Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 50: CINTA SUAMI

TERKILAN

Ikutkan Datuk Haidar, dia mahu Arman dan Puspa tinggal di apartmen di Ipoh, kerana mereka ada privasi berdua sahaja. Tetapi Arman menolak. Dia mahu Puspa menjalani fisioterapi di JACK & JILL yang lebih dekat dengan rumahnya. Kata Jack peralatan yang dia miliki lebih updated berbanding hospital kerana ia standard olimpik yang boleh digunakan oleh atlet paralimpik negara. Sebenarnya Arman tidak suka dikenakan surveilans jika tinggal di apartmen Datuk Haidar walaupun berdua-duaan. Dia rimas.

Akhirnya Datuk Haidar mengalah. Itu pun kerana cucunya berkeras mahu mengikut Arman balik ke kampungnya. Puspa dah janji, kata cucu kesayangannya.

Bilik Arman terletak di hujung banglo setingkat itu. Ia berbentuk studio yang ada ruang rehat dan pintu masuk berasingan, serta bilik air en-suite. Sengaja dibina begitu kerana telah dijanjikan Arman sebagai anak sulung akan menjaga orang tuanya, di samping memerlukan privasi untuk isterinya.

"Nanti Arman boleh extend kalau sudah berkeluarga," kata Zahari ketika sama-sama melakar desain rumah mereka dahulu.

Selain berjawatan pengetua sekolah, Zahari berasal dari keturunan Ataullah yang agak berada dan ternama.

"Suka tak?" Arman bertanya ketika melihat Puspa mengendali kerusi roda bermotornya dari ruang rehat kecil itu ke bilik air. Puspa memandangnya dengan senyuman. Tiada masalah baginya untuk berehat secara privasi dalam biliknya sendiri. Dia tahu di rumah itu juga ada iparnya, Zaki.

Sementara itu, kerja Arman semakin bertambah, kerana dia sudah mula meneroka sehektar lagi semak samun yang dahulu di tanam nanas MD2. Arman sudah berjanji dengan Walid akan memulihkan kebun nanas itu yang terhenti kerana sibuk dengan urusan kesnya. Pagi-pagi dia sudah berada di ladangnya. Seminggu sekali dia membawa Puspa ke hospital swasta untuk pemantauan. Dua kali seminggu dia bawa Puspa menjalani latihan menguatkan otot di JACK & JILL. Ini kerana hanya Khamis dan Sabtu pagi Jamilah dapat memberikan sentuhan fisioterapi magiknya, mengikut istilah Jack. Pada hari-hari lain Jamilah harus bekerja membantu paralimpik negeri.

Jika Arman ada urusan di Kelab BLACK SELADANG, Puspa akan ikut sekali. Sementara Arman membuat kerjanya di pejabat, dia menggunakan mesin treadmill dan punching bag atau speed bag dengan seorang pengajar yang juga ada sijil fisioterapi. Jadi Arman tidak perlu memantaunya setiap kali Puspa menjalani program latihan fizikal untuk menguatkan tangannya. Sementara itu dia uruskan Kelab BLACK SELADANG yang tergendala. Sepatutnya dia sudah selesai dalam pencarian bakat-bakat baharu, tetapi disebabkan musibah yang menimpa Puspa, kerja itu tertangguh. Malah, pembantu jurulatih merangkap pengurus kelab pun dia tak sempat temuduga.

Di rumah, Sarah pula menemankan Puspa berlatih menyebut perkataan-perkataan yang sukar, jika Arman bekerja.

Perhatian keluarga Arman banyak mengurangkan kesedihan Puspa yang masih tidak boleh bekerja kerana kakinya yang lumpuh dan sebutan terma perundangan yang sukar.

Cuma kebisuan sahabatnya, Nelly membuat Puspa terkilan.

*****

WARKAH

Nelly sahabatku,

Hari ini Puspa dapat merasakan jari-jari Puspa telah hidup kembali. Puspa dapat makan nasi sendiri guna sudu, slowly. Tapi Puspa masih tak boleh berjalan, bersihkan badan sendiri, sikat rambut atau pakai baju. Arman masih perlu bantu banyak perkara.

Tanpa dia Puspa tidak tahu bagaimana mahu menjalani hidup ini.

Puspa sudah berjanji Nelly orang pertama yang akan Puspa hubungi melalui email bila Puspa mampu menulis.

Entah bila Puspa boleh bercakap dengan jelas seperti dahulu.

Puspa sedih kerana tiga sahabat Puspa tidak hadir pada hari pernikahan kami.

Ezhar, Zarif dan Nelly.

Puspa sudah kecewakan sahabat baik Puspa. Lebih-lebih lagi awak, Nelly.

Kita bersahabat dan sering mengadu hal masing-masing. Kita berkongsi cerita. Tetapi kejamnya hati kita kerana masing-masing berebut sekeping hati lelaki.

Salahkan Puspa sahaja dalam hal ini. Jangan salahkan Arman. Kita berdua kan sayang dia?

Tetapi, Puspa mohon . . .

Maafkan Puspa jika hati Nelly terluka.

Maafkan Puspa kerana mementingkan kebahagiaan diri sendiri. 

Jika sekiranya kita masih bersahabat, Nelly tentu tahu di mana nak cari Puspa.

Sahabatmu selamanya.

Puspa.

Kampung Seri Bahagia.

Sudah beberapa kali Nelly membaca warkah Puspa yang dikirim melalui email. Setiap kali dia membacanya, setiap kali dia menyesali sikapnya yang tidak hadir ke majlis pernikahan Puspa. Tetapi dia memang tidak dapat menghadapinya. Hatinya sangat rapuh, dan mungkin akan hancur berkecai jika dia hadir. Lebih-lebih lagi Malik yang dingin, tiada untuk mencantumkan hatinya yang retak itu. Malik tentu ada pada hari pernikahan sahabatnya itu. Tetapi jika dia melihat Malik, yang menjauhkan diri, pasti dirinya semakin pilu. Salah dia sendiri tanpa usul periksa membuat Malik merajuk panjang.

Senafas keluhan keluar dari mulut Nelly. Meminta maaf adalah ucapan yang sukar disebut. Memaafkan pula lebih sukar dilakukan. Puspa meminta maaf, sedangkan dia tidak bersalah apa-apa pun.

Nelly menutup komputer lalu kembali duduk di atas katil dan membuka Quran terjemahnnya. Dia pernah terbaca firman Allah dalam Quran tentang kemaafan. Dia cari surah itu.

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik (Surah Ali 'Imraan: ayat 133-134).

Kenapa aku tidak mahu mendakap akhlak yang terpuji seperti Rasulullah dan mendapat kemuliaan yang diajarkan oleh Al Quran?

Aku tidak seperti Puspa yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, kepada NGO kebajikannya JAMBATAN KASIH. Puspa seorang pejuang. Aku pula, duniaku hanya berputar di sekitar mencari sebanyak mungkin keuntungan untuk syarikat, demi menjadi tokoh korporat muda.

Semua yang aku lakukan demi syarikat. Aku mahu duniaku sempurna tanpa peduli apa yang berlaku kepada dunia pihak lain. Alangkah kerdilnya aku berbanding dengan Puspa.

Dia insaf. Membuang Puspa daripada hidupnya hanyalah manifestasi api dendam yang membara. Dia harus padamkan api itu. Bukan salah Puspa, Arman tidak memilihnya.

Puspa begitu jauh meninggalkannya dalam mengejar kebajikan. Dia sedar itu kelebihan Puspa yang menjadi pilihan hati Arman. Dia tidak wajar mempertikaikannya.

Nelly memandu keretanya menuju ke arah sebuah rumah banglo setingkat. Rumah seorang pengetua sekolah yang sudah dianggap oleh Papa sebagai saudaranya, walaupun berlainan bangsa dan agama.

*****

DIA ISTERIKU

Petang itu, dari tempat dia bekerja, Arman nampak sebuah kereta jenis Lexus Coupe memasuki halaman rumahnya. Hanya seorang sahaja rakannya yang memiliki Lexus Coupe.

Nelly.

Dia basuh tangannya dan mengatur langkah pulang ke rumah. Dia bimbang Nelly yang mulut agak laser itu akan mengganggu Puspa yang cengeng. Mana tahu, entah-entah Nelly menyoal perkara yang membuat Puspa ingat peristiwa yang menakutkan. Dia mahu berada di samping Puspa ketika isterinya yang baru sihat itu teringat perihal yang tidak menyenangkan. Tetapi dia terkejut kerana Nelly yang dilihatnya kini tidak sama dengan Nelly dahulu. Nelly tidak lagi memakai skirt paras lutut, tetapi memakai jubah dan berhijab. Mereka elok sahaja berbual-bual di anjung rumah. Puspa ditemani Sarah yang posesif dengan kakak baharunya.

"Assalamualaikum," sapanya.

"Waalaikumussalam," jawab Puspa dan Nelly serentak.

"Nelly cantik, abang," kata Puspa sambil memandang ke arah Arman. Redup pandangannya.

Arman mengambil tempat di sebelah Puspa dan menyuruh Sarah mengambil air minuman. Itu hanya alasannya supaya adiknya tidak mendengar perbualan mereka. Sarah faham dan terus mengangkat punggung.

"Welcome to Islam, Nelly," kata Arman.

"Thanks for the support," balas Nelly, "and no. Malik doesn't know yet."

Terangkat kening Azman. Tapi dia tidak panjangkan soalan. Biarlah mereka berdua selesaikan masalah, kalau ada.

"Nelly datang cuma nak minta maaf . . . If I've caused some problems."

"No problem," jawab Puspa dengan senyuman. Wajah Nelly dan suami dipandang.

Nelly perasan suara Puspa berubah serak seperti penyanyi rock. Tentu Puspa sedih kerana sukar mengeluarkan kata-kata. Hanya keluar sepatah-sepatah, fikir Nelly.

"How about your hands?" tanyanya, melihat tangan Puspa tidak bergerak-gerak di atas ribanya.

Arman mencapai tangan Puspa dan mengurutnya perlahan-lahan. "Getting better, I think." Mata merenung wajah isteri penuh kasih. Puspa senyum.

"Good. Jangan bagi dia buli awak Puspa," kata Nelly yang dihurung rasa cemburu.

"I love her. Love and bully can't work together, Nelly," balas Arman.

Nelly terasa seolah-olah Arman menegur layanannya kepada Malik. Ya . . . Dia membuli Malik, sedangkan Malik menyintainya. Kesedaran itu umpama kilat yang menyambar jantungnya. Terus dia buang perasaan itu jauh-jauh.

"It's Nabihah. But ok. You can still call me Nelly."

"That's a great name. I will call you Nabihah, then, after this."

"Janji ya!" Puspa mencelah.

Empat mata menoleh ke arahnya. Mencari pengertian kata-kata Puspa.

"Kita masih sahabat, Nelly." Puspa mendepang tangannya.

Nelly memeluk Puspa. Air jernih bergenang di kelopak mata. Apa yang aku lakukan selama ini? Cuba berebut cinta dengan sahabat sendiri? Hampir aku menganiaya dia.

Tiga buah motosikal jenis c.c. kecil memasuki laman dan diberhentikan tidak berapa jauh dari tempat mereka bertiga duduk. Penunggang dan pembonceng membuka topi keledar masing-masing.

"Joni!" Kata Puspa perlahan, tetapi tetap riang, setelah melihat wajah Joni yang tersenyum lebar.

"Kak!" Jerit Joni dari jauh.

Mereka berjalan pantas menuju ke arah anjung. Setelah sampai mereka bersalaman dengan Arman sambil mencium tangan. Setiap seorang mendapat pelukan daripada Arman.

"Bila lagi nak main cikgu?" soal Joni.

"Dah nak exam pun nak main juga ke?" soal Arman.

"Ala cikgu . . . Release tension!"

"Cikgu? Main apa ya? I'm lost!" soal Nelly. Dia pandang Joni dan Arman silih berganti.

"Budak-budak ni belajar di sekolah lama kita. They are the school's new rugby team. I'm their part time coach," jelas Arman.

"The best coach in the world!" Kata Joni, sambil ibu jari dinaikkan. Entah besar mana dunia Joni, hanya dia yang tahu.

Rupanya banyak perkara baharu tentang Arman aku tidak tahu, fikir Nelly.

"Kami dapat tahu cikgu dengan Kakak Puspa dah kahwin. Mengapa tak undang kami?' soal Joni. Nampak tersinggung sangat dia. Arman senyum.

"Nanti bila kami buat majlis yang lebih besar, kami jemput semua dalam team ragbi sekolah tu," jawab Arman seraya memandang isterinya, menghantar mesej: Cepatlah sihat. "Ya Sayang?"

Bersorak Joni dan rakan-rakannya. Entah kerana kerana akan dijemput kenduri atau kerana panggilan 'Sayang' Arman kepada Puspa hanya mereka yang tahu.

Puspa mengangguk. Semakin melebar senyuman Joni. Semakin sepet matanya.

Nelly tertarik dengan Joni. "Tell me more about this rugby team."

Dia masih tidak dapat melempar jauh-jauh rasa cemburu di hatinya melihat kemesraan di hadapan mata yang ditunjukkan Arman. Lalu dia terus melayan keinginan semulajadinya untuk mempromosi produk sos cili organik yang akan dihasilkan kilangnya. Otak kapitalis dia, sentiasa berjalan untuk mencari wang. Itulah cara dia melupakan cinta yang terkulai.

Arman jelaskan bagaimana ia dimulakan oleh Puspa melalui projek anti dadah JAMBATAN KASIH di kalangan remaja, melalui kegiatan sukan.

"Baiklah. Kakak boleh sponsor jersi untuk pasukan ragbi. Nanti kakak bincang dengan Cikgu Zahari," kata Nelly.

Bersorak lagi Joni dan kawan-kawannya. Siapa tak tahu Kilang Sos Cili Nelly? Ada di antara mereka punya saudara mara yang bekerja di kilang itu.

"Joni nak jadi professional player ke?" soal Nelly. Dia dapat agak dari paras rupa Joni, mesti ada kacukan Cina.

"No! No! Joni nak jadi peguam!"

Rakan-rakan Joni ketawa. Mereka tahu gred Joni itu sampai tahap mana. Joni menumbuk rakannya yang paling dekat, secara main-main. Rakannya menolaknya dan terus melarikan diri dikejar Joni dan lima rakan mereka yang lain. Riuh rendah bunyinya sekitar laman rumah banglo setingkat itu.

"Joni tu Juani Lim, adik Samsuddin Lim a.k.a. Sam. Dulu sangat nakal dan kurang disiplin. Sejak pakai jersi nombor 8, dia dah berubah," jelas Arman. Bangga dengan perubahan anak didiknya.

Bulat mata Nelly mendengarnya. Dia kenal sangat dengan Sam yang satu sekolah dengannya. Sam, Guna dan Dzafri. Mereka boleh dikatakan samseng sekolah semasa remaja. Bezanya Dzafri anak orang kaya. Dapatlah dia belajar di luar negara.

Namun, Nelly lebih kagum dengan Arman yang sedikit pun tidak menampakkan prejudis kepada Joni, walaupun tahu abangnya pengikut Dzafri.

Satu kampung tahu Arman putus tunang dengan Nora angkara Dzafri.

Jangan kau berduka. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Indahnya Islam!

Joni dan kawan-kawannya kembali membawa 'tawanan' mereka. Khadijah membawa minuman dan gorengan cucur, pisang dan ubi kayu. Berselera sungguh mereka makan. Sekejap sahaja habis licin.

Menjelang remang senja, baru mereka semua pulang. Arman cempung isterinya masuk ke dalam bilik.

*****

❤️❤️

*Inilah bilik Arman setelah dihias setakat mana yang sempat oleh Walid, Umi, Zaki dan Sarah. Tujuannya supaya bilik itu tidak terlalu masculine. Ada sapa yang perasan perubahannya berbanding bilik asal?*


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro