Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 10

Naura yang sedang bermain telefon terasa seperti ada orang sedang perhatikan dirinya lalu menoleh memandang Diya dan Anne yang seperti berbisik sesuatu sambil mata melirik ke arahnya. Kemudian kedengaran suara mereka berdua ketawa.

Ayra pula yang sedap mengunyah keropok lekor hanya menggeleng melihat Diya dan Anne. Tidak habis-habis mahu menyakat orang.

" Korang gelak apa ha ? Lepastu pandang-pandang orang. Nak apa ? Penyepak ? " soal Naura geram. Matanya menjeling tajam wajah Diya dan Anne. Sakit hatinya pasal tadi masih belum hilang , tambah lagi kawannya yang sengaja cari pasal dengan dirinya.

" Pftt kau nak sepak orang ? Kaki pun tak betul lagi. Ada hati nak sepak orang. " balas Diya selamba. Naura mengetap bibir. Ada jugak yang melayang sekejap lagi.

" Eh korang ni tak habis-habis gaduh. Tak penat ke ? " soal Ayra dengan wajah bosan. Pening kepalanya melihat mereka berdua bertengkar. Anne pula yang awalnya baru nak kenakan Naura terus tidak jadi. Hanya diam memerhati pertelingkahan yang sedang berlaku di depannya. Nak tergelak pun ada melihat perangai Diya yang selalu sengaja mencari pasal dengan orang.

" Siapa gaduh ? Tak nampak ke kitorang tengah bergurau ni ? " Soal Diya lalu tersengih tak bersalah. Giliran Ayra pula menjeling wajah Diya. Geram dengan perangai Diya yang tak pernah nak serius. Ada saja mulut nak menjawab. Kalau menjawab benda yang betul tak apa lah juga.

" Eh korang , esok aku dengan Anne nak balik dah tau. Lusa dah ada kelas. Kerja aku banyak lagi tak siap. Haih menyesal aku tak buat awal-awal sebelum datang sini. " keluh Diya kasar.

" Tak payah nak mengeluh sangat lah. Kau pun mana pernah nak siapkan kerja awal-awal. RAJIN lah katakan. " Sindir Naura dengan wajah sinis. Perkataan RAJIN sengaja ditekankan.

Bukan dia tidak tahu Diya ini jenis yang macam mana. Suka sangat tangguh-tangguh kerja.

" Kau diam lah! "

" Apa guna ada mulut kalau diam kan ? "

" Kau..,"

" Apa-apa ? "

" Diam! "

" Kalau tak nak ? "

" Aku bunuh mulut kau! "

" Silakan.. Btw selama aku hidup sembilan belas tahun ni kan ? Tak pernah lagi aku dengar orang bunuh mulut. Sebab kalau nak bunuh , mestilah dia bunuh seluruh tubuh sekali kan ? Ke kau ni ikut ajaran sesat mana ? " Naura mengemam bibirnya menahan gelak apabila melihat wajah Diya yang sudah cemberut teruk.

Aduhai, kesian sahabatnya yang seorang ini.

Cari lagi pasal dengannya , jangan ingat dia akan berdiam diri.

Ini Nur Naura Nadeera lah!

" Lantak kau lah. Malas aku nak layan. Eh kau pergi tempat lain lah Anne. Aku nak baring dekat sini. " halau Diya lalu menolak badan Anne menjauhinya.

" Suka hati nenek moyang kau saja nak halau orang. Ingat kau tu apa ? Raja sultan ? Perdana menteri  ? " soal Anne bengang. Jelas raut wajahnya menunjukkan ketidak puas hati pada Diya.

Diya pula hanya menayang wajah tidak bersalah. Apa ingat dia kesah ?

Mencerlung tajam Anne melihat wajah tidak bersalah Diya. Dengan perasaan tidak puas hati , Anne mengambil satu bantal petak kecil yang sedia ada di atas sofa lalu dibaling tepat mengena wajah Diya.

Kemudian Anne menjelirkan lidahnya lalu berjalan menuju ke arah Ayra yang dari tadi ralit memerhati. Sesaat dia menggeleng kepala sekali lagi. Pening dengan perangai mereka.

Terutamanya Hadiya Haifa.

Suka betul cari pasal dengan orang!

***

Pusara yang masih cantik tanpa sebarang kotoran itu dipandang sebak. Dia mengusap perlahan batu nisan tersebut.

Muhammad Riyadh Irfan Bin Muhammad Rahimi Iskandar.

Naura tersenyum kelat melihat nama yang tentera di batu nisan itu. Kemudian dia membersihkan daun yang mula banyak berkeliaran.

Selesai membersihkan daun-daun tersebut. Dia membuka yassin yang tersedia ada di tangannya.

Sebaik sahaja habis membaca yassin. Dia merenung lama pusara adiknya. Serta merta kenangan dia dengan adiknya berlayar di kotak fikirannya.

" Riyadh , kakak mintak maaf sebab dah lama kakak tak datang jenguk kubur Riyadh. Lepas Riyadh pergi , kakak cuba sibukkan diri dengan semua kerja yang kakak ada. Kakak cuba lupa apa yang dah jadi dekat kakak dengan keluarga kita. Tapi.., "

Naura memejam matanya seketika. 

" Kakak tak boleh. Kakak tak kuat Riyadh.. Setiap malam , mesti kakak teringat semua ni. Kenapa semua ni jadi dekat kakak ? Kakak tak mintak Riyadh.. Kakak t-ak mintak.., "

Naura mengemam bibirnya menahan tangisan. Sungguh semua ini amat perit untuk dia terima.

" Dan sekarang umi dah benci kakak. Dia kata dia tak ada anak pembawa malang macam kakak."

Masih terngiang-ngiang kata-kata uminya sebelum dia dihalau keluar daripada rumah itu. Mengingatkan itu serta merta hatinya bagai disiat-siat.

" Mungkin betul kata umi yang kakak ni pembawa malang. Kalau masa tu kakak tengok kiri kanan sebelum lintas jalan , mesti Riyadh masih ada dengan kakak sekarang. Mesti keluarga kita tengah bahagia kan ? "

Naura berhenti seketika daripada meneruskan kata-katanya. Dia mengelap air matanya yang semakin laju mengalir.

" Riyadh nak tahu tak ? Haritu kakak telefon kak Mia , lepastu happy lah kakak sebab kak Mia angkat. Nasib baik dia ingat siapa kakak. Tapi kak Mia suruh kakak balik rumah kita. Dia kata umi dengan abah rindu kakak. Tapi mustahil lah kan ? "

Naura menghela nafas berat. Keliru dengan perasaan nya apabila memikirkan apa yang kakaknya kata tempoh hari.

Langit yang mula mendung ditatap seketika.

" Tak apa lah Riyadh. Kakak kena balik ni. Dah nak hujan. InshaAllah kalau ada masa terluang kakak datang lagi. Assalamualaikum. "

Naura segera bangkit dari tempat duduknya. Dia kena pergi satu tempat dengan cepat sebelum hujan turun. Mujur sahaja Ayra bagi pinjam keretanya sebentar.

Dia mula melangkah pergi meninggalkan tanah perkuburan islam tersebut.

***

Damia Atikah yang sibuk memotong bawang untuk makan malam mereka bertiga terganggu apabila loceng rumahnya berbunyi. Dia segera meletakkan pisau yang dipegang atas papan memotong.

Sebelum itu dia membuka apron yang tersarung di badannya. Kemudian dia berjalan keluar daripada dapur lalu menuju ke arah pintu.

Tanpa rasa ragu-ragu , dia memulas tombol pintu.

Terkedu Damia Atikah sebaik sahaja pintu rumahnya terbuka luas.

Ya Allah benar kah apa yang dia lihat sekarang ?

Dia berlari laju masuk ke dalam rumah sebelum keluar semula dengan tangan memegang kunci rumah.

Kunci pagar dibuka sebelum dia menapak laju ke arah seseorang yang sudah lama dia tunggu selama dua tahun lebih. Tanpa apa-apa susuk tubuh itu dipeluk erat.

Dapat dia rasa gerangan itu membalas pelukannya dengan erat sekali.

" Kak Mia rindu Naura.. "

Sekali lagi air mata Naura jatuh. Sebak hati nya tak dapat dibendung. Akhirnya terlepas juga esakkan yang sudah lama dia simpan. Kalau sebelum ini dia menangis hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Tapi kali ini dia menangis di depan kakaknya.

Hati yang dia cuba kuatkan akhirnya sekali lagi gagal.

" Naura mi-ntak ma-af.. "

Teresak-esak Naura meminta maaf. Sungguh dia rasa bersalah kerana terlalu lama menghilangkan diri sehingga dia tidak mempedulikan keluarganya sendiri.

Bukan niatnya mahu menghilangkan diri. Tetapi itu sahaja pilihan yang dia ada dengan apa yang jadi sebelum ini.

Dan sekarang baru dia ada kekuatan mahu datang ke sini balik. Dia ingin datang ke sini untuk meminta maaf kepada keluarganya.

Apa pun yang jadi mereka tetap keluarga kandungnya. Jahat buruk keluarganya , mereka tetap pernah mendidiknya dahulu.

" Naura , jom kita masuk dulu. " ujar Damia Atikah sebaik sahaja pelukan dileraikan. Naura merenung seketika wajah Damia Atikah. Nampak dia lihat air mata kakaknya bergenang.

Mungkin perasaan kakaknya ketika ini terkejut campur sebak. Makin menebal rasa bersalah dalam hati Naura.

" Naura ? " Naura tersedar dari lamunannya.

Damia Atikah hanya menggeleng melihat adiknya yang jauh termenung. Sejurus itu dia menarik lengan Naura supaya mengikutnya masuk ke dalam.

***

Assalamualaikum , hai readers ii yang saya sayang semua! 😍

Nah saya dah update. Mintak maaf sekali lagi sebab lambat update. Saya masih duduk dekat kampung so line mcm siput😭 dengan homework yg masih tak siap sob sob. Tapi takpe , demi readers ii saya semua , saya update jugak. Sweet kan? 🙈

Dah nak sekolah kan? So get ready sayang ii semua😜

Itu saja dari saya , thnkyouu !! Muahh 😘 nah❤untuk perempuan je(๑・ω-)~♥”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro