Harapan Baru Orange Topaz Union
KEMENANGAN bergaya puak Penentang Orange Topaz Union dalam usaha mengalahkan kebongkakan serta kebahlolan puak Blue Aquamarine dalam perang Caturdasa telah mendapat liputan meluas antara galaksi.
Pemimpin galaksi Andromeda menyifatkan kemenangan ini sebagai 'momen bersejarah dan tempoh me-reset kembali pentadbiran angkatan bumi supaya menjadi lebih kuat dan mampu mengubah landskap perjuangan mempertahankan galaksi Bima sakti amnya dan angkatan bumi khasnya'.
Wakil Bintang Aquarius pula mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin khususnya kepada Jeneral Rinkarika Rishikishi yang berjaya membawa kemenangan bersejarah kepada puak Penentang Orange Topaz ini. Katanya lagi, Bintang Aquarius sedia menghulurkan segala bentuk bantuan ketenteraan, teknologi dan persenjataan kepada armada ketumbukan bumi jika diserang lagi oleh jasad berjentera sintetik PRAAH yang selalu sahaja membuat kacau dan berusaha menguasai pentadbiran bumi.
Kosmos Sirius-3 pula mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Penentang Orange Topaz kerana berjaya menguasai pentadbiran armada bumi.
Keadaan Athran bertambah baik selepas dijaga rapi oleh Miky. Luka-luka pada kaki belah kiri Athran yang beberapa hari lepas masih luka berdarah, kini sudah semakin kering dan perlahan-lahan sembuh. Ini kerana Miky sentiasa berada disisi Athran ketika proses penyembuhan di dalam gua terbabit. Lalu, sedikit demi sedikit, bibit-bibit percintaan antara mereka berdua pun akhirnya tercetus. Perasaan suka sama suka juga mulai hadir tatkala Miky juga menerima pelawaan cinta Athran. Athran tidak bertepuk sebelah tangan. Mutual relationship.
"Miky?" Athran memanggil lembut nama Miky yang sedang terlena di dakapan Athran. Mata kedua-duanya bertentangan antara satu sama lain.
"Ya, sayangku Athran?" Miky perlahan-lahan membuka matanya yang kuyu itu lalu mengerak-gerakkan sesungut kecilnya.
"Mengapa kita saling bermusuh-musuhan, padahal mencintai itu lebih manis rasanya?" Athran mengeluh-elus lembut rambut Miky yang ikal mayang itu.
Miky memandang tepat ke wajah si Athran. Lalu, dia mengucup pipi Athran yang berwarna kebiru-biruan itu. Dagunya yang tirus di picit-picit tanda kegeraman.
"Mencintai itu amatlah manis, namun mencari cinta sejati itu teramat lah sukar. Lagipun, kita sudah diajar daripada kecil untuk saling membenci antara satu sama lain. Mengapa tidak?" Miky menjawab pertanyaan Athran dengan lemah lembut.
"Itulah kesilapan sejak sedari awal nenek moyang pemimpin kita. Mereka merosakkan pemikiran bangsa kita dengan propaganda yang bukan-bukan untuk saling membenci. Padahal, kita semua menghirup udara yang sama, meminum air yang sama dan berdoa pada Tuhan yang sama?" Athran mula menjustifikasikan kebenciannya pada pemimpin mereka.
"Athran, sudahlah... Mulai sekarang, kita boleh ubah cara pemikiran kita itu. Kita boleh terapkan pada anak-anak kita nanti bahawa semua puak dibumi ini adalah sama tidak kira warna kristal apa yang ada pada diri kita." Miky melontarkan kata-kata dengan cukup bersemangat sekali.
"Miky? Betulkah apa yang kita buat ini sememangnya salah? " Timbul perasaan sangsi pada lubuk hati Athran.
"Athran, tiada yang salah dan tiada apa yang betul. Ayuh kita mulakan semangat baru dengan yang generasi baru. Ayuh kita damaikan persengketaan tiga puak ini." Miky semakin merangkul erat tubuh Athran. Dia dapat merasakan aura yang positif menyirna bersumberkan kedua-dua kristal terbabit.
Tiba-tiba Athran teringatkan Princess Miky. Dia bingkas bangun namun lilitan pada lukanya masih belum kering.
"Aduhh.... " Athran cuba bangun namun tidak dapat bergerak akibat kakinya yang belum sembuh.
"Usah bangun lagi, Athran. Lukamu masih belum sembuh sepenuhnya..." Miky menyentuh bahagian yang telah dibalut di kaki Athran.
"Aku perlu pulang ke Istana, Miky. Aku perlu tunjukkan keadaanku bahawa aku masih hidup kepada General Tokuzokuyi." Athran cuba kembali untuk bangun dan berkeras untuk keluar daripada kawasan Permatang Tengah Lautan itu.
"Kau mahu keluar dari sini, tapi dengan apa? Kapal perangmu sudah rosak teruk, Athran". Miky cuba menenangkan Athran.
Athran terdiam dan berfikir.
"Tetapi dengan apa ya?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro