TEMBOK SENGSARA
Apabila tekanan menjelma di ufuk fajar
Di hujung saat-saat genting,
Tiada teman yang ingin mendengar,
Tiada sahabat ketika hening.
Jika ada masa bertemu manusia kelak,
Senyuman di sebalik derita juga terukir.
Bibir bikin merasa mahu tawa dan gelak
Sedangkan isinya ada air mata mengalir.
Berapa kali aku mati dalaman?
Berapa kali aku dihidupkan lagi?
Entah berapa kali aku hilang keazaman.
Berapa kali pula aku tercegat tak berlari.
Apa yang bisa aku lakukan
Hanya tersisa sebuah senyuman?
Rasa terhina dalam badan
Karena bina tembok kesengsaraan.
-Alif
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro