SORAKAN TERKUBUR
Usia hanyalah kira-kira.
Tua muda tidak terkira.
Srikandi, malah adiwira,
Pencetus bangsa kita.
Melenturlah dari rebung buluh.
Ajarkan diri tidak mengeluh
Macam mereka bangkit terjatuh,
Bermandi darah bercampur peluh.
Biarlah Melayu dibutakan di mata buana.
Biarlah Melayu dibisukan di mulut buaya.
Biarlah Melayu lenyap tak bersuara.
Asalkan jiwa Melayu kekal membara.
Dengarlah lontaran yang bergentaran,
Bergema tidak cukup halaman.
Sorakan terkubur masih kedengaran
Kerana jiwa merdeka berkekalan.
-Farid
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro