Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Serangan Jasad Berjentera di Kaki Langit

KENDATIPUN begitu, dengan tidak semena-mena pula ada bunyi-bunyian yang cukup membingitkan. Bunyi-bunyian itu sepertinya seakan-akan suara genderang yang mahu pulang dari bahagian kaki langit itu. Sinaran cahaya sang suria pula sedikit demi sedikit kelihatan semakin samar bak mentari di waktu pagi oleh kerana sinarannya mulai dilitupi oleh ribuan objek yang terawang-awang.

     Suasana yang tadinya bergemerlapan dan indah di Dataran Kesejahteraan Topaz Jingga, tiba-tiba sahaja bertukar menjadi gelap gelita dan gundah gulana. Cahaya sang suria yang tadinya terang benderang itu tidaklah dapat satu pun menembusi segerombolan objek yang seakan-akan seperti buah durian yang terapung-apung, lalu berbentuk seperti bulat-bulat serta ada tajam-tajam dibahagian luarannya. Objek berkenaan dilihat sedang terbang pada satu jumlah yang cukup banyak, tak terbilang banyaknya.

     "Raxy, lihat itu. Apakah bendanya itu?" Athran yang sedari tadi sedang meratap merayu untuk dibawa ke Tanah Tinggi Mahamera Saguntang Sheratoyevo, Siberia kemudiannya tersentak dengan keberadaan seakan-akan satu armada daripada bahagian langit yang terawang-awang itu.

     "Itu... itu.... Jika dilihat ianya muncul daripada bahagian langit, sepertinya... senjata-senjata yang digunakan oleh jasad berjentera PRAAH. Tetapi aku masih tidak nampak apa yang tertulis pada bahagian badan objek berkenaan... " Raxy memandang ke arah langit lalu dikenyit-kenyitkan matanya. Dia cuba memfokuskan kepada bahagian badan objek berkenaan. Semakin lama dibelek, semakin jelas tulisan yang tertera.

     "Cyber....lords..." Raxy cuba membaca satu persatu perkataan yang tertulis pada bahagian badan objek berkenaan. Tulisan yang samar-samar itu semakin jelas apabila objek-objek berkenaan semakin menghampiri ke arah dataran terbabit.

     Zass!

     Boom!

     Tiba-tiba, satu pancaran cahaya lembayung yang menyirna disusuli dengan beberapa bunyi dentuman yang kuat jelas kedengaran daripada arah rumah penduduk di sekitar dataran terbabit. Letupan terbabit menggegarkan keseluruhan kawasan pentadbiran kerajaan Topaz jingga terbabit.

      Maka, bertempiaran berlarilah sekalian penduduk yang berbilang bangsa, sama ada pemegang kristal Blue Aquamarine, Topaz Jingga mahupun Emerald Hijau. Ada penduduk menyelamatkan diri yang mengendong anak-anak kecil, manakala ada juga warga emas yang turut menyelamatkan diri ke kedudukan yang lebih tersembunyi.

     Asap kabut beserta habuk halus dan tebal yang berwarna kecoklatan bertebaran ke angkasa. Bunyi letupan cukup kuat berserta gegaran akibat daya getaran yang dihasilkan oleh bom terbabit turut menyusul sahut-bersahutan. Api yang marak membakar juga turut mula kelihatan disini dan sana.

     Athran dan Raxy juga tidak ketinggalan untuk berlindung bagi menyelamatkan diri masing-masing. Mereka berlindung di sebalik bukit yang mempunyai gua rahsia yang terletak tidak jauh daripada tempat serangan terbabit. Dari kejauhan, mereka dapat melihat huruf  'CYBERLORDS' dengan cukup jelas pada bahagian badan objek berupa dron terbabit. Dron terbabit dilihat melepaskan bom di kawasan berpendudukan padat tanpa ada sebarang amaran.

     Mujur sahaja laskar ketenteraan Topaz Jingga berjaya mematahkan serangan demi serangan yang di halakan ke arah kawasan berpendudukan terbabit. Laskar Topaz Union menggunakan beberapa jet pejuang berteknologi magnet bagi menggagalkan setiap serangan yang dilancarkan oleh jasad berjentera PRAAH terbabit.

     Serangan demi serangan berjaya di patahkan sehinggakan dron terakhir yang di hantar oleh jasad berjentera AI PRAAH terbabit beredar daripada kawasan serangan. Mujur sahajalah serangan terbabit tidaklah berlangsung terlalu lama, hanya sekitar sejam setengah sahaja.

     Walaupun kerosakan yang dialami amatlah dahsyat, namun, hanya seramai 7 orang awam sahaja yang terkorban dalam serangan jasad berjentera AI PRAAH kali ini manakala seorang laskar Topaz Union gugur di medan peperangan akibat terkena peluru sesat.

     "Siapakah gerangan musibat yang melakukan ini semua, Raxy?" Athran bertanyakan kepada Raxy setelah melihat kepada kerosakan yang dialami itu.

     "Ini tidak lain tidak bukan hanyalah kerja si jasad berjentera PRAAH itu. Mereka langsung tidak pernah serik untuk melakukan kekacauan dan huru-hara," ujar Raxy kegeraman. Tangannya digenggam habis-habisan. Mahu sahaja dia menumbuk satu persatu jasad-jasad berjentera yang berperangai seperti samseng berkenaan yang setiap kali membuat kacau dan bikin huru-hara di bumi.

     "Raxy, aku fikir, aku perlu kembali kepada Miky. Entah hidup, entahkan mati dia di seberang laut sana. Aku perlu berada di sisinya," ujar Athran dengan nada penuh kebimbangan.

     "Baiklah. Tapi, kita perlu bantu dahulu penduduk di sini dahulu. Jikalau semuanya sudah selesai nanti, akan aku bawa dirimu menemui kekasihmu. Kita harus mempunyai perasaan perikemanusiaan, Athran," ujar Raxy sambil menuju ke arah rumah penduduk yang telah musnah ditembak dron terbabit.

     "Baiklah, jikalau itulah hajatmu. Ayuh kita bantu mereka dahulu dalam memerangi ." Athran tidak menolak permintaan Raxy lalu turut sama membantu penduduk yang terjejas dengan serangan Cyberlords itu.

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro