Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TOKSIK II

Berapa banyak akaun palsu kau buat?
Teruskan apa yang kau boleh berdebat.
Kalau diri sendiri rasa sungguh kuat,
Hulurkan keris macam Hang Jebat.

Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Kasturi.
Hang jatuh tangga apa mereka peduli?
Daripada mengecam dan membuli,
Apa kata engkau main saja guli.

Batu serembam, tarik upih, congkak.
Tarik upih tak perlu pun menolak.
Bila hati membengkak dan bongkak,
Buat apa hidup kalau mahu disorak?

GFL, AL, Arknight, Genshin, Honkai.
Kisahnya belum lagi terungkai.
Namun, segalanya terbengkalai
Bila empangan toksik pecah berderai.

-Hoshiko

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro