Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 38: BAYANG-BAYANG SELEPAS HUJAN

*Untuk makluman yang mengikuti cerita ini, Sis akan sekali-sekala update cerita ini untuk baiki ayat-ayat yang digunakan, kerana Sis tak pernah mengambil sastera Melayu. Sis mengambil English Literature. Sis biasa menulis dokumen. Update itu tidak menukar jalan cerita. Terima kasih.*


SIAPA DI TENGAH-TENGAH

"What was all that about?" soal Arman, sebaik sahaja mereka keluar dari pejabat Puspa.

"Nothing."

Pintu automatik terbuka. Haba panas dari luar menerjah masuk. Tetapi Puspa dapat merasa, panas lagi hati Arman.

"Jalan jammed. Bagi kunci, abang drive." Arman menadah tangan kirinya, sebab Puspa bergayut di lengan kanannya.

Puspa melepaskan tangan Arman kerana nak mencari kunci dalam beg tangannya. Kunci ditemui dan diserahkan. Arman berlari-lari anak ke kawasan letak kenderaan yang tidak bertutup untuk mengambil kereta. Puspa disuruhnya menunggu di anjung.

"Abang sayang, tak bagi adik berpanas sedikit pun," usik Ezhar yang juga keluar untuk mengambil keretanya di tempat letak kenderaan.

Mujur Arman cepat sampai. Tak perlu Puspa jawab usikan Ezhar. Lebih-lebih lagi melihat Zarif yang terpacak di tepinya. Cepat-cepat Puspa masuk ke dalam kereta dan Arman memandunya keluar dari kawasan WISMA IKHTISAS.

Sepanjang perjalanan ke kompleks membeli belah, aliran trafik bergerak normal. Tidak ada pun kesesakan lalu lintas.

"Kenapa tadi Abang kata ada traffic jam?" Puspa membidas.

"Sebab abang nak jadi driver Puspa."

Puspa terus diam. Dia tidak percaya itu puncanya.

"Siapa Zarif?" Tiba-tiba Arman bertanya.

Puspa terkejut dengan pertanyaan yang datang mendadak itu. "Abang kan kenal Abang Zarif. Dia peguam. Sekarang Pegawai Khas Exco."

"Itu abang tau laa . . . Abang tanya siapa dia kepada Puspa." 

"Tak ada siapa-siapa. Rakan sejawat sahaja."

Kenapa tiba-tiba bertanya tentang Zarif?

"Abang nampak semuanya tadi."

"Oh! Sebab itu abang nak drive, kan? Abang nak soal siasat Puspa."

"Kita akan bertunang tak lama lagi. I want nothing comes between us."

Suara Arman tegas. Puspa menoleh ke arah Arman. Wajah tampannya nampak kejung. Tak sangka Arman kuat cemburu rupanya. Mungkin pengalaman buruknya dengan Nora dia jadi begitu. Ingatan Puspa melayang kepada Nora. Bukankah Nora yang kini berada di tengah-tengah antara mereka berdua?

"Same here," balas Puspa, tidak mahu beralah.

Arman buat-buat tak dengar. Dia memandu dengan senyap.

"Abang janganlah ungkit pasal Zarif, boleh tak?" pinta Puspa sebaik sahaja tiba di kompleks membeli belah.

"Kenapa abang tak boleh ungkit?" Dia memandang Puspa dengan wajah yang serius.

"Dia kawan baik Puspa dah lama. Banyak tolong Puspa sejak belajar di universiti."

"Jadi, Sayang tahulah dia memang menaruh hati?"

Puspa mengangguk. "Tapi Puspa tak pernah galakkan dia. Bukan macam abang dengan Nora." Puspa terasa tiba-tiba seperti berhadapan dengan pegawai penyiasat yang garang.

Puspa masih menyimpan keraguan tentang Nora. Ditolaknya tepi perasaan itu. Arman mahu membidas balik. Tetapi melihat Puspa yang buat muka comel macam anak kucing, hati Arman terus menjadi lembut dan sesi soal siasat segera ditamatkan.

"No more lies!" Kata Puspa.

"Agreed," balas Arman, "tapi jangan bersekongkol lagi dengan Malik, ya sayang."

Puspa terkejut. Tak sangka dia sudah kantoi. "Mana ada . . ."

"Now, who is lying?"

"Sorry . . . Abang Malik cuma suruh Puspa datang lepas solat Jumaat. Yang lain Puspa tak tau. Dia jamin abang akan datang. Itu saja." Puspa hadiahkan senyuman paling manisnya.

Arman senyum. Sabar Arman. Tiga bulan sahaja. Pejam celik sampai dah.

*****

HATI INI HANYA SATU

Peugeot comel milik Puspa yang dipandu Arman sudah jauh meninggalkan kawasan bangunan WISMA IKHTISAS. Ezhar membuka pintu kereta Honda Civic miliknya. Bahang panas dari dalam kereta menerpa mukanya. Dia hidupkan kereta dan pendingin hawa dibiarkan seketika. Zarif masuk ke dalam kereta.

"Bertuahnya badan. Kalau sudah sayang, kereta pun bagi," gumam Ezhar.

"Apa engkau merepek ni Ezhar?" soal Zarif, walaupun dia tahu apa yang dimaksudkan Ezhar.

"Tak ada apa. Ada orang itu asyik tidur dalam hutan dengan orang asli. Akhirnya bunga di taman dipetik orang," sindirnya sambil mengundurkan kereta.

"Setahu aku, kau yang selalu tidur dalam hutan dengan orang asli." Zarif mengingatkan.

"Aku lain . . . I am not the marrying kind."

"Menangis omak kau," usik Zarif. 

Ezhar dari suku Mandailing dan keluarganya masih pekat bertutur dalam Bahasa ibunda mereka.

"Forget it. Let's be serious. Kita nak ke tempat Suhail, kan?"

"Yup. Jalan terus."

Petang itu Suhail tanpa kopiah Omani putih bersulam yang sering dipakainya. Baru mereka perasan ada iras-iras wajah Arman pada Suhail. Tidak menghairankan kerana mereka berkongsi datuk. Tetapi persamaan itu tidak berapa jelas kerana Suhail menyimpan jambang yang di potong pendek. Mungkin sebab dia Ketua Pemuda. Diorang ni kalau tak berjanggut tak afdhal agaknya? fikir Ezhar, sambil mengusap-usap 'stubbles peguam' di rahangnya sendiri.

Pejabat operasi Suhail terletak di tingkat satu rumah kedai, dilengkapi dinding kalis bunyi. Nampak macam baru siap. Tiada siapa sangka dalam sederet rumah kedai itu ada sebuah pejabat pengintip.

Tidak ramai yang dibenarkan masuk ke bilik operasi itu. Tetamu hanya dilayan di lobi. Tetapi hari itu Ezhar dan Zarif dibenarkan masuk. Khabarnya Suhail dapat projek daripada Datuk Haidar. Ezhar ingin tahu projek apa.

"Saya develop satu software. Datuk Haidar minat kembangkan software itu," jelas Suhail.

Ezhar mengangguk-angguk, cuba menghadam maklumat yang baru diketahuinya. Rupanya Suhail yang ada software canggih itu, bukan Datuk Haidar.

"Dulu aplikasi ini dari segi capaian terhad jaraknya. Tapi dengan funding daripada Datuk Haidar, mungkin boleh diperluaskan."

"Boleh intai sampai ke Tel Aviv ke?" soal Zarif. Seronok juga kalau tahu apa percakapan antara pemimpin regim Zionis itu.

Suhail ketawa. Tetapi tidak memberi jawapan.

"Sekarang Arman dengan Puspa bersama," katanya tiba-tiba.

"Mana kau tau?" soal Zarif.

Suhail menunjukkan dua blinks di skrin komputernya. Dia zoom.

"Diorang ada di rumah Mak Su. Umi Arman," jelasnya. "Mak Jah tu Mak Su aku. Mungkin diorang tengah sedap-sedap makan pisang goreng."

"Lajunya balik. Dengar tadi nak shopping?" kata Ezhar.

Tidak disangka. Suhail yang penampilannya seperti ustaz, rupanya seorang pengintip. Rasa cuak juga Ezhar.

"Kalau telefon bimbit bergoncang kuat, seperti terjatuh, berlaku perlanggaran, atau perebutan, misalnya beg tangan diragut, aku akan dapat kesan sebagai amaran. Lokasinya aku tahu di mana." Kata Suhail.

"Macam mana tu?"

"Lebih kurang macam game 'handphone shake' yang diorang main dalam portal membeli belah," jawab Suhail. "Cuma ini lebih canggih . . . Bezanya ini kita guna untuk memberi bantuan kepada pengguna yang ada dalam senarai sistem kita. Jika kita ambil telefon bimbit ini dan kita alihkan dari satu tempat ke satu tempat, tiada blinks amaran akan muncul."

Suhail membuat demonstrasi apa yang dimaksudkannya.

"Sistem ini masih dalam percubaan," ujarnya.

"Bagaimana kalau sistem kau ni kena curi oleh orang jahat?" soal Zarif. Dia terfikir implikasinya dari segi keselamatan.

"Cubalah. Kalau berani," jawab Suhail sambil tersenyum.

Setakat ini mereka tak perlu tahu telefon bimbit itu akan melakukan harakiri jika cap jari yang menyentuh aplikasi itu tidak sama dengan rekod di dalam telefon itu.

Suhail nampak begitu yakin. Penuh karisma. Memang jelas dia pemimpin negara masa hadapan.

"Kau orang berdua ni datang apa cerita?"

"Pasal kes laporan polis mengenai kebakaran dulu," kata Ezhar.

"Hah? Pasal apa pulak? Budak jahat tu perlu diajar."

"Begini. Dzafri beri kerjasama dalam kes ladang durian kunyit. Jadi patut kita kurangkan tekanan kepadanya," terang Zarif pula.

"Boleh percaya ke?" soal Suhail.

"Kita bagi dia peluang," Ezhar cuba meyakinkan.

*****

MENCARI KETENANGAN

Puspa nampak Zaki sedang duduk di atas buaian besi di bawah pokok sedang memetik gitar sambil menyanyi. Dari jauh kedengaran bunyi gitar yang membuat Puspa ingin menari.

Zaki menyanyi dengan penuh penghayatan. Matanya separuh pejam.

"Sedap lagu tu Zaki," kata Puspa.

Zaki senyum. "Lagu tu untuk kak long, daripada Abang Long."

"Pandai sajalah Zaki mengusik kak long."

"Betul. Abang Long tak tahu berseni. Dia 2+2 jadi 4. Jadi Zaki tolong ciptakan."

Puspa amat tersentuh dengan bait-bait lirik lagu nyanyian Zaki. Seolah-olah dia menyelami jiwa abangnya, kalau itulah perasaan Arman ketika masih dikurung. Tak sedar dia diperhatikan oleh yang empunya diri, sehingga buaian itu bergerak-gerak apabila Arman melabuhkan punggungnya.

"Zaki nyanyi lagu kita," kata Puspa, mengusap air mata.

"Dah . . . Zaki buat Kak Long menangis," kata Arman.

Zaki senyum sahaja. "Itu tandanya lagu Zaki menyentuh jiwa orang berkenaan."

"Adik abang memang berbakat."

"Abang long!" Tiba-tiba kedengaran suara Sarah. 

Dia berlari-lari anak menuju ke arah mereka dan terus menarik Arman supaya duduk di sebelah Zaki, kerana dia mahu duduk di sebelah Puspa.

"Kak long! Lepas ehem... Dengan Abang Long, nanti duduk sini kan?"

"Ya. Sarah suka tak?"

Sarah tersenyum-senyum, sambil memeluk pinggang Puspa. "Suka."

"Kenapa suka?" tanya Arman.

"Sebab Sarah tak ada kakak. Kalau Kak Long duduk di sini, hari-hari Sarah boleh manja dengan kakak."

"Kalau hari-hari Sarah nak manja dengan Kak Long, Abang long nak letak di mana?" gurau Arman.

Sarah ketawa terkekeh-kekeh. Dia mencuit Zaki, sambil membuat isyarat mata mengajak Zaki pergi. Zaki bangun dan kedua mereka menuruni buaian.

"Sporting kan adik-adik abang?" kata Arman.

Puspa duduk menggoyang-goyang kaki atas buaian besi untuk empat orang itu. Dia pasti tindakannya betul. Ibu dengan ayah tak perlu risau.

"Betul sayang nak tinggal di sini dengan abang?" soal Arman.

Puspa mengangguk

"Tak menyesal nanti?"

Puspa menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Dah bisu ke?" soal Arman.

Puspa hanya tersenyum. Pipinya jelas sudah kemerah-merahan.

Malu pula peguam ni, bisik hati Arman.

"Dah pukul berapa ni. Abang hantar sayang balik ke pejabat, ya."

"Macam tak suka saja Puspa datang."

Sebuah motosikal memasuki halaman dan terus berhenti di tepi buaian. Penunggangnya memberi salam sambil membuka topi keledar. Dia terus naik ke atas buaian dan duduk di sebelah Arman.

"Masuklah Suhail!" Kedengaran Khadijah melaung dari rumah.

"Tak apalah mak su. Hail nak sembang dengan Arman saja." Matanya kelihatan agak nakal melihat kedua merpati dua sejoli di hadapannya.

"Elok sangat. Puspa pun ada di sini . . . Ini pasal Dzafri."

Arman memandang Puspa, "Kenapa dengan Dzafri?" soal Arman.

Dia tak tahu apa hujung pangkalnya. Puspa pun menceritakan tentang perjumpaan Dzafri dengan ayahnya di pejabat pagi itu.

"Kenapa tak cerita dengan abang tadi?" soal Arman. 

Dia memandang ke dalam mata Puspa, cuba menyelaminya. Fikirnya, Adakah Puspa masih meragui hubungan aku dengan Nora sudah tamat?

"Macam mana nak cerita? Sebut nama Nora, abang serang Puspa pasal Zarif."

"Hoi! Drama apa ni? Cut semua tu. Fokus pada isu." Suhail mencelah, pura-pura garang.

Arman tersenyum simpul.

"Tadi Ezhar dengan Zarif datang. Diorang minta Abang Hail tarik balik laporan polis. Jadi sekarang abang nak tanya kau. Betul kau tak simpan apa-apa dendam dengan budak jahat tu?"

Belum sempat Arman menjawab, Puspa lebih dahulu mempertahankan Dzafri. "Rasanya dia dah insaf."

"Mana Puspa tahu dia insaf?" soal Suhail.

"Dia nampak sangat sedih. Menangis."

"Air mata buaya. Dia menangis sebab bini lari. Bukan insaf." Suhail mengejek.

Sikit pun dia tidak simpati.

Puspa berfikir. Mungkin betul agaknya ahli politik hatinya kering. Di sebalik wajah kacak Suhail, seperti bersarang dendam yang terkumpul. Puspa bimbang jika ciri-ciri itu wujud dalam diri Arman. Maklumlah mereka sepupu.

"Abang Ezhar cerita apa lagi?" soal Puspa, enggan membiarkan kebimbangan terus bersarang dalam hatinya.

"Dia kata Dzafri nak serah diri. Abang Hail pun tak jelas serah diri hal apa."

"Pasal ladang durian kunyit tu. Dia bagi maklumat," jawab Puspa.

"Ohh . . ." Suhail mengangguk berkali-kali.

"Tapi hal ini tak boleh didedahkan kepada Badan Bertindak Kampung dulu. Takut ada pengintip dalam tu," sambung Puspa lagi.

"Kata Ezhar, esok ada lagi meeting dengan Dzafri," kata Suhail.

"Ya. Abang Hail datanglah."

"Memang Abang Hail kena datang. Kau datang ke Arman?" Matanya melirik ke arah Arman yang asyik merenung Puspa. 

Arman sedikit tersentak dengan soalan Suhail.

"Meeting tu untuk peguam-peguam saja. Arman tiada kaitan."

"Geli Abang Hail tengok korang berdua berkepit ni." Suhail mengusik.

"Mana ada berkepit . . . Tadi Zaki dengan Sarah pun ada."

"Yelah . . . Yelah."

"Macam Abang Hail tak pernah bercinta," protes Arman.

"Abang Hail memang tak bercinta-cinta. Abang Hail tengok isteri abang tu hari-hari tunggu bas nak pergi mengajar di sekolah, abang berkenan. Terus Abang Hail minta mak abang merisik. The rest is history."

"Macam cerita tipu saja," kata Arman.

"Betul ke?" soal Puspa.

Suhail ketawa terbahak-bahak.

"Sayang percaya cerita dia tu . . . Bercinta bagai nak rak."

Puspa ketawa, dituruti Suhail dan Arman.

"Abang Hail ni, nampak saja garang. Tapi romantik habis . . . Bila gaduh dengan Kak Amirah, minta bunga daripada Umi. Kasihan orkid Umi. Gondol."

"Eh? Garang ke abang?" tanya Suhail sambil mengurut-urut dagu yang ditumbuhi jambang pendek. "Abang Hail ingat abang ni handsome saja."

Riuh pecah tawa mereka. Suhail, Ketua Pemuda yang bijak berucap berapi-api dan 'hati kering' itu memang sangat berbeza tingkah lakunya apabila bersama keluarga.

"Sebenarnya, kami baru nak gerak hantar Puspa balik ke Ipoh. Tadi kami beli barang, lepas tu hantar ke sini. Ada yang nak bawa balik ke rumah Puspa."

Kening Suhail berkerut. "Barang?"

"Oh . . . Abang Hail tak tahu lagi? Kami nak bertunang minggu depan," jawab Arman.

"Oooo! Patutlah. Tahniah! Elok sangat. Cepat nikah."

Arman senyum. "Doakan kami bang."

"Abang doakan Allah S.W.T. permudahkan segala urusan korang."

"Amin!"

Bayang-bayang selepas hujan,
Dipanah mentari di celah awan;
Jangan dilayan hati nan rawan,
Teguhkan semangat genggam harapan.

Buat Puspa, dia tidak akan mengalah.

*****

🎼🎼🎼

*Ini lirik lagu Zaki. Masih amatur.*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro