Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 4

Pagi itu Naura segera turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan mereka. Nasib baik hari ini dia dengan Ayra tak ada kelas. Jadi ada masa lah sikit untuk mereka luangkan masa bersama.

Naura tersenyum melihat Ayra yang sedang sibuk memasak dengan apron yang tersarung di badannya. Cantik sahaja badan Ayra kalau tengok dari belakang.

Ayra yang rasa dirinya diperhati lantas menoleh ke belakang. Ayra menghelas nafas perlahan. Dia mengurut dadanya. Ingatkan hantu mana lah berdiri dekat situ.

" Kau ni buat aku terkejut lah Naura. " omel Ayra perlahan.

Naura tergelak. Dia berjalan ke arah Ayra yang sibuk mengacau bihun dalam kuali.

" Nak aku tolong ? " Ayra membuat muka.

" Kau nak tolong apa ? Benda dah siap.. Tolong makan jelah nanti. " ujar Ayra dengan tangan masih sibuk mengacau bihun.

Naura hanya tersengih. Ayra memandang sekejap wajah suci Naura. Dia ingin tanya sesuatu.

" Awal kau masuk bilik semalam , kenapa ? " sengaja Ayra bertanya. Mahu juga korek rahsia si Naura ni.

" Ohh semalam. Aku okay je , cuma rasa mengantuk awal sikit. " bohong Naura sambil pura-pura sibuk mencuci pinggan. Padahal pinggan kotor bukan banyak mana pun dalam sinki. Eh tapi pinggan juga okay.

Ayra menggeleng kepala perlahan. Masih lagi nak menipu.

" Diya dengan Anne mana ? " cepat-cepat Naura menukar tropik. Takut nanti Ayra tanya lebih-lebih. Dia tak nak mood dia sekarang yang tengah elok , jadi tak elok balik macam semalam. Perasaan bersalah dalam hati masih lagi belum hilang kerana hal semalam. Disebabkan mood nya kurang elok , kawannya juga turut kena tempias.

" Tidur lagi lah tu kot. Tak apa lah , aku pergi panggil sekejap. Kau tolong hidangkan boleh ? " Naura hanya menganggukkan kepala.

Ayra segera berlalu naik ke atas untuk mengejutkan mereka berdua. Pemalas betul dua orang itu nak bangun awal. Kawan siapa lah ni.

Selesai sahaja menghidang makanan , Naura mengambil tempat duduk sementara menunggu mereka turun. Lama betul diorang ni.

Tidak lama itu kedengaran suara bising-bising di tangga, tahu lah yang mereka sudah turun.

" Awal nya turun ? " sindir Naura sebaik sahaja mereka duduk.

" Memang lah awal , baru pukul berapa. " ujar Diya dengan mata di julingkan ke atas.

" Awal kau kata ? Solat subuh tak ? "

" tak boleh. " jawab Diya laju.

Naura tersenyum sinis kemudian menggeleng perlahan. Diya.. Diya..

" Korang , tengah hari ni kita keluar nak tak ? " Anne mula memberi cadangan.

" Nak pergi mana ? " soal Naura sambil menyumbat bihun ke dalam mulut nya. Sedap betul Ayra masak.

" Kita pergi sunway piramid main ice skating nak tak ? Lepastu kita pergi shopping. " bersinar-sinar mata Ayra tatkala menyebut perkataan 'shopping'.

Naura hanya menggeleng melihat kawan-kawannya yang gila kalau bab shopping. Boleh lah mereka banyak duit. Aku ni nak sentuh pun tak boleh , apatah lagi beli.

" Aku on je! " jawab Diya riang.

" Kau Naura ? " serta merta mereka bertiga menoleh memandang Naura. Sebab mereka tahu Naura ni macam mana. Tak nak shopping sebab tak ada duit padahal mereka sebagai kawan boleh sahaja bantu.

" Err aku.. Boleh lah. " melihat muka mereka , tidak sampai hati Naura mahu menolak. Bukan selalu keluar sama-sama macam ni. Alang-alang boleh lah dia tenangkan fikiran sekali.

Sedang khusyuk Naura mengisi perutnya yang masih lapar , fikirannya tiba-tiba teringat pasal semalam. Kejadian dia terlanggar kereta lelaki itu. Automatik Naura menepuk dahinya.

" Ya Allah aku lupa! "

Tersentak mereka bertiga mendengar suara Naura yang seakan-akan menjerit.

Ayra mengerutkan dahinya. Dah kenapa dengan Naura ni.

" Kau dah kenapa ? "

" Ayra , aku lupa pasal semalam! " ujar Naura lantang.

" Pasal apa kau ni ? " soal Ayra hairan.

" Yang aku langgar kereta lelaki tu. Eh silap , TERlanggar okay. "

Perkataan ' langgar ' yang terluncur dari bibir manis Naura membuat Diya dan Anne memandang tepat ke arah Naura.

Naura yang perasan akan pandangan dua orang kawannya itu segera bersuara lagi.

" Kalau korang nak tahu , tanya Ayra. " tukas Naura laju. Dia malas nak cerita sekali lagi.

" Eh aku pulak. "

" Ayra tu ada orang lain ke ? " sempat lagi Naura berloya buruk.

Ayra membuat muka sambil menunjukkan penumbuknya ke arah Naura.

Naura ketawa melihat perangai Ayra. Ada saja perangai budak ni.

" Cepat lah Ayra , kitorang nak tau ni. " rungut Diya begitu juga dengan Anne yang mengangguk setuju dengan kata Diya.

Ayra mengeluh. Akhirnya dia cerita juga semua nya apa yang jadi semalam. Dengan pasal Naura menangis sekali pun si Ayra pergi cerita. Naura dekat situ tahan je geram melihat Ayra ketawa kan dia.

" Serius Naura , lawak gila. Kau ni dah buta ke apa tak nampak kereta tu nak masuk lorong tu jugak ? " Diya ketawa begitu jugak dengan Anne.

Naura membuat muka.

" Eh bukan salah aku tau. Lelaki tu yang tak bagi signal atau apa-apa hint pun. Main masuk suka hati je. Elok aku langgar dengan tuannya sekali. Biar padan muka. " selamba sahaja Naura kutuk lelaki itu.

Mereka bertiga ketawa melihat perangai Naura. Inilah Nur Naura Nadeera bila dah geram dekat orang. Dengan mimik muka sekali keluar. Terserlah kecomelan dia dekat situ.

" Orang tua-tua kata kan jangan terlalu benci , takut nanti tiba-tiba jadi suka. " kata Diya sambil ketawa melihat Naura yang membuat muka.

" Patutlah aku tengok kau ni macam orang tua , rupanya selalu sangat percaya cakap orang tua-tua dulu. " kutuk Naura selamba.

Membulat mata Diya melihat Naura yang selamba sahaja kutuk dia. Ayra dan Anne sudah berdekah-dekah ketawa melihat perangai Naura. Budak ni memang selamba sahaja kalau bab kutuk orang ni.

Naura juga turut ketawa melihat wajah Diya yang geram dengannya.

Tanpa sedar Diya tersenyum juga. Dia tidak marah pun sebenarnya sebab dia tahu itu hanya gurauan. Sekarang dia bahagia melihat Naura. Bukan selalu dapat tengok Naura ketawa macam ini. Selepas sahaja arwah adiknya pergi , perubahan Naura sangat ketara.

Dari seorang yang ceria menjadi banyak diamkan diri. Alhamdulillah sekarang dah tak sangat walaupun nampak sikit yang Naura kerap termenung.

" Dah lah , aku nak naik atas. Nak sambung tidur sekejap." ternganga Naura dibuatnya. Apakah ini perempuan?

" Kau tidur pukul berapa semalam ? " Naura mengecilkan matanya melihat Diya yang sedang tersengih.

" Pukul empat lebih. " sekali lagi Naura ternganga.

" Kau buat apa sampai tidur pukul empat lebih ni ? "

" Call dengan boyfriend i lah." ujar Diya dengan aksi gediknya sekali.

" Ohh ingat kan solat tahajud. "

Zapp!

Tersentap Diya dibuatnya. Bisa sungguh mulut si Naura ni.

Ayra sekali lagi tergelak melihat riak wajah Diya yang terdiam dengan kata-kata Naura.

" Okay lah aku pun nak naik atas ni. Nak sediakan baju nak pakai keluar nanti. " laju Anne berjalan naik ke atas. Diya juga menurut Anne naik ke atas. Padahal nak lari dari Naura. Takut kena sekali lagi dengan mulut bisa Naura.

" Kau nak naik jugak ke Naura ? "

" Kejap lagi aku naik , nak kemas meja ni dulu. Kalau kau nak naik , pergi je lah. Aku boleh je kemas sendiri. " Ayra jadi sebersalah pula mahu biarkan Naura kemas seorang diri.

Naura yang perasan wajah Ayra yang seakan keliru itu tersenyum.

" Kau ni Ayra , aku okay je lah. Macam lah tak biasa aku buat kerja seorang diri. Dah pergi lah naik atas , aku tahu kau penat. Tambah mengantuk kan ? " menyempat lagi Naura mahu mengusik.

Ayra tersengih dengan kata-kata Naura.

" Okay lah , aku naik tau. "

" Iya pergi lah."

Sebaik sahaja kelibat Ayra menghilang , Naura segera mengemas apa yang patut.

***

" Naura jom lah main sekali , kau ni tak sporting lah." Diya memuncung kan bibirnya.

" Ish aku tak nak lah. Aku tak reti main benda alah tu , buatnya aku jatuh tergolek dekat situ. Nanti aku jugak yang malu." bebel Naura sambil mata melilau memerhati di sekitar kawasan ice skating.

Seram betul aku tengok. Memang gila lah kalau aku masuk dalam tu.

" Banyak cekadak lah kau ni. Jom lah Naura , bukan selalu dapat macam ni. " ujar Anne dengan muka sedih.

" Itu lah. Jom lah Naura. " giliran Ayra pula yang mengajak.

Kesian pula Naura tengok mereka bertiga yang beria suruh dia main sekali. Naura mengeluh perlahan.

" Ish yelah , tunggu sekejap aku nak pergi bayar. " baru sahaja Naura ingin bangun , dia kembali terduduk apabila kawan-kawannya menahan.

Naura mengerutkan dahinya.

" Korang ni dah kenapa ? Aku nak pergi bayar ni.. "

" Tak payah mengada nak pergi bayar. Kitorang dah tolong bayarkan awal-awal lagi untuk kau. " ujar Ayra selamba.

Membulat mata Naura melihat kawan-kawannya.

" Eh siapa suruh bayarkan untuk aku ? Aku boleh je tau bayar sendiri. Ish segan lah aku.. " rungut Naura dengan muka cemberut.

" Tak payah banyak songeh. Sekarang jom kita...enjoy! " jerit Anne dengan wajah teruja.

Papp!

" Kau ni jangan lah jerit. Malu tahu tak orang pandang. " Diya menjeling tajam wajah cantik Anne.

" Eh sejak bila ada perasaan malu ni ? " Anne tertawa kecil. Tetapi sinis sahaja bunyinya.

" Kau.." baru sahaja Diya ingin membalas , laju Naura memotong.

" Dah tak payah nak gaduh. Kang ada jugak yang makan pelempang sekejap lagi. " ujar Naura tegas.

Ayra yang dari tadi memerhati hanya menggeleng. Memang tak sah kalau tak bergaduh sehari.

***

Naura pov

" Sampai hati tinggalkan aku sorang-sorang kat sini. Ish dah lah aku tak pandai main. Kalau aku tahu awal-awal macam ni , memang aku takkan masuk. "

Sedang leka aku sibuk membebel seorang diri dengan kasut roda yang sedikit bergerak. Tiba-tiba..

Bukk

" Auw! " aku meringis sakit sebaik sahaja punggung ku selamat mendarat di atas lantai yang terasa seperti sejuk.

Aduh siapa pula yang suka hati tolak aku sampai jatuh ni.

" Cik tak apa-apa ? Saya minta maaf sangat-sangat. Saya betul-betul tak perasan." 

Apa kejadah soalan dia tanya ni. Memang sah-sah lah aku sakit , dengan sejuk nya kat sini.

Aku mengeluh perlahan sebelum mengangkat kepala. Dan.. Eh sekejap.

Kenapa rasa macam pernah nampak tapi dekat mana eh. Otak aku mula memainkan peranan. Mata aku mula mengecam muka lelaki ini.

Ohh lelaki ini lah yang aku langgar kereta dia semalam.

Terkelip-kelip mata aku memandang wajah lelaki itu yang tanpa secalit senyuman. Dia ni memang tak reti senyum ke ?

Eh lantak lah. Sekarang ni aku nak bangun. Malu ada orang pandang. Haih , memang tak pernah tengok orang jatuh ke wahai manusia-manusia di sini ?

Aku gagahkan untuk bangun tapi kembali terduduk. Punggung aku sakit. Kaki pun rasa pedih semacam ni. Ya Allah jangan lah buat hal sekarang dekat sini.

Aduh macam mana ni.

" Boleh bangun tak ? " dingin sahaja suara lelaki itu menyoal.

" Kalau saya boleh bangun , tak ada nya saya macam orang gila duduk dekat sini. " jawab aku dengan nada geram. Kalau boleh soalan tu biar bijak lagi.

Aku mendengar dia mengeluh. Dah kenapa dengan mamat ni ?

" Sini aku tolong. " eh aku salah dengar ke ? halusinasi aku je kot.

" kau nak aku tolong atau duduk sini sampai kau boleh bangun sendiri ? "

Aku memandang lelaki itu dengan mata terkelip-kelip. Seriuslah nak tolong. Tapi nak tolong macam mana ?

" Aku tak suka ulang banyak kali bila tengah bercakap. " ujar lagi itu keras.

" Tapi awak nak tolong macam mana ? Takkan lah awak nak heret saya , mati lah saya nanti. " jawab aku perlahan. Eh kenapa aku nampak macam bendul sangat ni ?

Aku nampak lelaki itu mencangkung di hadapan aku.

" Eh awak nak buat apa ni ? " kelam kabut aku berundur kebelakang.

" Boleh tak otak tu jangan fikir bukan-bukan. Bersyukur sikit orang nak tolong. " terdiam aku dengan kata-kata dia. Ya Allah Naura kenapa dengan otak kau ni! Kan dah kena.

" Sini. " lelaki itu memegang bahu aku perlahan. Terkaku aku sekejap.

" Cuba bangun perlahan-lahan. Aku tolong angkat bahu kau. " aku turut sahaja apa yang dia suruh.

Aku cuba untuk bangun. Tapi sekali lagi aku kembali terduduk.

" Aduh sakit! " air mata aku sedikit mengalir. Makin pedih kaki aku.

Aku memandang wajah lelaki itu yang hanya dekat seinci dengan aku. Hmm boleh tahan hensem jugak muka mamat ni , walaupun tak senyum.

Ya Allah apa kau fikir ni Naura! Aku menundukkan kepala memandang ke bawah. Tiba-tiba rasa segan bila rapat-rapat macam ni. Dengan tangan dia yang masih pegang bahu aku. Eh memang tak nak lepas ke ?

" Err.. Encik ? "

" Macam ni lah. Sebab kau memang tak boleh bangun. Aku dukung. " ujar lelaki itu dengan mata masih memandang tepat ke arah aku.

Terkedu aku melihat lelaki itu. Seriuslah nak dukung aku yang berat ni ? Aku menggelen perlahan.

" Tolong lah jangan buat lawak sekarang ni. Tak lawak tahu tak ? "

" Kau nak aku tolong kau atau tinggalkan kau sorang-sorang dekat sini ? " lelaki itu memandang aku tajam.

Aku sekali lagi menggelengkan kepala. Kalau aku tinggal seorang-seorang kat sini siapa nak tolong aku. Baik aku terima je lelaki ni nak tolong walaupun dengan cara yang tak masuk akal.

" Okay lah kalau macam tu. Tapi kalau awak jatuh jugak masa angkat saya macam mana ? "

Lelaki itu hanya mengabaikan soalan aku. Cis , tak guna betul.

Perlahan-lahan lelaki itu mencempung badan aku. Aku menutup mata saat lelaki itu mula berjalan menggunakan kasut roda. Perasaan aku sekarang ni semua bercampur baur. Malu nya ya Allah.

" Kalau gayat sangat , pegang baju aku kemas-kemas. " Terbukak luas mata aku memandang wajah lelaki itu. Dia suruh aku pegang baju dia ? Ke aku yang pekak ?

" Ehhhh perlahan lah sikit! Tahu tak orang gayat. " marah aku dengan nada sedikit tinggi. Aku mencerlung tajam wajah lelaki itu.

Lelaki itu hanya buat tidak tahu dengan wajah selamba. Sakit pula hati aku tengok.

" Sampai bila kau nak tenung muka aku ? Dah sampai ni."

Aku tersentak. Cepat-cepat aku pandang tempat lain.

" Perasan." aku mencebik.

" Bukan perasan tapi fakta. " aku menoleh memandang dia. Telinga dia ni speaker ke apa ?

" Bukak kasut roda kau. " aku hanya turut sahaja. Selesai sahaja bukak , aku hulur kasut itu kepada dia.

" Tunggu sini sekejap , nanti aku datang balik. " aku hanya mengangguk.

Sebaik sahaja kelibat lelaki itu hilang dari pandangan aku. Mata aku galak memerhati orang yang sedang bermain ice skating.

Mana diorang hilang ni , haih kenapa lah ramai sangat orang hari ni. Aku mengeluh kasar. Geram betul dengan tiga ekor tu.

" Asal mengeluh ? "

Aku segera menoleh. Ya Allah dia ni memang tak reti bagi salam ke apa.

" Assalamualaikum." perli aku sambil tersenyum senget.

" sakit lagi tak kaki tu ? " lelaki itu memandang ke arah kaki aku. Saja lah tu nak mengelak.

Aku hanya mengangkat bahu sebagai jawapan. Malas nak bercakap banyak. Lagipun bukannya aku kenal mamat ni.

" Jom." dahi aku berkerut melihat wajah lelaki itu.

" Jom ? Pergi mana ? " aku mengecilkan mata memandang wajah lelaki itu. Entah-entah lelaki ini ada niat lain. Aku mula cuak.

" Pergi klinik lah. Boleh tak otak tu jangan negatif sangat. " bidas lelaki itu dengan mata mencerlung aku tajam.

Aku tersengih kekok. Aduhai Naura , sekali lagi kau kena.

" Tak apa lah. Nanti saya pergi klinik dengan kawan-kawan saya je. Jangan risau." ujar aku. Bukan nya apa , aku segan nak ikut lelaki ni. Dah lah tak kenal.

" Aku bukan risaukan kau , tapi aku risaukan kaki kau. Dah jangan banyak bunyi , ikut je. " selamba sahaja lelaki itu menjawab.

Aku mengetap bibir geram.

" Tapi kawan-kawan saya macam mana ? "

" Mana kawan-kawan kau ? Dari tadi aku tengok kau sorang je. " aku mengeluh.

" Diorang tinggalkan saya sorang-sorang kat dalam ice skating tu. Kalau saya tahu jadi macam ni , memang awal-awal lagi saya tak masuk. Ish geram! " bebel aku dengan mimik muka aku buat. Eh bukan buat okay , tapi terkeluar sendiri.

Tidak sedar lelaki itu hanya memerhati sahaja.

" Nanti call atau whatsapp je lah kawan-kawan kau. Cakap kau pergi klinik."

Aku menggaru perlahan tepi kepala yang tidak gatal. Macam mana ni eh.

" Sekejap."

Aku mengeluarkan telefon bimbit  dan menghantar satu pesanan ringkas kepada Ayra.

My bestie Ayra🐥❤

Ayra , Aku pergi klinik sekejap tau. Cakap dekat diorang sekali. Thnks. Sayang kau muah!

Selesai menghantar pesanan ringkas kepada Ayra , Aku kembali menyimpan telefon bimbit ke dalam beg tangan milik aku.

" Dah. " ujar aku perlahan.

Lelaki itu mula bangun dari tempat duduk nya.

Aku juga turut bangun tapi ada benda yang menghalang sehingga buat aku terduduk semula.

" Aduh! " aku mengusap perlahan kaki aku yang terasa pedih. Haih dugaan betul.

" Cakap lah tak boleh bangun. " lelaki itu mula bangunkan aku dengan tangan memegang pinggang aku.

Cepat-cepat tangan aku berpaut pada bahu lelaki itu. Aduh , malu nya. Tapi nak buat macam mana , kaki aku dah sakit sangat ni.

" Jalan perlahan-lahan. " ujar lelaki itu. Aku hanya akur. Kenapa lah lelaki ni tinggi sangat , naik lenguh tangan aku.

Sampai di hadapan kereta lelaki itu. Aku segera masuk ke dalam kereta milik lelaki itu. Tapi lelaki itu tolong eh , bukan aku main masuk macam tu je. Nanti di cop kurang ajar pula. Dengan kaki yang cacat macam ni, silap-silap Allah bagi cash nanti.

Sebaik sahaja lelaki itu masuk ke dalam kereta , dia mula panas kan enjin kereta dan segera keluar daripada sini.

***

Hai guys! Sorry lambat update. Thnk u for reading , i really  appreciate ^_^.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro