Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PEDULI APA?

Berapa lamakah aku terperam
Di dalam gerobok gelap yang kosong?
Hati ini makin kuat mengongkong
Diri sendiri kerana muram.

Apa yang suram dari cerita seram?
'Bila cerita bukan lagi omong.
Aku bisu bukan tiada kerongkong,
Cuma masa depan semakin kelam.

Berkali-kali aku lempar amarah
Tanpa paparkan wajahku yang garang,
Hanya sejuk dingin di sanubari.

Katakanlah aku rebah ke tanah
Berseorangan diri di belakang,
Siapa sahaja yang peduli?

Siapa?

-Alif

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro