𝖙𝖚𝖙𝖚𝖗𝖆𝖓#9
Dia datang lagi
Membawa azimat karat diselubungi darah
Merah bak mawar berduri tanpa wanginya
Hanyir tapaknya disaluti kalis bahagia
Dia menyapa lagi
Menjunjung buah tangan pedang kegelapan
Dibaluti ketakutan bayang senyuman
Menjadi mimpi ngeri si perintih tak siuman
Dia cuba memeluk
Jiwa elak cuba menggapai sokongan
Rayuan hati meluputkan semua ingatan
Tinggallah diri bertahan dari tragedi kenangan
Disoal mengapa apa
Longlai kaki menapak ulas jawapan diseru
Masih disitu inginkan kata tanpa ilmu
Muncul si bongkak katanya ini semua dusta meluru
Apa lagi yang dibenci
Tiada gangguan disebalik layar lakonan yang teratur
Semuanya elok terpendam tanpa diplagiat, bukan?
Apa lagi ingin diseru
Andai tiada yang sokong tak perlu bara bertutur
Jangan kerana kelatan lidah diasah rambang
Musnah semua keturunan adam di bumi kau menumpang.
****
𝕾𝖕𝖊𝖈𝖎𝖆𝖑 𝖋𝖔𝖗 𝖒𝖆𝖐𝖈𝖎𝖐 𝖐𝖊𝖕𝖔𝖈𝖍𝖎 :)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro