Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 55: RASA BERSALAH

CENDAWAN SUSU HARIMAU

Puspa terjaga. Dia lihat jam. Betul-betul waktu tengah hari. Badannya terasa letih membuat fisioterapi di JACK & JILL BOXING CLUB sepanjang pagi tadi, sehingga dia tertidur sebaik sahaja tiba di rumah. Arman pula terus pergi ke kebunnya.

"Sulur nanas yang ada perlu cepat disemai. Nanti kering, rugi sahaja," jelasnya.

"Puspa susahkan abang," kata Puspa.

"No . . . No . . . I love you . . . Just remember that!" Dia harap kata-kata yang sering diucapnya itu memberi semangat kepada isterinya.

 Arman mengucup dahi Puspa sebelum keluar dari bilik.

"I love you, too, abang, so much . . ." bisik Puspa kepada dirinya sendiri.

Dia sedar dia tak mampu untuk membantu Arman, melihat keadaan dirinya. Jangankan hendak membantu di ladang, hendak tunaikan hak suami pun dia tidak mampu. Arman tak mahu 'syok' sendiri, katanya. Arman menunggu Puspa bersedia.

Kini sudah tiga minggu usia perkahwinan mereka, tetapi tidak nampak di mana pintu persediaan itu. Dia tetap tidak merasa apa-apa di bawah pinggangnya.

Sampai bilakah 'cinta' boleh bertahan?

Kelmarin mereka pergi menemuni doktor yang merawatnya. 

"Let your wife do things by herself.  You're being over protective," kata doktor itu kepada Arman.

Kerana itu Puspa membuat latihan di JACK & JILL sampai keletihan. 

Puspa mengesot untuk menuruni katil dan naik ke atas kerusi rodanya. Dia berhati-hati supaya tidak terjatuh seperti kelmarin. Arman nampak lebam di bahagian lututnya ketika memandikannya.

"Kenapa ada lebam ni?" soal Arman, "Sayang jatuh ke?"

"Tidaklah." Dia menafikan.

Kini dia sudah boleh menguruskan dirinya untuk turun katil, walaupun masih memerlukan Arman membantunya untuk naik ke katil. Dia sudah boleh mandi sendiri, walaupun Arman tidak benarkan. Takut terjatuh kerana lantai bilik air yang licin.

Adam Prakash mahu Puspa menerima rawatan di sebuah klinik di Negara Eropah. Tan Sri Kumar pun bersedia untuk membantu dari segi pembiayaan, jika duit Adam Prakash tak cukup. Tetapi Puspa enggan. Dia tidak pernah memberitahu Arman tawaran ayah dan datuknya. Sebenarnya dia tidak berani memberitahu Arman. Dia paling takut Arman salah faham niat baik ayahnya.

Arman sentiasa bercakap dengannya, untuk menggalakkan dia bertanya dan menjawab. Kebanyakan percakapan Arman tentang progress ladangnya.

"Kebun nanas Walid yang tak terurus itu ada banyak sulur yang boleh dibuat benih untuk ditanam semula. Jimat kos."

Puspa hanya mampu senyum.

"Ladang nanas boleh dapat untung yang banyak kalau kita buat penjagaan rapi. Abang dah dapat pemborong Walid dahulu. Jadi masalah pemasaran selesai. Sekarang masalah pekerja."

Puspa hanya buka dan tutup mulut.

"Kalau boleh abang teringin buat produk hiliran nanas. Pajeri nanas. Resepi Umi memang terbaik. Cili, kita dah ada. Nanti kita tanam bawang . . . Okey tak?"

Wajah suami yang penuh harapan ditatap. Air mata bergenangan.

"Eh?  Baru cakap nak tanam bawang. Belum lagi potong bawang, takkan dah menangis?" Arman mengusik.

Kalau dulu dia dengar pesanan Arman supaya menunggu dalam pejabatnya, mungkin dia selamat.

Mungkin dia tidak diserang.

Mungkin dia tidak disuntik dadah.

Kalau . . .

"Assalamualakum!" kedengaran suara seorang tua.

Pernah aku dengar suara itu. Di mana ya?

"Waalaikum salam." Suara Arman.

Arman ada di luar, rupanya. Kenapa tak masuk bilik? Dia terasa diabaikan.

Puspa gerakkan kerusi rodanya ke tingkap. Dilihatnya Arman bersalaman dengan seorang tua. Mungkin sebaya Atok.

"Masuklah Tok. Walid dengan Umi pergi kenduri. Adik-adik pergi library." Suara Arman begitu ramah.

"Puspa ada?" soal lelaki tua itu.

"Ada . . . Dia tidur. Arman taknak ganggu dia."

Arman tahu dia tidur rupanya. Maknanya tadi Arman ada menjenguknya di bilik. Dia yang hanya prasangka telah diabaikan.

Prihatinnya Encik suami. Hanya aku yang tak guna.

"Kenapa? Tak sihat ke?" soal lelaki tua itu.

"Tak . . . Tadi kami pergi buat fisioterapi. Letih, agaknya."

"Keadaannya macam mana?"

"Banyak kemajuannya. Tangannya dah kuat. Cuma dia payah nak bercakap."

"Kaki?"

"Masih belum ada tanda-tanda . . ."

Lelaki tua itu memberi satu bungkusan. Arman membuka bungkusan itu. Puspa nampak seperti ketulan batu-batu.

"Eh? . . . Apa ni Tok?"

"Cendawan susu harimau."

Arman pandang wajah lelaki tua itu. "Arman ada dengar tentang ubat herba ni."

"Ini original diambil dari hutan. Atok Haidar kamu yang dapat. Tapi kebetulan aku nak datang ke sini menengok Malik, aku bawa sekali," jelas lelaki tua itu.

"Untuk rawat penyakit apa?"

"Ini untuk kuatkan sakit sendi, kena racun, sembuhkaan luka, dan sakit paru-paru."

Puspa lihat Arman mengangguk beberapa kali.

"Herba ni boleh menambah kekuatan imun bagi pertahankan diri daripada bakteria dan virus yang serang penafasan," sambung lelaki tua itu. "Dah ada kajian saintifik. Engkau pun boleh minum . . . Cepat nanti dapat anak."

Puspa nampak Arman senyum segaris. Puspa rasa bersalah.

"Nak buat macam mana?"

"Potong halus-halus dan rendam dalam air."

"Terima kasih Tok Baha."

"Aku nak pergi dah." 

Arman cium tangan lelaki tua yang dipanggil Tok Baha itu. Dia peluk Arman. "Apa yang aku ajar, jangan lupa!"

Kemudian dia berpaling menuju ke keretanya. Pemandunya segera membuka pintu kereta. Lelaki tua itu masuk, melambai tangannya, dan kereta dipandu keluar dari perkarangan rumah.

Kedengaran pintu dibuka dan ditutup. Puspa pasti Arman masuk ke rumah. Dia menunggu di dalam bilik. Tetapi Arman tak masuk. Lalu dia keluar. Dia nampak Arman sedang memotong bahan yang tadi disebut cendawan susu harimau, di kaunter dapur.

"Abang . . ."

Arman menoleh. "Eh? Dah bangun? Sayang lapar?"

Puspa geleng kepala. "Apa tu?"

"Ubat herba untuk Sayang," jawabnya.

Kerja memotong benda keras itu diteruskan. Puspa hanya jadi pemerhati senyap. Arman memotongnya dengan teliti menjadi bahan yang nipis.

Untungnya aku dapat suami yang sangat 'precise' dalam membuat kerja.

Apa 'precise' dalam bahasa Melayu? Puspa garu kepala yang tidak gatal. Kan dia jurutera?

Arman mengangkat muka dan memandang Puspa. "Nanti Sayang makan dan minum airnya. Bagi cepat sembuh otot-otot tu . . ."

Puspa tahu Arman bukan orang yang cepat putus harapan. Puspa mengangguk.

Cendawan yang dipotong dimasukkan ke dalam mug besar dan dicampur dengan air masak. "Tunggu dalam dua jam . . . Bagi cendawan tu lembut."

Lebihan cendawan disimpan di dalam peti ais. Mug dibawa ke bilik.

"Nanti Puspa buat sendiri . . ." kata Puspa. Terasa bersalah sangat menyusahkan Arman.

"No . . . I'll do it. It's my job," jawab Arman.

Tiga tahun Puspa memperjuangkan nasibnya yang menghadapi hukuman mati mandatori, tanpa melepaskan tangan. Takkan baru tiga minggu menjaga Puspa, dia nak bersungut? Tentu tidak. 

Lantaklah doktor nak cakap apapun, fikir Arman.

*****

PUSPA DAPAT RASA

Seminggu berlalu. Arman perhatikan perubahan Puspa. Sebahagian daripada tubuhnya sudah kembali pulih. Dia tidak mahu lagi digosok tangannya di waktu pagi kerana kebas. Malah cengkaman jari-jarinya dirasanya sangat kuat. Lebih kuat dari dahulu. Itu Arman uji sendiri. Mungkin ia mengganti pergerakan kakinya yang lemah. Mungkin tenaga kinestetiknya sedang tertumpu pada tangannya. Tetapi Arman masih tetap berharap Puspa dapat berjalan semula.

Malik pula sudah dibawa Datuk Tan kembali ke rumahnya. Dia tidak benarkan Malik balik ke rumah sendiri kerana tiada siapa yang menjaganya di sana.

Khabarnya Nelly sedang sibuk belajar mengaji Quran. Mereka akan nikah selepas Nelly khatam Quran. Arman tak mahu masuk campur urusan mereka.

Tuah ayam nampak di kaki; Tuah manusia siapa tahu.

Malam itu, lepas solat isyak berjemaah, Arman terus mencampakkan dirinya ke atas katil. Terus pura-pura tidur.

Pagi tadi Puspa tolak dia masa hendak menolongnya turun katil. Malam ini dia mahu tengok macam mana Puspa naik katil.

"Abang!" Suara serak isterinya memanggil.

Arman buka sebelah mata.

"Tolong ambil beg." Tangannya dituding pada beg di dalam kabinet.

Arman sedikit kecewa. Disangkanya Puspa mahu menemaninya tidur. Bagaimanapun, dia tetap bangun dan mengambil beg yang dimaksudkan. Semalam  ia diambil dari rumah Puspa selepas balik dari hospital. Dia dapat upah sekuntum senyuman. Laju tangan Puspa mencari pakaian yang dikehendakinya. Satu set baju dan seluar yoga.

Baju tanpa lengan Puspa boleh pakai sendiri. Tetapi seluar Puspa perlu bantuan Arman.

Sudah tentu ia tugas yang menggembirakan Arman. Bolehlah dia mengambil kesempatan . . .

Puspa tepis tangan Arman yang nakal di pahanya.

Pandangan mata mereka bertaut.

"Puspa dapat rasa abang!" Air mata mula bergenang. Kali ini air mata gembira.

Arman turut tersenyum lebar, "Sungguh?"

Puspa mengangguk berkali-kali.

"Esok kita jumpa doktor lagi," kata Arman. Wajahnya berseri-seri. Selama ini Puspa tidak pernah berkata dia merasa ada-apa apabila bahagian bawah pinggang disentuhnya. Tangannya menjalar dari perut ke paha Puspa.

"Duduk di sana," kata Puspa, menuding ke arah birai katil, terus memotong semua saluran pemikiran kuningnya.

"Dosa tau . . . Halang suami . . ."

Puspa cium pipi Arman. "Dah . . . Pergi main jauh-jauh."

"Malam-malam mana boleh main jauh-jauh. Nanti dilarikan hantu GRO."

Puspa jeling. Arman ketawa. Suka dia melihat isterinya yang pura-pura marah.

Hampir 100% ingatan Puspa sudah pulih. Sehingga cara menjeling pun sudah kembali seperti dahulu. Cuma kakinya masih lemah dan suaranya masih tersekat-sekat. Arman meniarap di katil memerhati kelakuan isterinya dengan penuh minat. Puspa tekan remote dan lagu Come Home oleh One Republic berkumandang.

Dihulurnya sebelah kaki ke hadapan dan sebelah kaki ke belakang. Dia bongkokkan badannya sehingga dahinya hampir mencecah lantai dalam posisi memulakan balet.

Dari tempat dia berbaring Arman hanya nampak sisi tepi Puspa dan leher jinjangnya.

Kenapa tak berpaling ke sini? Arman mendengus, tak puas hati.

Tetapi dia tidak berani mengganggu konsentrasi Puspa yang jelas mahu menggunakan balet untuk menguatkan ototnya.

Biarlah. Asalkan isteriku bahagia.

Puspa menggerakkan tangan dan badannya meliuk lentok mengikut rentak lagu itu. Kadang laju, kadang perlahan. Sampai kira-kira tiga suku lagu, dia kembali ke posisi mula-mula.

Lama.

Something is not right!

Bahu Puspa kelihatan bergetar. Jelas! Puspa menangis. Arman hampir terjun dari katil. Dia terus memeluk Puspa dari belakang.

"I am useless," kata Puspa, selepas tangisnya reda.

"No you are not. You are doing well."

Puspa tahu Arman hanya mahu memujuk. Puspa kecewa. Walaupun kulitnya sudah terasa apabila disentuh, tetapi saraf kakinya masih enggan bangun daripada tidurnya. Arman pula begitu sabar, tidak memaksa.

"Esok abang install bar di dinding ruang rehat, Puspa boleh berlatih," pujuk Arman.

"Buruklah desain dinding tu nanti."

"It's okay for my beloved wife."

Malam semakin tua. Mata Arman masih terkedip-kedip. Melihat wajah mulus isterinya yang tidur, Arman diserang rasa bersalah yang amat sangat. 

Kedengaran bunyi burung pungguk sahut menyahut, merindu antara satu sama lain.

*****

BALET UNTUK ISTERI

Ruang rehat seluas 5 x 5 meter itu sudah berubah wajah menjadi bilik latihan balet mini untuk Puspa. Dinding yang kosong dipenuhi cermin dari lantai ke siling. Sebelah lagi dipasang dua palang yang boleh diselaras ketinggiannya. Di satu penjuru digantung speed bag, yang boleh diubahsuai ketinggiannya. Jadi Puspa boleh menggunakannya ketika duduk di kerusi roda. Di penjuru yang lain, diletakkan sebuah kabinet kecil untuk menyimpan pemain DVD dan koleksi lagu-lagu kegemaran Puspa. Album klasik dan moden. Alat pendingin hawa juga dipasang, menjadikan ia satu-satunya ruang berhawa dingin di banglo setingkat itu. Puspa fikir tentu Arman mengeluarkan banyak perbelanjaan untuk menyiapkan ruang ini. Perbelanjaan yang sepatutnya pergi ke RPH di kebun cilinya. Mujurlah Arman pandai bertukang. Dengan usaha do it yourself (DIY) itu, upah buruh tiada. 

Pada waktu petang, Arman akan membuat latihan fisikal bersama Puspa dan mengajar asas mempertahankan diri. Beberapa kali setelah menggunakan fasiliti ringkas itu, Puspa dapat merasa perubahan dirinya, khusus di bahagian pinggang ke bawah. Dia sudah dapat melenturkan pergelangan kakinya. Puspa yakin sebentar lagi kerusi roda yang banyak jasa itu akan jadi bahan exhibit sahaja.

Malam-malam Puspa membaca Quran bersama Arman, bukan hanya untuk ibadah Fardhu Ain, tetapi juga untuk mengubat hati, penyakit dan membetulkan saraf suaranya.

Arman juga merasa pelaburannya berbaloi. Setiap kali pulang dari kebun, walaupun badannya berpeluh, dia akan mendapat pelukan dan ciuman daripada seorang isteri; walaupun dia terpaksa menahan diri daripada menuntut haknya, sebagai suami, selagi keadaan tubuh Puspa masih belum sempurna.

Kecuali 'malam pertama' yang masih tertangguh, kehidupan mereka seperti hampir kembali ke titik normal.

Seperti hari-hari kerja yang lain, Puspa tinggal di rumah dengan Khadijah sewaktu Arman di kebun dan Walid serta adik-adik di sekolah. Pagi itu, Khadijah mendapat panggilan telefon. Ada kematian. Khadijah sebagai ahli Ahli MKKK wajar pergi melawat. Itu antara tugasnya sebagai Pengerusi Biro Kebajikan dan Alam Sekitar kampung itu.

"Puspa tak apa ke kalau umi pergi lawat orang mati ni?" soalnya, sedikit bimbang Puspa tinggal sendirian.

"Tak apa. Umi pergi saja. Puspa kunci pintu."

Khadijah pastikan pintu belakang juga dikunci. Lepas itu dia keluar dengan memandu kereta kecil second handnya. Rumah keluarga si mati hanya beberapa kilometer dari rumah mereka.

Puspa kembali ke studio mininya untuk meneruskan latihan balet. Baru sahaja Puspa memulakan langkah, pintu diketuk dari luar. Hairan juga. Umi tertinggal barang kah? Takkan terlupa bawa kunci? Puspa duduk semula di kerusi rodanya dan digerakkannya menuju ke pintu. 

*****

🥊 🥊

*Speed bag.*








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro