Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 3

Kring kring kring

Ayra dan Naura yang sedang leka menonton drama tersentak apabila telefon bimbit milik Naura berbunyi meminta diangkat.

Naura mencapai telefonnya dan terus mengangkat tanpa melihat siapa gerangan yang menelefonnya di waktu begini. Mengganggu betul orang nak tengok drama sedih.

" Hey Naura sayang! " sakit telinga Naura dibuatnya. Kalau macam ni boleh pekak telinga dia sekejap lagi.

Naura menjauhkan sedikit telefonnya dan melihat siapa gerangan yang suka hati sahaja memanggil dia sayang.

Lahhh Diya rupanya. Minah ni nak apa lah sibuk telefon orang waktu macam ni. Tak tenang betul orang nak tengok cerita.

" Waalaikumusalam. Ha kau nak apa call aku ? " sempat lagi Naura memerli sahabatnya itu.

Diya ketawa kecil disebalik talian itu.
Ayra menjongketkan keningnya ke arah Naura saat Naura memandang ke arahnya.

" Ni ha Diya , kejap. " Naura membuka suara speaker besar supaya Ayra boleh dengar sekali.

" Aku nak bagitau ni , malam ni aku dengan Anne nak datang rumah korang boleh ? Bosan lah duduk dekat rumah. " rungut Diya.

" Nak datang melantak lah tu. Ingat aku tak kenal perangai korang berdua. " Naura menjulingkan matanya ke atas.

Diya hanya tersengih. Aduh ingat orang boleh nampak ke kau tersengih.

" Ha datang lah. Lagi senang tidur lah sini malam ni. Tak payah ulang alik balik rumah. Tak elok anak dara keluar malam-malam buta. " ujar Ayra. Ha keluar dah ustazah Ayra mikayla.

" Eh tak menyusahkan korang berdua ke ? " Naura mengerutkan dahinya. Begitu juga dengan Ayra.

" Menyusahkan? Sebab? Setakat makan lepastu tidur rumah aku apa lah sangat. Haish kau ni. " bengang Ayra dibuatnya. Dia memang tidak suka kalau kawan-kawannya kata begitu.

Diya hanya ketawa dengan jawapan Ayra. Dia tahu Ayra bukanlah jenis yang kedekut , dan pantang juga kalau kawan-kawannya menganggap mereka menyusahkan Ayra.

" Okay lah kalau macam tu , nanti aku dengan Anne datang malam ni. Dalam pukul 8 macam tu kitorang sampai. Masak sedap-sedap tau. " Naura yang dengar itu hanya menggeleng kepala.

" Dah. Aku nak tutup call ni , kau dah kacau aku nak tengok drama tau tak." Diya yang berada disebalik talian itu membuat muka. Tak habis-habis dengan drama. Bukan setakat drama dalam tv dia tengok , malah drama dalam novel pun dia baca.

Sebaik sahaja talian di putuskan, Naura dan Ayra kembali menonton tv.

***

" Ha masuk lah. Tercegat apa lagi dekat situ. " Diya dengan Anne hanya tersengih.

" Ayra , ni aku ada bawak sesuatu untuk kau dengan Naura. Nanti tengok lah. Ha mana Naura ? " Diya memandang sekeliling rumah. Kemas je rumah Ayra bila sekali pandang. Bukan macam rumah aku , harap je besar tapi bersepah.

Amboi kutuk rumah sendiri.

" Dekat dapur , tengah masak. " membulat mata Diya mendengar jawapan Ayra. Seriuslah Naura memasak.

Berdesut Diya berlari masuk ke dapur. Anne dengan Ayra yang melihat hanya menggelengkan kepala. Ada saja perangai Diya ni nak kenakan Naura. Bukan tidak tahu macam mana Diya dengan Naura bila dah berjumpa. Nampak saja kuat bertengkar tapi terlalu rapat. Kadang-kadang sampai ada orang ingat macam adik beradik.

Diya yang berada dibelakang Naura terjengket-jengket berjalan menuju ke arah Naura. Lagak seperti perompak mahu mencuri sahaja. Dia ingin sergah Naura biar menjerit sampai jiran sebelah dengar. Diya ketawa jahat dalam hati.

Satu..

Dua..

Tiga..

" BAAAA!! " sergah Diya sambil mencuit pinggang Naura.

" Arghhhh!! " Diya ketawa terbahak-bahak sambil menutup telinganya. Kuatnya budak ini menjerit. Sakit telinga aku dibuatnya.

Naura yang menjerit serta merta berhenti apabila sedar diri dia dipermainkan. Naura merengus kasar dan mencerlung Diya tajam. Sakit jantung aku.

Diya yang sedar akan itu segera berhenti ketawa dan tersengih tidak bersalah. Dia datang ke arah Naura dan memeluk bahu sahabatnya itu.

" Dah jangan marah-marah , Sorry okay. Tapi serius lawak tengok muka kau tadi. " Diya sambung lagi ketawa. Tapi tak ada lah kuat macam tadi. Mahu kena terajang dengan Naura nanti.

" Kau dah kenapa sergah aku tiba-tiba. Sama je macam Ayra , memang nak bagi aku mati betul. Elok aku lempang je kau ni. " Naura menjeling tajam Diya yang berada disebelah nya.

" Alololo kesian kawan kita. Jangan lah merajuk nanti tak comel dah. Tapi satu je aku tak percaya apa yang aku nampak dekat depan mata aku sekarang.. " Diya masih lagi mahu mengusik kawannya itu.

" Apa? " Kasar sahaja nada Naura. Dia masih lagi merajuk pasal tadi. Tapi dia tetap juga layan si Diya ni.

" Sejak bila kau pandai masak ni " Naura membuat muka. Dia ingat aku tak pandai masak sangat ke?

" sejak azali " selamba sahaja Naura menjawab. Diya yang mendengar itu menolak kepala Naura. Suka betul jawab main-main.

" Kau tak ada kepala ke nak main kepala orang. " Naura membuat muka bengang. Geram betul aku dengan perempuan ini.

" Hey kenapa garang sangat ni , kau cuti eh hari ni ? " Naura hanya mengiyakan sahaja. Tak ada mood mahu bercakap dengan orang.

Diya juga mengangguk. Patutlah garang semacam.

" Nah pergi tolong hidangkan makanan. Aku dah siap masak ni " Diya mengangguk sekali lagi. Dah macam burung belatuk sekali pandang.

Di meja makan masing-masing hanya khusyuk dengan makanan sendiri. Tak ada seorang pun yang bercakap. Ayra yang tidak selesa dengan suasana yang agak kekok itu terus bersuara ,

" Diya , macam mana kau sekarang. Okay tak belajar ? " Diya tersengih dengan soalan yang Ayra tuju untuknya.

" belajar o.... " baru sahaja Diya ingin menjawab , ada suara seseorang yang mencelah.

" Okay apa nya. Berfoya je lebih." Diya mengetap bibirnya. Dia mencerlung tajam ke arah Anne yang berada disebelahnya. Anne hanya menjelirkan lidahnya.

Ayra hanya menggeleng kepala melihat perangai mereka berdua. Dia faham apa yang dimaksudkan Anne. 'berfoya je lebih'. Bukan dia tidak tahu bagaimana perangai Diya.

Tukar lelaki macam tukar baju. Boleh dikatakan Playgirl. Setiap hari tukar orang itu , orang ini. Sudah berbuih air liur mereka nasihatkan si Diya ni.

Tetapi tetap tidak dengar kata. Walaupun perangai Diya begitu , dia seorang yang lembut dan caring terhadap kawan-kawannya. Selalu tanya jikalau kawannya ada masalah. Dan selagi orang itu tidak bagitau , selagi itu dia paksa. Dia juga anak sulung dalam tiga adik beradik. Itu lah Hadiya Haifa.

Kalau Anne lain pula wataknya. Dia seorang yang periang , sopan tetapi ganas. Dan dia seorang sahaja kristian , sebab itu nama dia berbeza sikit.

Walaupun dia kristian , dia tidak pernah sama sekali menyentuh air 'kotor' itu dan jejak kaki ke clubbing. Anne juga pandai kalau dalam bab nasihat-nasihat orang ni. Dan dia anak sulung dalam empat adik beradik.

Ayra pula seorang yang baik hati , happy go lucky. Dan yang paling terhibur , dia kelakar. Selalu buat lawak walaupun kadang-kadang lawak dia hambar. Tapi Ayra lah yang paling suka tolong orang , lagi-lagi kalau dengan sahabatnya.

Sebab itu dia pantang kalau kawan-kawannya anggap mereka menyusahkan Ayra. Padahal sama sekali tidak. Itu lah keistimewaan yang ada pada Ayra. Bila sekali pandang cantik sahaja orang nya. Manis-manis gitu. Dan dia anak bongsu dalam tiga adik beradik. Itu lah Ayra mikayla.

Kalau Naura.. Eh , Nak tahu jugak ke? Okay bagitau jelah.

Perwatakan Naura seorang yang sangat manja dan kuat merajuk. Itu salah satu perangai yang orang rapat dengannya sahaja tahu. Kalau dengan orang yang tidak kenal sekelip mata sahaja perangainya berubah.

Tidak ada sudah perangai manjanya. Naura juga seorang yang suci tapi naif. Itu apa yang kawan-kawannya kata. Mudah sangat percaya dengan orang sekeliling , tapi bagi Naura dia tetap positif.

Tetapi Naura suka berahsia , dia tidak suka bercerita hal dia pada orang walaupun dengan orang yang rapat dengannya. Dia akan cerita kalau dia rasa nak cerita. Dia juga mempunyai anak kedua dalam tiga adik beradik. Dan itu lah Nur Naura Nadeera.

Ayra memandang Naura yang sedang khusyuk makan. Tapi bila tengok sekali , ini bukan makan tapi termenung. Ayra yang memerhati tingkah laku Naura hanya menggelengkan kepala.

Makan pun ya Allah , perlahan betul makan. Letih bila tengok si Naura ni makan.

" Naura. Kau kenapa ni ? Okay tak ? " Naura yang sedang menguis nasi itu tersentak.

" Ha okay je , kenapa ? " Diya yang berada di hadapannya memandang Naura dengan mata mengecil. Macam tipu je.

" Cakap betul-betul. Kenapa ni ? "soal Ayra sekali lagi.

" Ya Allah betul lah. Nampak macam aku tak okay ke ? " Naura mengerutkan dahi nya. Pelik betul diorang ni.

" Haah " jawab Ayra , Diya dan Anne serentak.

Terkelip-kelip mata Naura memandang diorang bertiga. Amboi serentak sekali jawab soalan aku. Naura ketawa.

" Tak ada lah. Aku okay je. Cuma pening sikit. "

" Hish betul lah. Jangan lah pandang macam tu , seram aku tau tak " ujar Naura perlahan. Bukannya apa , dia seram kawan-kawannya pandang dia serupa nak telan. Macam aku ni baru bunuh orang sahaja.

Mereka mengangguk dan sambung kembali makan.

" Naura , aku nak tanya sikit boleh tak ? " Naura hanya mengangguk. Sejak bila Hadiya Haifa pandai minta izin bila nak tanya ni ? Biasanya main terjah sahaja apa yang dia nak tanya.

" Kau macam mana dengan family kau , dah okay ? " tanya Diya dengan berhati-hati. Dia takut kalau Naura terasa dengan soalan yang dia tanya ini. Sangat sensitif bagi Naura kalau hal yang berkaitan dengan familynya.

Naura hanya tersenyum nipis. " Aku nak pergi dapur cuci pinggan. " Dia bangun dari kerusi dan membawa pinggannya melangkah ke dapur.

Bukan niatnya mahu mengelak daripada menceritakan hal keluarganya. Tapi entah lah. Dia rasa tidak boleh kalau berkaitan dengan keluarganya sendiri.

Diya yang memerhati Naura pergi ke dapur hanya mengeluh. Dia ingin tahu apa yang Naura lalui , dia ingin rasa apa yang Naura rasa. Bukan dia mahu menyibuk , tetapi dia sebagai kawan baik perlu tahu apa yang Naura lalui.

Dia tak nak Naura pendam seorang diri. Dia sayangkan Naura , tapi sampai bila Naura nak sorokkan semua benda ini ?

" Diya , tolong bagi dia masa. Kalau dia dah bersedia , nanti dia cerita lah tu. " pujuk Anne lembut. Dalam keadaan begini dia tidak ada masa untuk main-main. Dia faham perasaan Diya ketika ini. Siapa sahaja yang tidak ingin tahu apa yang kawan baik sendiri lalui.

" Tapi sampai bila Naura nak macam ni ? " Diya menunduk.

" Sampai dia dah bersedia. " ujar Ayra tenang. Dia tahu perangai Naura macam mana. Tapi percayalah , sampai masa dia akan cerita juga. Mungkin sekarang bukan masa yang sesuai untuk dia cerita. Lagi-lagi kalau hal yang berkaitan dengan keluarganya.

***

Naura baring di atas katil dan badan menghadap siling kipas. Selesai sahaja mencuci pinggan tadi , dia terus naik ke bilik. Tidak ada mood mahu melayan siapa-siapa buat masa sekarang.

" kau macam mana dengan family kau , dah okay? "

Soalan Diya di meja makan sebentar tadi berlegar-legar di ingatannya. Soalan yang sungguh membuatnya sesak.

Teringat sahaja akan keluarganya , dia rindu keluarganya dahulu. Dia ingin jadi seperti dulu. Tetapi kenapa kebahagiaan dia dengan keluarganya sekejap sahaja ? Atau dia sahaja yang tidak pandai bersyukur ?

Perlahan-lahan air mata Naura mengalir. Dia tidak kuat , susah nak terima hakikat yang keluarganya bukan seperti dulu lagi. Semuanya dah berubah dan yang pasti semuanya berpunca dari dia sendiri. Tapi dia tidak minta semua ini jadi.

Teringat lagi di mana kejadian adik yang dia sayang menghembuskan nafas terakhir. Di mana dia kehilangan orang yang selalu menghibur hari-harinya. Dan juga dia di halau keluar daripada rumah itu.

Flashback

Hari ini Naura membawa Riyadh berjalan-jalan di sekitar taman yang berdekatan dengan kawasan rumahnya.

Ini semua atas permintaan adiknya. Kalau ikutkan , malas mahu keluar hari ini. Tapi dia ikutkan sahaja permintaan pelik-pelik adiknya.

" kakak , kalau Riyadh pergi nanti kakak sedih tak ? " soal Riyadh sambil melihat wajah kakaknya yang sibuk memerhati tasik itu.

Berkerut dahi Naura mendengar soalan mengarut itu , dia segera menoleh memandang wajah tenang adiknya.

" Riyadh cakap apa ni ? " Riyadh hanya ketawa kecil. Tetapi tidak bagi Naura. Wajahnya serius sahaja. Dia tidak suka adiknya kata begitu. Dia mahu adiknya sentiasa berada di sisinya.

" Tak ada lah , alahai Riyadh tanya je pun. Kakak ni jangan lah serius sangat. Takut tahu tak tengok muka garang cik Nur Naura Nadeera ni. " menyempat lagi mahu mengusik kakaknya itu.

Naura menjeling adiknya sebelum kembali memandang tasik dan masjid yang tersegam indah di depan matanya. Tenang sangat hati bila pandang tasik , dengan rumah Allah lagi. Sejuk hatinya.

Riyadh hanya memerhati wajah suci kakaknya. Dia rasa ini kali terakhir dia dapat melihat wajah manis ini. Pasti dia akan rindu wajah ini nanti.

' Kakak , Riyadh mintak maaf ' Setitik air matanya jatuh. Tetapi pantas dia menyeka air mata itu. Dia tak nak menangis di sini , dia ingin luangkan masa yang ada dengan kakak kesayangannya.

Perlahan-lahan Riyadh memegang tangan kakaknya dan genggam tangan itu.

Naura yang sedar akan perbuatan adiknya itu segera menoleh memandang adiknya.

" Kakak , boleh tak Riyadh nak mintak sesuatu ? " Riyadh tersengih memandang wajah kakaknya.

" Nak apa ? Penampar ? " Riyadh yang tersengih terus memuncung. Merajuk lah macam ni!

Naura hanya tergelak dengan telatah adiknya. Comel tambah hensem. Ikut siapa lah ni.

" Cepat lah kakak. " merengek Riyadh manja. Dia mahu bermanja dengan kakaknya. Takut lepas ini dah tak dapat nak bermanja dengan kakaknya.

" Iye adik sayang , adik nak apa ? " Naura hanya melayan perangai Riyadh yang mengada-ngada.

" Tolong jagakan Umi Abah dan kak Mia. Jaga diorang baik-baik macam mana kakak jaga diri kakak. Boleh ? " makin ketat genggaman riyadh di tangan Naura.

" Riyadh cakap apa ni sayang ? Kakak tak nak lah Riyadh cakap macam ni." Naura tidak senang dengan permintaan adiknya.

" Alaaa adik cakap je. Boleh tak tunaikan permintaan adik ? " riyadh sengaja membuat muka sedih seperti meminta simpati. Walaupun dalam hati sebak tak terkata.

Naura mengeluh berat dan perlahan-lahan mengangguk. Tidak tahu mengapa perasaan tidak sedap hati mula datang. Kenapa lah wujud perasaan itu sekarang ?

Riyadh memandang langit yang mula mendung. Dia memandang kakaknya sayu. Dia tak nak semua ini jadi , tapi kenapa dia rasa masa dia sudah tiba.

" Kakak jom lah balik , hari nak hujan dah ni. Kang balik dengan basah-basah sekejap lagi , ada jugak nanti kena tarik telinga dengan Umi." Riyadh ketawa kecil apabila mengenangkan perangai uminya yang suka tarik-tarik telinga orang. Pasti dia akan rindu umi dan abahnya selepas ini.

' umi , abah , kak Mia , Riyadh mintak maaf. Riyadh tak mintak semua ni jadi ' bisik hatinya.

Naura hanya mengangguk dan mula bangun. Dia berjalan ke depan terlebih dahulu. Riyadh hanya mengikut kakaknya dari arah belakang.

Saat Naura ingin melintas jalan tanpa melihat kiri kanan , ada sebuah kereta yang laju memandu ke arah Naura yang sudah berada di tengah jalan.

Riyadh yang sedar akan kereta itu lantas menjerit nama kakaknya.

" kak Naura! "

Laju dia berlari ke arah kakaknya dan menolak kakaknya ke tepi dengan sekuat hati.

Bumm!

Naura mengaduh sakit akibat pedih di sikunya. Tetapi baru dia sedar akan adiknya. Dia menoleh ke belakang. Terkelu lidahnya melihat keadaan adiknya yang sedang terlantar di atas jalan tar dengan berlumuran darah dan dikelilingi ramai orang.

Lantas Naura bangun dan berlari ke arah adiknya. Dia sudah tidak kisah dengan siku nya yang berdenyut-denyut. Yang penting sekarang nyawa adiknya.

Tidak hirau dengan pandangan sekeliling , lantas Naura memangku kepala Riyadh di atas ribanya. Setitik demi setitik air matanya jatuh di atas dahi adiknya.

Riyadh yang masih separuh sedar , memandang kakaknya yang sedang menangis.

" Kakak jangan lah menangis. Riyadh okay je. " tersenyum kecil riyadh melihat kakaknya itu , walaupun sakit di dada semakin mencekam.

" Jangan tinggalkan kakak." Naura menggelengkan kepalanya dengan air mata yang makin deras mengalir.

" Riyadh takkan tinggalkan kak Naura sampai bila-bila. Riyadh sentiasa je ada dekat sini. " ujar Riyadh sambil memegang dadanya. Sakit itu semakin menjadi-menjadi. Ya Allah adakah ini sakit sakaratul maut ?

Perlahan-lahan air mata Riyadh mengalir. Dia sudah tidak tahan , masa dia seakan sudah tiba.

Nafasnya mula tersekat-sekat. Wajah kakaknya mula kabur dari penglihatannya.

Tangan Riyadh yang memegang dadanya perlahan-lahan jatuh terkulai.

Naura yang sedar akan itu lantas memegang bahu Riyadh.

" Riyadh.." tetapi tidak ada respon.

" Riyadh.. Tolong jangan tinggalkan kakak , Riyadh kata nak sentiasa ada dengan kakak. Tapi kenapa Riyadh pergi tinggalkan kakak jugak ? " Naura menunduk , esakannya semakin kuat.

Mereka yang ada di situ hanya memandang sayu. Rapatnya adik beradik ini. Si adik sanggup korbankan nyawa nya demi menyelamatkan kakaknya.

Di tanah perkuburan , Naura memandang kosong batu nisan yang tentera ' Muhammad Riyadh Irfan bin muhammad Rahimi iskandar '.

' Riyadh , maafkan Kakak. Ni semua salah kakak ' getus hati Naura. Sekali lagi air matanya mengalir. Dia lemah untuk semua ni.

" Naura sudah lah sayang , jom balik. Tak elok kalau asyik macam ni. Redha ya ? " kak Mia mengusap bahu Naura lembut. Kakak sulung Naura dan riyadh.

" semua ni salah Naura ke kak ? " Naura memandang wajah kak Mia dengan air mata bergenang.

Kak Mia tersenyum kecil sambil mengusap kepala Naura.

" Ini bukan salah Naura. Allah dah rancang awal-awal lagi semua ni sebab dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan Naura kena kuat , bukan Naura seorang je yang rasa kehilangan. Kak Mia , umi , abah dan orang yang sayangkan Riyadh pun rasa kehilangan. Naura tak boleh macam ni sayang , semua yang jadi ni pasti ada hikmah." tutur Kak Mia lembut.

Naura memandang kakanya lama sebelum menghela nafas perlahan. Mungkin betul kata kak Mia , semua ni jadi pasti bersebab. Dan semua yang hidup pasti akan merasai mati juga.

" Dah , jom kita balik. " Naura menggangguk dan mula bangun dari tempat duduknya.

Mereka berdua berjalan keluar meninggalkan kawasan tanah perkuburan itu.

Sampai sahaja di rumah , Naura ternampak umi nya yang duduk termenung di tepi kolam ikan. Naura berjalan ke arah umi nya.

Perlahan-lahan Naura menyentuh bahu uminya.

" Umi..." tegur Naura lembut.

Puan Azlina yang baru tersedar dari lamunan nya pantas menyeka air matanya.

Naura yang mengusap bahu umi nya , pantas Puan Azlina menepis.

" Kau buat apa kat sini ? "

Naura tergamam dengan apa yang di dengar sebentar tadi. Kau? Kenapa umi tiba-tiba lain.

" Umi.." Baru sahaja Naura ingin menjawab , laju Puan Azlina memintas.

" Jangan panggil aku umi. Aku tak ada anak yang pembawa malang macam kau. " ujar Puan Azlina kasar.

Perlahan-lahan air mata Naura mengalir. Dia terasa dengan kata-kata umi nya. Kenapa umi tiba-tiba sahaja berubah ? Setahu dia , umi nya lemah lembut. Tidak pernah sama sekali bercakap kasar dengan anak-anaknya , lagi-lagi dengan dia yang selalu manja.

Dan aku ? Pembawa malang ?

Ya Allah dugaan apa lagi kali ini.

" Umi tolong dengar dulu penjelasan Nau..." sekali lagi Puan Azlina memotong.

" Apa pun yang keluar daripada mulut kau , aku takkan percaya. Cukup lah sebab kau anak aku dah mati! " tengking Puan Azlina.

" Tapi Naura tak mintak semua ni jadi. Umi tolong lah bagi Naura perbetulkan semua nya balik." rayu Naura dan menggenggam tangan Puan Azlina.

Sekali lagi Puan Azlina menepis kasar tangan anaknya itu. Dia jadi benci tengok muka Naura dan dia sendiri pun tidak tahu mengapa.

" Tak ada apa yang kau boleh betulkan balik melainkan kembalikan balik anak aku. Dan sekarang kau keluar daripada sini. Aku tak nak tengok muka pembawa malang dalam rumah ni! " Puan Azlina menolak kasar badan anaknya sehingga terhantuk kepala anaknya di bucu meja.

Terkedu Naura dengan tindakan Puan Azlina. Dia tidak kenal siapa umi nya sekarang. Kenapa umi nya berubah mendadak sampai macam ni sekali ?

Damia Atikah yang kebetulan mahu ke dapur , terdengar sesuatu yang agak bising di luar rumah. Apabila dia pastikan itu suara Puan Azlina , lantas dia keluar.

Terkejut Damia melihat adiknya yang terduduk di tepi meja itu dengan kepala sedikit berdarah.

" Apa yang umi buat ni ? " dahi Damia berkerut melihat wajah Puan Azlina yang langsung seperti tidak ada rasa bersalah.

" Mia jangan masuk campur. Dia ni pembawa malang dalam keluarga kita!"

" Umi cakap ni bukan hal Mia? Naura pembawa malang atau umi yang tak boleh terima yang Riyadh dah tak ada ? " Damia memandang umi nya. Dia tidak percaya yang depan nya sekarang ini umi nya.

" Kak Mia.." Naura menggelengkan kepala nya perlahan menandakan jangan lawan cakap umi.

" Tak apa umi , Naura boleh pergi dari sini. Tapi kalau umi dah maafkan Naura atau dalam keadaan susah , cari je Naura. Naura sentiasa ada untuk umi "

Naura tersenyum hambar sebelum bangun perlahan-lahan. Dia memegang kepala nya yang terasa pedih akibat terhantuk.

Damia yang memerhati tingkah laku adiknya , terbit rasa kesian dalam hati. Kenapa umi sanggup buat macam ni dekat anak sendiri sampai perlu menghalau ?

Dari situ Naura mula pergi tinggalkan rumah itu yang penuh dengan kenangan bersama keluarganya , lagi-lagi dengan arwah adiknya.

Dari situ juga Naura dijemput oleh kawan baiknya Ayra untuk tinggal sekali.

End flashback

Semakin lama , semakin deras air mata Naura. Bukan kerana dia lemah , tetapi dia ingin lepaskan semua nya melalui air mata.

" Riyadh , kakak rindu adik kakak dengan semua keluarga kita. Kenapa Allah uji kakak macam ni ? " rintih Naura dalam mata terpejam.

Sedar tidak sedar Naura tertidur sendiri dalam air mata yang masih bersisa.

Tanpa sedar juga ada seseorang yang mendengar setiap bicara Naura di sebalik pintu yang tertutup rapat. Dan dia terus berlalu pergi dari situ. Pedih hatinya mendengar rintihan dan tangisan kawan baiknya itu.

***

Hai semua! Maaf lambat update sebab bab ni terlebih panjang sikit. Teruskan membaca okay ? Thnk u!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro