TOKSIK
Baik tinggalkan kalau tak suka.
Ini tak, mahu bikin saja luka.
Sudah perangai bermuka-muka,
Tak payah acah suka duka.
Engkau bagaikan sisa toksik
Di sebalik jernihnya air tasik.
Kasihan pada budak baru merisik.
Temukan cinta yang ditarik balik.
Kau suka lihat orang merana,
Macam mekanik hilang sepana.
Syukurlah apa yang kau ada
Daripada tak dapat apa-apa.
Dulu bukan main kata orang
Sebab telefon jenis kentang.
Sekarang kau pula naik berang
Sampai Honkai pun kau serang?
-Hoshiko
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro