Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 1

Sebaik sahaja kelas tamat , masing-masing mengemas buku dan berlalu keluar meninggalkan kelas tersebut. Hanya tinggal dua orang sahaja yang masih berada di dalam kelas itu.

" Naura cepat lah sikit kemas buku tu. Lambat betul lah kau ni. Itu lah , lain kali tabur lagi banyak-banyak buku atas meja. Kan dah lambat."

Naura menjulingkan bebola mata nya ke atas melihat sahabatnya mula membebel.

" Baiklah cik Ayra mikayla , berhenti membebel ya. Ke nak sambung lagi ? " Ayra menjeling tajam ke arah Naura yang sedang tersengih.

" Okay jom-jom. Jangan lah jeling macam tu , tergoda kita. " Naura masih lagi mahu mengusik Ayra.

Ayra hanya buat tidak tahu dengan usikkan Naura lalu berjalan meninggalkan Naura keseorangan dibelakang.

Naura yang sedar akan itu ketawa kecil dengan telatah Ayra.

" Ha siapa nak driver ni ? " Ayra memandang Naura dengan sengihan.
Naura yang sedang memandang Ayra sudah dapat mengagak disebalik sengihan sahabatnya itu.

" Tak apa lah. Tak bagitau pun aku dah tahu. " Naura mengambil kunci kereta yang berada dalam beg sandar belakangnya.

Ayra memerhati tingkah laku Naura yang terkial-kial mahu mengambil kunci kereta. Nak tergelak dia dibuatnya.

Ayra menggeleng kepala melihat gelagat Naura. Pemalas betul nak bukak beg tu dulu.
Selongkar sambil mata tempat lain.

" Kau tengok apa ? Tolong lah aku. " kening Naura berkerut memandang Ayra yang ketawa. Aku ada buat lawak kah ?

" Kau ni dah kenapa , cepat lah tolong. Tangan aku dah lenguh ni. " Ayra memandang muka Naura yang seperti meminta simpati. Tetapi memang minta simpati pun.

Ayra mengeluh perlahan melihat perangai kawan baiknya itu lalu berjalan ke arah Naura.

" Lain kali jangan jadi pemalas sangat eh nak bukak beg sandar belakang kau ni. Itu lah orang suruh pakai beg tepi , nak jugak pergi pakai beg ni. Sabar je lah aku dengan kau ni. " Naura hanya pekakkan telinga sambil kedua tangannya naik memegang dua-dua belah telinga.

Ayra membuat muka. " Ha ambik ni , lain kali jangan jadi pemalas. " Naura membuat muka geram. " Hish aku tahu lah. " Ayra menggeleng melihat muka cemberut kawan baiknya.

Di dalam kereta , Naura memandang seikhlas ke arah Ayra yang ralit memandang ke luar tingkap sebelum matanya kembali memandang ke hadapan.

Kang tak pasal-pasal ada jugak yang masuk hospital nanti.

" Ayra , barang dapur ada lagi tak kat rumah ? " Ayra yang sibuk memandang ke luar tingkap segera memandang raut wajah bersih Naura.

" Dah nak habis dah. Kenapa ? Nak pergi beli ke ? " mata Ayra mula bersinar-sinar. Dia memang suka kalau bab beli barang dapur ni.

" Kau larat ke ? Kalau tak , beli esok-esok pun boleh. " Bukannya apa , dia takut kawannya penat. Sejak nak dekat exam ni , selalu tak cukup rehat. Banyak sangat assignment yang kena siapkan. Lecturer pun kenapa lah kejam sangat bagi banyak-banyak.

" Alaaa tak apa. Aku okay je. Jom lahh , tak sabar nak pergi beli. " Naura hanya mengangguk kepalanya. Dia ikut sahaja cakap Ayra kerana dia sedar yang dia hanya menumpang.

***

" Ya Allah , banyak nya barang kau ambik Ayra! " membulat mata Naura melihat troli yang penuh dengan barang . Ayra yang melihat riak wajah terkejut Naura sudah tersengih tidak bersalah.

Naura menggeleng kepala. Gila betul kawan aku ni.

" Dah lah , jom pergi bayar. Semua dah settle , dont worry okay ? " Ayra ketawa kecil. Entah apa yang lucu pun tidak tahu.

" Kejap." Ayra yang baru sahaja ingin membuka langkah serta merta berhenti. Tidak lama itu , kening Ayra terjongket memandang duit yang dihulurkan oleh Naura.

" Ambik lah duit ni , pergi bayar. Dah lah banyak barang kau beli. Kalau sikit tak apa lah jugak. Ni macam dah untuk sebulan kau beli. " Ayra sekali lagi ketawa.

" Kau ni , tak ada apa lah. Sikit je ni Naura. Duit tu kau simpan je. Buat beli barang keperluan kau. Jangan risau , aku ikhlas. " sempat lagi Ayra mengenyit matanya sebelum berlalu meninggalkan Naura keseorangan dibelakang.

Naura yang ditinggalkan dibelakang tercenggang dengan apa yang dikatakan Ayra. Sikit ? Tang mana yang sikit. Aku tengok penuh troli tu dengan barang basah dan makanan ringan. Itu dia kata sikit ?

Naura mengeluh. Bukan dia tidak suka , tetapi dia segan. Walaupun bertahun lamanya berkawan , dia tetap segan.

Ayra yang dari jauh memandang Naura yang ralit dengan dunianya sendiri. Dia hanya menggeleng melihat wajah bersalah kawan baiknya itu. Semua benda nak segan. Pelik dengan kawannya yang seorang ini.

***

Selesai sahaja solat magrib , Naura segera turun ke bawah untuk sediakan makan malam.

Mesti ada yang tertanya-tanya kan Naura dengan Ayra ni tinggal berdua sahaja ke ? Ya , mereka berdua tinggal berdua sahaja. Rumah ini pun , rumah Ayra sendiri. Biasalah anak orang kaya , semua nya boleh beli sendiri.

Setiap kali Naura ingin menghulur duit rumah sewa , pasti Ayra laju menolak. Sememangnya sudah masak dengan perangai Ayra yang satu itu.

Baik hati betul. Tetapi Naura berkawan dengan Ayra bukan kerana Ayra kaya dengan harta. Dia memang ikhlas berkawan dengan Ayra. Lagipun mereka kenal dari kecil lagi sampai lah sekarang masuk universiti sama-sama.

Sepatutnya rumah ini ada empat orang penghuni , tetapi dua orang lagi tidak mahu. Katanya ' tak nak menyusahkan '. Kuat juga lah Ayra bertengkar dengan dua orang tu. Dia tidak suka , kalau kawan-kawannya kata begitu. Baginya , dia ikhlas mahu menolong kawan-kawannya.

Okay dah habis cerita pasal rumah. Sekarang berbalik pada Naura memasak tadi.

Baru sahaja Naura ingin membuka gas dapur , Ayra datang dari belakang dan...

" bahh!! " Naura yang ingin membuka gas dapur terus meloncat.

Ayra ketawa terbahak-bahak memandang muka Naura yang seperti baru lepas nampak hantu.

Naura mengelap air matanya yang ingin jatuh. Dia terkejut sekaligus geram dengan perangai Ayra.

Ayra yang sedar wajah Naura ingin menangis terus datang mendekat ke arah Naura.

"Ala Naura , aku gurau je. Jangan lah menangis. " Ayra mula menggelabah.

Naura mengelap air mata nya. Dia memandang tajam wajah cantik Ayra.

" Kau tau tak aku mudah sakit jantung ? Nak aku mati ke ? " Naura menjeling tajam ke arah Ayra yang tersengih.

" Alololo sorry-sorry. Lain kali aku tak buat dah okay ? " Ayra masih lagi tersengih macam tadi.

" Yeye lah tu kau. Dah , jom tolong aku masak. Ha nak makan apa ni ? "

Ayra mengetuk jarinya di dagu lagak seperti berfikir.

" Ha! Kita masak ayam masak merah nak ? " Naura hanya mengangguk kecil. Dia mengurut jantung nya perlahan bagi menghilangkan rasa debaran. Mahu mati sahaja dengan gurauan kawan baiknya itu. Bergurau memang tak bertempat langsung

Habis sahaja berperang di dapur. Mereka berdua menghidang terlebih dahulu. 

" Sedapnyaa. " ujar Naura sebaik sahaja nasi selamat masuk ke dalam mulutnya. Naura menikmati makanan itu dengan mata terpejam.

" Tengok lah siapa masak. " Naura mencelik semula matanya dan memandang ke arah Ayra yang berselera mengunyah ayam sambal.

Naura membuat muka meluat. " Ingat , aku pun masak tau. " Ayra tersenyum sinis. " Sepenuhya ke cik Naura ? " Naura mencebik dan terus menyuap suapan terakhir.

Selesai mengemas dapur dan meja makan , mereka berdua segera masuk ke bilik masing-masing. Inilah mereka kalau dah penat memang tak ada masa mahu berbual panjang. Kalau ada pun masa mereka cuti sahaja. Sebab itu sunyi bila tinggal berdua. Kena ada lagi dua orang , baru rumah ini jadi macam pasar malam.

***

Assalamualaikum semua! Macam mana bab pertama ? Okay tak ?

Maaf lah kalau ayat tunggang-langgang. Saya memang fail kalau bm ni😂

InshaAllah sedaya upaya saya cuba buat yang terbaik untuk karya pertama saya.

Kalau ada salah silap dalam setiap perkataan yang saya tulis , boleh tegur saya di comment. Jangan risau , saya terima dengan hati yang terbuka😊

Terima kasih kepada yang sudi baca cerita saya yang tak seberapa ini❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro