JANGAN TANYA
Sejarah hitam main dalam fikiran.
Rasa mahu pitam menanti giliran.
Hati kian kelam kerana sindiran.
Tak rela menyelam, baik ku dipinggirkan.
Sudah aku menjangka apa akan jadi.
Kerana aku merangka segala barangkali.
Sedang aku merancang menjadi musang
Berjubah biri-biri, kamu melalai diri.
Jangan tanya pasal cerita sama.
Aku hanya kongsi derita lama.
Ini bukannya slot bikin drama.
Maaf, bukan mahu tempah nama.
Aliran akaunsi bertukar seni bina.
Congak guna jari sampai otak merana.
Kalku tolak tepi, biar tangan mengira.
Mengapa aku begini? Jangan tanya.
-Alif
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro