07
R E V E N G E , N O T L O V E
•••
| SEVEN : The Second Act, I'm Seoyeon |
•••
YISEUL terkulat-kulat memandang Jungkook yang mencerlung tajam ke arahnya. Dia cuba merentap tangannya dari pegangan kemas Jungkook namun tak berhasil.
"Lepaslah, Jungkook! Sakit tangan saya!" Yiseul mula merengek apabila Jungkook mengeratkan genggaman. Mahu berbekas dibuatnya nanti. Dahinya berkerut menahan kesakitan pada pergelangan tangan kanannya.
"Jawab soalan aku tadi, and I'll let you go." Jungkook masih berkeras walaupun pandangan matanya lebih redup dari tadi. Hampir kasihan melihat Yiseul. Hampir.
"Eh, saya tak tahu! Saya tak nak tahu pun," jawab Yiseul takut-takut. Dia memang terdengar perbualan tadi, tapi sedikit pun dia tak faham. Apa? Ada orang cuba jejak dia, itu Yiseul pasti. Tapi siapa GOT7? Dengar macam bahaya saja, sama seperti The Bangtan.
"Aku tangkap lagi kau curi-curi dengar, siap kau aku kerjakan." Jungkook memberi amaran, sedikit keras. Siap dengan isyarat membunuh menggunakan tangan yang dilalukan ke leher. Yiseul berdecit sebaik saja Jungkook melepaskan tangannya.
"Huh, tak baik betul. Sakit tangan aku dibuatnya. Hmm, rindu oppa..." Yiseul mengusap tangannya yang sedikit kemerahan sambil merengek memanggil abangnya. Makin rindu dibuatnya kerana setiap kali Yiseul kesakitan, memang Jinyoung yang akan ada dengannya. Sekarang, dia bersendirian pula.
•••
"Aku tak kira, Yeongwon. Perjanjian kita dibatalkan. Aku tak akan tolong kau menang pilihan raya tu," Tuan Park bersuara kuat, geram dengan Tuan Bae yang masih tidak berputus asa untuk mendesaknya meneruskan perjanjian.
"Maaflah, aku sendiri belum jumpa Yiseul. Aku janji, sebaik saja Yiseul kembali ke pangkuan keluarga kami, dia akan dikahwinkan dengan anak kau. Tolonglah, aku tak akan sia-siakan peluang kalau kau bagi." Tuan Bae masih belum berhenti memujuk. Tuan Park menghela nafas berat dan mengerling seketika ke arah anaknya, Jihoon.
"Jihoon... setuju ke? Kamu masih nak kahwin dengan Yiseul?"
Jihoon diam sejenak, membiarkan ruang pejabat itu dilanda sepi. Dalam hati, Jihoon masih meletakkan harapan untuk memperisterikan Yiseul. Dia memang ikhlas sayangkan gadis itu cuma perasaannya bertepuk sebelah tangan.
"Saya memang nak kahwin dengan Yiseul, appa. Saya betul-betul sukakan dia," jawab Jihoon setelah berfikir panjang. Dia tekad untuk mengahwini gadis itu walau apa pun.
"Tengok? Jihoon pun memang berhajat nak kahwin dengan anak saya. Kita teruskan sajalah perjanjian ni. Tak lama lagi pasti kita akan jumpa dia. Saya ada banyak kabel, cuma belum upah mereka untuk cari dia saja lagi." Panjang lebar Tuan Bae menguatkan hujahnya untuk meyakinkan lagi Tuan Park. Jawapan Jihoon tadi sudah cukup bagus kerana Tuan Bae tahu yang Tuan Park akan memenuhi permintaan anak lelakinya itu.
"Kalau macam tu, ada syarat. Dua bulan. Selepas dua bulan dan kalau kau masih belum berjaya jumpa Yiseul, kita akan batalkan segalanya. Lagipun pilihan raya lebih kurang tiga bulan saja lagi," Tuan Park meletakkan syarat tanpa teragak-agak.
"Tapi, appa—" Jihoon baru ingin menyampuk namun Tuan Park lebih cekap menjelingnya.
"Kalau tak jumpa dia, appa akan carikan calon yang lain untuk kamu. Sudah, mari kita balik. Ingat Yeongwon, dua bulan saja." Itulah kata terakhir daripada Tuan Park sebelum dia dan Jihoon keluar dari bilik pejabat Tuan Bae.
Tuan Bae hanya menghantar kepergian dua beranak itu dengan pandangan matanya yang tajam. Dia menggapai telefon bimbitnya di atas meja dan mendail nombor seseorang.
"Arahkan semua yang kita upah untuk cari Yiseul agar tak bertangguh lagi. Kalau kita dapat jumpa dia dalam masa dua bulan, aku akan bagi upah dua kali ganda."
Panggilan dimatikan. Tuan Bae bangun dari kerusi apabila terasa punggungnya kematu. Dia menapak ke arah tingkap yang memaparkan pemandangan dari tingkat 10 bangunan Young One Holdings.
"Ke mana agaknya kamu, Yiseul?"
•••
"Siap cepat. Kejap lagi kau kena ikut aku," arah Jungkook selamba sebaik saja sepasang pakaian dicampak ke atas katil yang menempatkan Yiseul yang terlentang bosan. Yiseul mendengus geram apabila pakaian tadi hampir terkena mukanya. Nak baling pun elok-eloklah!
"Pergi mana pula?!"
"Adalah. Cepat! Sepuluh minit saja, kalau tak..." Jungkook menghentikan ayat apabila Yiseul mula bangun dari duduk dengan muka terpaksa. Dia menggawangkan tangan sedikit, menyuruh Jungkook keluar. Jungkook menurut, memberi privasi untuk gadis itu menyalin pakaian.
"Sepuluh minit, kalau pakai make up tak apalah juga. Kalau setakat tukar baju, baik dia bagi dua minit saja! Ish. Lipstik pun tak ada, jadi mayat hidup sajalah Seul..." Yiseul mengomel sendirian sambil menukar pakaiannya. Dia menatap pantulan dirinya di cermin bilik air. Huh! Terasa alat soleknya memanggil-manggil akibat muka 'telanjang'nya saat ini.
Selesai, Yiseul melangkah keluar dari bilik, masih dengan muka malasnya. Jungkook sedia berdiri di luar sambil menatap skrin telefon bimbitnya. Sebaik saja ternampak kelibat Yiseul yang sudah bersiap, dia menutup telefon dan menyelusup masuk ke dalam poket seluarnya.
Tanpa berkata apa-apa, Yiseul pun mengekori langkah Jungkook turun ke tingkat bawah. Dilihat tiada sesiapa di situ, Yiseul menyimpulkan mereka semua yang menghuni rumah itu sedang berehat di kamar masing-masing. Dah masuk jam 11 malam sudah pun. Jungkook saja yang gila mahu keluar lagi selewat ini. Tanpa disedari Jungkook, Yiseul menjelingnya dari belakang.
Jungkook tiba-tiba berhenti melangkah. Dia menoleh ke belakang memandang Yiseul yang jelas tersentak, bimbang Jungkook tahu perbuatannya tadi.
"Aku ada tertinggal something. Tunggu kejap," kata Jungkook sebelum terus meninggalkan Yiseul, menuju ke arah bertentangan untuk mengambil benda yang tertinggal itu. Yiseul terpinga-pinga seketika. Dia menghela nafas lega apabila Jungkook bukan berhenti kerana dia menjeling dari belakang.
Risau juga kalau lelaki itu ada mata ketiga di belakang.
Hampir seminit Yiseul menunggu, Jungkook muncul semula. Mereka menaiki kereta bersama-sama. Jungkook mula memandu manakala Yiseul menguap beberapa kali akibat mengantuk.
"Jungkook, awak memang selalu keluar malam-malam ke? Kenapa tak keluar siang je? Malam kan waktu untuk tidur?" Sengaja Yiseul memulakan perbualan, mahu mengelak daripada tertidur di dalam kereta.
Jungkook diam sahaja, sedikit pun tidak berminat untuk menjawab. Yiseul mencebik, rasa macam bercakap dengan patung pula. Yiseul pun diam, tidak mahu memalukan diri kerana bercakap sendirian.
Tidak dapat menahan mengantuk, Yiseul menekan punat on pada radio. Terus bergema kereta itu dengan lagu yang terpasang iaitu 'I Can't Stop Me' daripada Twice. Jungkook yang terganggu cepat sahaja mematikan semula radio.
"Duduk diam-diamlah! Siapa benarkan kau sentuh-sentuh semua benda dalam ni?" marah Jungkook dengan nada perlahan. Yiseul bersandar dengan bibir terherot.
"Habis tu, bontot saya ni awak tak marah pulak sentuh kusyen kereta awak ni?" Yiseul menjawab berani. Jungkook berdecit. Kalau tak menjawab bukan Yiseul namanya.
"Diam jelah, Yiseul. Aku tak nak bazir tenaga marah-marah kau. Bukan kau dengar, menjawab je tahu," bebel Jungkook kemudiannya. Yiseul menurut, mendiamkan diri, tidak mahu menyimbah minyak ke arah api yang boleh marak bila-bila masa saja.
Sedar tidak sedar, mereka tiba di sebuah tempat. Yiseul memandang sekeliling yang gelap kecuali satu tempat saja yang masih bercahaya di situ, yakni kelab malam. Nampak mewah dari yang sebelum ini dia dan Jungkook pergi. Apa agaknya Jungkook nak buat di sini?
"Awak nak edar dadah lagi ke Jungkook?" tanya Yiseul, menerima balasan dengusan dari Jungkook.
"Jangan sebut benda tulah. Tak elok keluar dari mulut budak-budak macam kau," kata Jungkook sebelum dia memegang hujung lengan baju Yiseul dan mereka sama-sama melangkah masuk ke kelab malam itu.
"Macamlah bila awak buat benda tu, jadi elok sebab awak dah dewasa," balas Yiseul sinis. Jungkook menjelingnya saja tanpa menjawab.
Yiseul melilaukan pandangan matanya ke sekeliling. Kelab malam ini tampak lebih mewah dan pasti semua pengunjung kelab malam itu kaya-raya. Mereka semua kelihatan classy dan suasana di dalam itu juga lebih teratur, lebih sopan dan bukanlah lepas laku macam kelab malam yang pertama dijejaki Yiseul.
"Hoi. Tengok apa?" Jungkook menegur Yiseul yang nampak ralit memerhati sekeliling. Gadis ini memang seorang yang suka menganalisis semua benda, Jungkook dapat menyimpulkan sejak tiga hari mereka bertemu.
"Hah? Tak ada apa." Yiseul tersengih malu dan Jungkook sekadar menggelengkan kepala. Mereka berjalan ke arah bar dan mengambil tempat di situ.
"Nak minum apa, tuan?" tanya pelayan yang bertugas itu dengan sopan. Jungkook memesan segelas wain yang sederhana takat alkoholnya.
"Err... teman wanita tuan?" Pelayan itu kelihatan teragak-agak namun bertanya jua. Baru saja Yiseul ingin menidakkan pernyataan 'teman wanita' itu, Jungkook terlebih dahulu menyampuk, "Bagi dia apa-apa saja yang tak ada alkohol."
"Listen. Hari ni kau berlakon jadi girlfriend aku. Aku ada bet dengan owner kelab ni, dia akan bagi aku satu per tiga daripada income kelab ni setiap bulan kalau betul aku ada girlfriend. Untung kelab ni sebulan, huh, lebih dari sejuta won agaknya. Jadi kau kena tolong aku," Jungkook bersuara tenang manakala Yiseul membulatkan mata.
"Taknaklah! Kenapa awak tak bawa Anna unnie je? Dia kan betul-betul girlfriend awak?" bantah Yiseul sambil menggeleng kepala berkali-kali. Idea gila lagi! Tak ada agaknya 'kerja' elok sikit untuk dia bagi Yiseul.
"Anna tak boleh tolong aku. Dia takkan jejak kelab malam pun."
"What? Seriuslah? Anna unnie yang baik tu malang betul dapat boyfriend macam awak."
Pedas, namun Jungkook mengendahkan sahaja. Kebetulan, saat itu minuman mereka berdua tiba. Yiseul kelihatan ceria melihat minumannya iaitu jus oren. Dia terus menyisip jus orennya dengan straw, menghilangkan dahaga.
Jungkook pula meneguk wainnya sekali gus. Yiseul ternganga sedikit melihatnya, pertama kali dia lihat di depan matanya sendiri seseorang buat begitu. Bukankah alkohol sangat kuat? Macam mana Jungkook boleh telan semuanya begitu saja?
"Nanti, jangan beritahu kawan aku tu nama sebenar kau. Rekalah nama sendiri, asalkan jangan dedahkan nama sebenar. Apa-apa pun dia tanya, jangan beritahu benda sebenar. Reka je semuanya. Kalau dia tanya kau siapa, make sure you say you're my girlfriend."
"Jungkook! Saya kata saya tak nak kan?!" Yiseul masih cuba membantah permintaan Jungkook itu. Tak suka betul nak kena berlakon ni! Cukuplah dia jadi penggoda Chanyeol hari tu. Nak berlakon jadi teman wanita Jungkook pula? Alahai...
"Just, do it. Tak susah pun kan?"
Baru Yiseul ingin menjawab, mereka dihampiri seseorang.
"Jungkook-ah! Lama tak jumpa kau. Rindu aku ke, bro?"
Jungkook dan Yiseul sama-sama menoleh ke arah pemilik suara itu. Yiseul dalam hati sudah memuji kekacakan lelaki itu. Ya Tuhan, Jungkook punya kawan semuanya kacak-kacak! Macam Jungkook. Eh?! Yiseul termalu sendiri. Mukanya kemerahan, nasib baik Jungkook leka memandang lelaki tadi.
"Siapa ni?" tanya lelaki itu, dia menghadiahkan senyuman kepada Yiseul. Yiseul mengerling ke arah Jungkook, namun Jungkook tidak berkata apa-apa. Hanya pandangan mata memaksa Yiseul memperkenalkan diri.
"Seo—seoyeon. Girlfriend Jungkook," kata Yiseul, dipetik saja nama yang terlintas di fikirannya. Dia berjabat tangan dengan lelaki itu sementara Jungkook tersenyum puas.
"Aku ingat kau tipu aku bila kau kata kau ada girlfriend. But, it turns out you're right. Anyway, she's pretty. Saya Jaehyun, kawan Jungkook. Nampak muda lagi, how old are you Seoyeon?"
"La—dua puluh. Tahun ni, dua puluh. Hehe," balas Yiseul gelabah namun cekap dia sembunyikan dengan senyuman manisnya. Jungkook tersenyum paksa, dalam hatinya sudah mencarut sedikit apabila Yiseul hampir terlepas cakap umur sebenarnya.
"Oh, ingatkan minor. Baguslah tu, takkan Jungkook ada taste dengan budak sekolah kan?" Jaehyun tergelak dan Jungkook pula tersengih.
"Right. Anyway, aku dah buktikan bet kita hari tu. So, deal tu masih berjalan kan?" Jungkook masuk ke topik asal, niat sebenarnya ke situ. Jaehyun menjilat bibirnya dengan sengihan.
"Of course. I don't break any deals. Tapi, kau kena buktikan lah."
"Maksud kau?"
Jaehyun tersengih penuh makna. "Kiss her. Right in front of me."
to be continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro