Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DARI ALUR KE KUALA

Ini kisah bukannya cereka lagi
Dari utara mahu baiki hati mati
Bawa darah Minang tetap jalan guna kaki
Tetap darah Kedah semangat sampai lubuk hati
Dari alur aku kayuh masuk kuala
Redah sungai hadap banyak buaya
Selagi berupaya aku tetap berusaha
Demi capai impian sebesar samudera

Ada-ada saja bertalam dua muka
Poket macam raja masih lakon wajah duka
Kira kanan bahaya datanglah ikut suka
Sila bersiap siaga kalau tak mahu terluka
Berapa ramai suka tengok aku senang?
Berapa ramai tak suka tengok aku tenang?
Sembang cakap bikin bimbang. Pokok boleh tumbang.
Gajah pun boleh terbang. Kami bukannya mambang

- Musang

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro