Part 8
Haqqani mengetap rahangnya geram apabila kelibat kawan baiknya tidak muncul dari tadi. Semalam beria ugut orang kalau tak jumpa tinggal lah apa lah. Sekarang batang hidung pun tak nampak. Inilah manusia harap sahaja melayu tetapi bercakap kalah keling.
Sementara menunggu kedatangan kawan baiknya , Haqqani mengambil tempat duduk yang berada di KLIA itu. Dia mengeluarkan telefon yang berjenama iphone 11 miliknya. Lebih baik main game dulu daripada menunggu seseorang yang tidak pasti.
Sendu nya ayat kau Ahmad Haqqani!
" Bro! " Haqqani yang sedang khusyuk bermain game tersentak apabila satu suara yang seakan-akan dia kenal menyapanya. Kepala diangkat. Tidak lama itu Haqqani mengulingkan mata ke atas. Rasa geram semakin membuak-buak melihat wajah Aidan yang tersengih tidak bersalah.
" Awal sampai. Apa cerita ? " sindir Haqqani sebaik sahaja Aidan berada di depannya. Muka sinis sengaja ditayang.
" Sorry weyh aku terbangun lambat tadi. Kelam kabut aku mandi apa semua. Bawak kereta pun laju sampai hampir nak terlanggar kereta orang. " bersungguh-sungguh Aidan menerangkan hal sebenar.
" Lambat eh ? Then solat subuh tak tadi ? " soal Haqqani dengan kening terjongket. Terdiam Aidan mendengar soalan itu.
" Eh jom lah. Meh sini aku bawak kan beg kau. " laju Aidan menukar topik. Dia menarik beg roda yang berada di sebelah kawan baiknya. Haqqani yang melihat hanya menggeleng. Kalau bab macam ni tahu lah dia perangai Aidan macam mana.
" Nak pergi makan dulu atau nak aku hantar kau balik terus ? " soal Aidan.
" Pergi makan dulu lah. Aku lapar. " Haqqani tersengih. Memang tidak dinafikan perutnya sekarang memang sudah membuat persembahan. Tunggu nak berhentikan sahaja.
Aidan mengangguk. Seraya itu mereka berdua berjalan pergi dari situ.
***
" Seriuslah!? " jerit Haqqani terkejut mendengar cerita kawan baiknya itu. Mujur di Restoran itu tidak ramai orang. Kalau tidak buat malu sahaja.
" Betul lah. Buat apa aku nak tipu. " Aidan menayang muka menyampah.
" Tak ada lah. Cuma.. Perempuan tu cantik tak ? " laju Aidan mengetuk kepala Haqqani.
Haqqani mendecit geram melihat Aidan selamba mengetuk kepalanya. Tak ada kepala agaknya nak main kepala orang.
" Tak tahu. " jawab Aidan acuh tak acuh.
" Tak tahu ni mesti lah cantik kan ? Eleh tak nak mengaku pulak dia. " usik Haqqani seraya itu dia tersenyum nakal.
" Buat apa kalau cantik tapi perangai buruk. " ujar Aidan selamba. Tidak sedar perangai dia lagi buruk.
" Tak baik lah. Kau nak cakap macam tu entah-entah kau yang mula dulu. Ingat aku tak tahu perangai kau macam mana. "
" Eh dah lah. Tukar topik lain lah. Buat apa cerita pasal perempuan tu. Buang masa je. " Haqqani menggeleng melihat perangai Aidan. Dia tahu kawan baiknya itu memang anti dengan mana-mana perempuan selepas 'kejadian' itu.
" Kau macam mana belajar dekat mesir ? " soal Aidan senada. Dia mencapai gelas yang berisi teh ais lalu disedut perlahan.
" Okay je. Tapi kau tau tak aku rimas gila dengan perempuan-perempuan dekat sana. Gedik! " kutuk Haqqani selamba. Boleh tahan juga mulut si Haqqani ni. Tengok sahaja alim.
Aidan tergelak mendengar jawapan Haqqani. Memang tidak dinafikan kawan baiknya itu mempunyai wajah yang kacak. No wonder lah kalau ramai perempuan tergedik-gedik mahu mendekat. Elok bagi tapak kaki sahaja.
" Habistu kau nak kata yang kau ni kacak lah ? "
" Of course lah. Kau ada ? " soal Haqqani dengan muka bangganya. Kecil besar sahaja Aidan melihat.
" Kalau kacak tak ada adab buat apa. " Aidan menayang muka selamba.
" Nak tanya lah kan kau tu ada adab ke ? " giliran Haqqani menayang muka selamba. Eh bukan selamba tapi sinis.
Aidan membuat muka bengang. Geram dia dengan malaun ini. Selalu nak menang.
Haqqani ketawa melihat muka bengang kawan baiknya itu. Tahu pun sakit hati. Dia yang cari pasal , dia yang sakit hati.
" Jom lah balik. Lewat dah ni. "
Haqqani mengangguk. Aidan bangun dari kerusinya lalu pergi ke kaunter. Selesai membuat bayaran mereka berdua berjalan menuju ke kereta.
Masuk sahaja ke dalam kereta. Aidan memanaskan enjin kereta terlebih dahulu. Kemudian dia segera memandu meninggalkan kawasan Restoran itu.
***
" Ha mengelamun apa tu ? " sergah Ayra lalu melompat duduk di atas sofa. Ya Allah perangai..
Terperanjat Naura dibuatnya. Mencerlung tajam dia memandang wajah Ayra.
" Kau ni selalu buat aku terkejut. " ujar Naura dengan mulut memuncung. Ayra hanya tersengih. Dia mengambil remote tv yang ada di dalam genggaman tangan Naura. Dengan selamba dia menukar siaran lain.
Naura mengetap bibir geram melihat Ayra yang selamba menukar siaran langsung. Kacau betul orang nak tengok tv.
" Jangan nak marah aku eh. Kau tu bukannya tengok tv sangat. Mengelamun je lebih. " Ayra bersuara. Tahu kawannya itu naik angin dengan perangai nya.
Naura menjeling tajam. Geram dia melihat wajah Ayra yang langsung tidak ada rasa bersalah.
" Naura aku nak tanya sesuatu ni.. " Naura hanya menggumam kecil. Fokus sangat tengok tv. Tadi marah sangat orang tukar tv , sekarang dia pula yang khusyuk melayan.
" Kau tak telefon umi dengan abah ke ? " tersentak Naura mendengar soalan itu. Satu keluhan dilepaskan.
" Kau tak ready ? " soal Ayra lagi. Dia dengar kawannya itu mengeluh. Faham akan perasaan kawan baiknya ketika ini.
" Tak tahu lah. " jawab Naura acuh tak acuh. Sejujurnya ingin sahaja dia menelefon kedua orang tuanya tetapi tidak tahu mahu mula bagaimana. Dia rindukan keluarganya , rindu akan celoteh umi dan abahnya.
Kalau boleh putarkan masa balik , ingin sahaja dia perbetulkan silapnya dahulu. Tetapi semuanya sudah terlambat. Uminya sudah benci akan dirinya. Abahnya pula sudah tidak ambil tahu pasal dirinya. Bertanya khabar pun tidak , apatah lagi mahu melihat wajahnya. Tidak rindu kah mereka dengan anak sendiri ?
" Naura ? " panggilan Ayra menyentakkan Naura dari lamunannya. Dia menoleh memandang Ayra.
" Kau kenapa ni ? Aku minta maaf kalau soalan aku tadi buat kau terasa." Naura menggeleng sambil tersenyum.
" Tak ada lah. Aku okay je. Kau dah makan ? " soal Naura. Ayra menggeleng lalu tersengih. Rasa lapar pula perutnya ini.
" Okay good. Aku pergi masak sekejap. Tapi sebelum tu.. Eh mana Diya dengan Anne ? " Naura mengerutkan dahinya. Baru perasan kawannya lagi dua orang itu tidak kelihatan dari tadi. Patutlah sunyi semacam. Kalau tidak memekak sahaja dari tadi.
" Ada dekat atas. Nanti turun lah tu. " jawab Ayra dengan mata setia melekat ke arah Televisyen. Khusyuk sangat tengok drama. Tidak hairan lah kalau mata tak berkalih dari tadi.
" Okay , aku pergi masak sekejap. " Ayra hanya mengangguk. Naura perlahan-lahan bangun dari tempat duduknya dengan kening berkerut menahan sakit kakinya yang masih terasa pedih.
Ayra yang sedikit perasan tingkah laku kawan baiknya yang terkial-kial mahu bangun segera dirinya turut bangun. Dia memegang bahu Naura.
" Tak apa lah. Biar aku jelah yang masak. Aku lupa kaki kau belum sembuh lagi. Duduk je tengok tv. "
" Tapi.. " tidak sempat Naura mahu membalas , cepat sahaja Ayra memotong.
" Jangan degil. Ikut saja arahan aku. Tengok tv , tapi jangan nak termenung pulak. " sempat lagi Ayra menyindir. Naura hanya mengeluh. Rasa bersalah pula nak biarkan kawannya masak seorang diri.
Dua ekor itu kenapa lah tidak turun lagi. Nak sahaja dia lari naik atas bawak dengan senduk sekali , lepas itu ketuk kepala mereka berdua. Tetapi disebabkan kaki nya yang masih belum pulih , dibatalkan sahaja niatnya.
" Duduk tau. Jangan bangun. " arah Ayra lembut tetapi ada sedikit nada ketegasan.
Naura hanya menggumam perlahan.
***
Selesai mengunci pintu bilik , Naura perlahan-lahan menapak ke arah meja belajarnya. Dia mencapai telefon bimbitnya yang berjenama samsung. Kemudian punggungnya di labuhkan di atas katil yang berhadapan dengan tingkap balkoni biliknya.
Naura merenung telefonnya lama dengan perasaan yang bercampur baur. Dia ingin menelefon kakaknya tetapi dalam masa yang sama dia takut. Takut jikalau kakaknya tidak sudi membuat panggilan dengannya.
Atau dia yang ego ? Tetapi sampai bila mahu jadi begini ?
Setelah lama berperang dengan perasaan sendiri. Naura membuat keputusan untuk menelefon kakaknya juga. Sudah tidak tahan menanggung rindu pada kakaknya.
Dia mencari nama kak Mia di kenalan telefonnya. Jumpa sahaja nama itu , dia segera menekan.
Tutt.. Tutt.. Tutt.. Tutt..
" Assalamualaikum." kedengaran suara seseorang di talian.
" Waalaikumusalam kakak. Ni Naura." ujar Naura lantas tersenyum.
" Ya Allah , maaf kakak ingat kan siapa lah tadi. Kakak tak dapat nak whatsapp Naura sebab nombor yang akak simpan semua tiba-tiba hilang. Sebab tu macam kenal suara rupanya Naura haha. " Naura turut juga tergelak. Terhibur dengan celoteh kakak kesayangannya.
" Naura sayang.. Kenapa lama sangat menghilangkan diri ? Naura pergi mana hmm ? Semua orang rindukan awak sayang.. " terdiam Naura mendengar soalan kakaknya. Dia menggemam bibirnya menahan sebak.
Betul kah semua orang rindukan dirinya ? Termasuk umi dan abah ? Laju Naura menggeleng. Mustahil..
" Naura ada sahaja dekat sini , tak jauh pun dari keluarga Naura. Cuma Naura rasa , keluarga Naura saja yang jauh dari Naura. Dan kakak jangan risau , Naura baik-baik sahaja dekat sini. Naura bahagia kakak.. " tutur Naura perlahan. Dia memegang dadanya yang terasa sakit akibat menahan sebak. Ya Allah..
" Kenapa Naura cakap macam tu ? Naura tahu tak umi dan abah rindukan Naura ? Kakak pun rindukan Naura. Balik lah sayang. Dua tahun lebih dah Naura tinggal kan kami semua.. Lagi satu kenapa tak telefon umi dengan abah ? " sebaik sahaja mendengar soalan kakaknya itu , serta-merta air mata menurun laju membasahi pipi mulusnya.
Salah dirinya kah kerana tidak menelefon kedua orang tuanya ? Derhaka kah dia sebagai anak ?
Bukan dia tidak mahu menelefon umi dan abahnya tetapi dia betul-betul tidak bersedia ? Dia takut jika hatinya sekali lagi berkecai akibat kata-kata umi nya yang seperti pisau tajam , malah lebih tajam daripada itu yang akan menggoreskan hatinya.
" Naura ? Dengar tak apa yang kakak cakap ? " suara Damia Atikah menyentakkan Naura dari lamunannya. Kesian kakaknya bercakap seorang diri.
" Ya. Maaf kakak , Naura tak sedar tadi. " Naura terdengar kakaknya mengeluh. Terasa hati kah kakaknya ?
" Kakak tau Naura termenung kan ? Pasal yang Naura tak telefon umi dan abah , kakak tahu Naura tak bersedia lagi. Tapi jangan lama sangat ya sayang. Kalau boleh balik lah lepas ni. Tak balik selalu pun tak apa , janji kakak dan umi , abah boleh tengok keadaan Naura macam mana. Balik ya ? "
Naura menghela nafas berat. Sungguh dia tidak bersedia lagi mahu berhadapan dengan keluarganya.
" Insha Allah kakak. " ujar Naura lalu tersenyum nipis.
" Tak apa lah Naura. Kakak kena sambung buat kerja ni. Banyak pulak pesakit hari ni. Ini pun kakak rehat sekejap saja , nasib baik Naura telefon kakak masa kakak tengah free. Kakak off dulu ya sayang. "
" Okay kakak. Hati-hati kerja , takut jatuh cinta dengan pesakit sendiri ke. Hahahaha. "
" Amboi jauh eh fikir adik kakak sorang ni. " Naura tergelak. Sungguh terhibur dengan kakaknya.
" Kakak off dulu tau Naura.. Bye sayang. Assalamualaikum. "
" Waalaikumusalam. " jawab Naura perlahan.
Putus sahaja talian , Naura meletakkan telefonnya semula di atas meja belajar.
Saat Naura ingin meletak telefonnya di atas meja , matanya terpandang salah satu frame gambar keluarganya yang sedang tersenyum bahagia termasuk dirinya sekali.
Naura merenung lama gambar itu. Tanpa sedar setitik demi setitik air matanya jatuh.
' umi , abah , Naura rindu.. Rindu dengan keluarga kita yang dulu ' bisik hati kecilnya perlahan.
***
Macam mana bab ni ? Okay tak ? Maaf lah kalau bab ni hambar.
Dan saya minta maaf sebab update lambat sangat. Terima kasih kepada yang masih sudi baca dan vote cerita saya.
Thnk u! I really appreciate❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro