makan aku!!" dengan semua tenaga yang aku miliki aku menjerit terlebih lagi bila mengingati bahawa semalam bukan mimpi!!
"Aishhh kau ni boleh diam sikit tak..??! " katanya sambil melihat aku tidak puas hati.
'What dia tengok aku tak puas hati!! Patutnya aku yang tengok dia tak puas hati dia masuk rumah aku kott!!! '
"S.I.A.P.A K.A.U!!?? " tanyaku dengan penuh penekanan.
Dia memandang aku untuk beberapa saat sebelum menjawap soalan yang aku bagi kepadanya. Hampir sahaja aku ingat yang dia bisu!! Ehh tapi dah berapa kali dia cakap dengan aku elok saja tak bisu..??
"Nama aku jung hoseok dan aku adalah........ Roh." dan entah untuk yang ke berapa kalinya dalam beberapa minit or jam aku tak tahulah aku berkenal dengannya aku terasa ingin mencarut!! Again!!
TBC~
◆◆◆◆◆ ◆◆◆◆◆ ◆◆◆◆◆ ◆◆◆◆◆
Aku harap korang suka dengan cerita aku yang tak seberapa ni... 👀♥
And thanks sangat-sangat sebab korang sudi support cerita aku.. 😉♡
Kalau korang rasa story aku menarik jangan lupa vote and comment okay ☆☆
Bye see you next time 🤗💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro