06
R E V E N G E , N O T L O V E
•••
| SIX : She Overheard About Got7 |
•••
SEHARI berlalu dengan begitu pantas, sekurang-kurangnya itulah apa yang dirasakan Yiseul. Sekarang, jam sudah menunjukkan pukul 10 malam dan dia berada di hadapan pintu bilik Jungkook.
Mengapa? Petang tadi Yiseul ada bertanya kepada Jimin, bolehkah dia hadir ke sekolah seperti biasa?
Namun, bukan Jimin yang layak menjawab soalan itu, tapi Jungkook. Jimin berkata bahawa semuanya terpulang pada keputusan Jungkook.
Maka di sinilah Yiseul, hampir dua minit tercongok di situ, masih teragak-agak untuk mengetuk pintu bilik yang terkatup rapat itu.
Sedang Yiseul memikirkan ayat sesuai untuk mengajukan soalan pada Jungkook, tiba-tiba pintu bilik itu terbuka.
"Opocot!" latah Yiseul, hampir tersadung kaki sendiri apabila dia berundur. Terkejut bukan kepalang melihat Jungkook yang mungkin baru lepas mandi itu.
Jungkook mengerutkan dahi, hairan melihat kewujudan gadis itu di situ. Rambutnya yang masih menitik dengan air yang belum kering sepenuhnya diseka ke belakang, membiarkan retina matanya lebih jelas memandang Yiseul.
"Apa kau buat kat sini?"
Yiseul tersengih seketika, memaparkan barisan giginya yang terbentuk cantik itu kepada Jungkook. Lelaki itu merengus perlahan, menunggu Yiseul menjawab.
"Boleh saya buat satu permintaan?"
Saat bertanyakan soalan itu, mata Yiseul dikedipkan beberapa kali, membuatkan kerutan di dahi Jungkook semakin bertambah.
"Okey, kau tak perlu buat muka macam tu. Tak comel langsung," kata Jungkook dengan nada keras, membuatkan Yiseul mencebik. Dia pun memaparkan riak muka biasa, sedikit manis. Tidak dingin seperti selalu. Yalah, nak minta sesuatu kenalah baik-baik kan?
"Jawablah soalan saya tadi. Boleh ke tak?" Yiseul bertanya sekali lagi. Dia mula menayangkan wajah bosan, tidak merancang pula untuk bersua muka dengan Jungkook lama-lama.
Cukup sekadar tanya dan mendapat jawapan. Bukannya dia nak hadap wajah kacak Jungkook lama-lama.
Eh?
"Bergantung pada permintaan kau tu." Jungkook tidak mudah memberi kata putus, bimbang kalau Yiseul minta yang bukan-bukan.
"Oh? Err..." Yiseul jadi teragak-agak pula dibuatnya. Takut Jungkook marah dengan permintaannya.
'Masuk akal ke tak eh aku nak minta dia bagi aku pergi sekolah?' fikir Yiseul sendirian dalam mindanya. Pandangan matanya jatuh ke atas lantai, tidak lagi membalas pandangan mata coklat cerah Jungkook.
"Cepatlah cakap. Fikir apa lagi tu?" Jungkook yang sudah tidak dapat menahan sabar mula mengeluarkan suara. Dia menggulingkan mata, terasa sedikit menyampah dengan Yiseul.
"Oh, tak. Saya nak tanya, boleh ke kalau saya nak pergi sekolah? Yalah, saya masih perlu belajar, you know what I mean... Saya kan masih belajar lagi..." ujar Yiseul perlahan. Matanya masih dipakukan ke lantai.
Jungkook berdecit seketika sebelum tergelak kecil. Dia menghampiri Yiseul yang jaraknya dua meter darinya, menghapuskan jarak itu. Jari telunjuknya diletakkan pada dagu gadis itu, mengangkat wajahnya sehinggalah mata Yiseul menatap matanya.
"Kau tahu tak apa yang kau sedang pintakan ni, budak?"
Yiseul mengetap bibirnya. Berbakul-bakul carutan dilemparkan pada diri sendiri dalam hati.
'Bae Yiseul bodoh! Dah tentulah dia tak bagi!' teriaknya sendiri dalam hati.
"Err... okey, okey. Saya tarik balik permintaan tu. It was my bad to ask you something this stupid," kata Yiseul dengan nada rendah, mengakui salahnya. Jungkook berdecit lagi dengan sengihan sinis.
"Bagus. Nampaknya aku tak perlu cakap yang kau bodoh, sebab kau sendiri dah mengaku." Jungkook tanpa rasa bersalah terus mengatur langkah pergi, melangkah ke arah tangga untuk turun ke bawah.
"Hei! Kurang ajar!" marah Yiseul apabila mendengar Jungkook terang-terang katakan dia bodoh tadi. Ya, memanglah dia budak tak habis sekolah lagi, tapi tak bermakna Jungkook boleh panggil dia bodoh sesuka hati!
"Terima kasih," ucap Jungkook sinis, sedikit pun tidak endahkan kemarahan Yiseul. Dia pun meninggalkan ruangan itu dengan segera.
"Aku nak sekolah jugalah, gila! Boleh bodoh aku jadinya kalau tak pergi sekolah lama-lama!" bentak Yiseul di situ walaupun tiada sesiapa mendengarnya.
•••
"KAU keluar lagi malam ni?" tanya Taehyung saat melihat Jungkook yang sedang menyarung jaket kulit kegemarannya. Jungkook berkalih, menayangkan muka dingin seperti biasa.
"Haah, kenapa? Kau nak ikut?" Jungkook bertanya dengan malas. Memang malam ini dia merancang untuk pergi ke sebuah kelab malam untuk menguruskan bisnesnya. Tapi, hari ini dia tak perlukan Yiseul.
"Taklah, tanya je." Taehyung tersengih sedikit. Dia menoleh semula ke arah televisyen yang sedang memaparkan siaran kartun.
Janganlah tanya kenapa, cerita kartun saja yang menarik perhatian kalau malam-malam macam ni!
"Hyung, tolong tengokkan Yiseul tu. Jangan bagi dia terlepas pula." Arahan Jungkook itu dibalas oleh decitan yang keluar dari bibir Taehyung. Dia sekali lagi menoleh ke arah Jungkook.
"Budak macam dia tu, nak terlepas pun aku tak yakin. Tak payah tengok pun dia elok saja dalam rumah ni," balas Taehyung dengan selamba.
"Ya, tapi baru tadi dia minta pergi sekolah. Takut kalau aku tak ada ni, dia minta balik rumah dekat orang lain pulak."
"Dia minta pergi sekolah? Seriuslah?" soal Taehyung, sedikit tidak percaya dengan kata-kata Jungkook tadi.
Jungkook membalas dengan anggukan. "Dia kata dia nak belajar. Aku katalah tak boleh. Gila ke nak bagi dia pergi? Ada abang dia dekat sekolah tu."
Taehyung termangu seketika namun akhirnya faham. "Habis? Kau nak biar je study dia tertangguh? Tak apa ke?"
Jungkook menggulingkan mata. Terasa serabut pula bila bersembang lama-lama dengan si Taehyung ini. Banyak tanya!
"Biar sajalah! Pasal study dia, buat apa kita kena kesah? Tolong ingat balik apa sebab aku bawa dia datang sini," ujar Jungkook dengan tegas. Matanya terbias kedinginan.
Taehyung menggumam sahaja. Jungkook yang telah berlalu selepas menuturkan ayat itu dibiarkan. Tak mahu memancing kemarahan lelaki itu lagi.
Jungkook pun keluar dari rumah itu, menaiki kereta berjenama Mercedes yang baru dibelinya bulan lepas. Bawa pun baru dua kali saja. Dia memandu ke kelab malam yang terletak sedikit jauh dari rumah itu.
"Tuan Jeon, selamat datang!" ucap seorang pelayan di kelab malam itu yang memang mengenali Jungkook. Jungkook senyum tipis sahaja sebagai balasan, langkah kakinya dibawa ke arah bar di kelab malam itu.
Sebaik saja melabuhkan punggung di sebuah kerusi yang terletak di hujung bar itu, Jungkook membuat pesanan. Alkohol yang digemarinya, champagne.
"Wow, look what we have here! Jeon master!"
Suara seorang lelaki menjerit nyaring di suasana kelab malam yang bising dengan bunyi lagu yang terpasang kuat menyentakkan Jungkook. Dia berpaling, melihat lelaki itu dengan tidak berminat.
Kim Yugyeom, manusia paling menjengkelkan bagi Jungkook. Entah mengapa mereka bertembung hari ini, buat Jungkook hampir naik angin melihat Yugyeom yang tersengih-sengih itu.
Yugyeom tanpa segan silu mengambil tempat di sebelah Jungkook, turut memesan minuman yang sama Jungkook pesan tadi. Jungkook meneguk champagne nya laju, cuba meredakan perasaan jengkel terhadap lelaki itu.
"Rileks, Jeon. Apahal kau nampak serabut sangat ni?" Yugyeom menyoal melihat aksi Jungkook yang kelihatan serba tidak kena itu. Mukanya merah, dah macam tomato.
"Shut up. Aku rasa kau tahu kenapa." Jungkook masih dengan muka ketatnya, menyelak rambutnya ke belakang ganas.
"Kenapa? Sebab kau tak suka aku?" tanya Yugyeom lagi sebelum dia terkekeh ketawa. Jungkook menghela nafas panjang, menahan sabar agar tidak menghadiahkan sebuah tumbukan pada wajah Yugyeom saat itu juga.
"Lebih baik kau berambus dari sini atau aku bunuh kau, Yugyeom." Jungkook memberi amaran dengan nada tegas. Yugyeom ketawa sekali lagi.
"Hei, relakslah. Aku datang sini bukan saja-saja tau, tapi aku ada benda penting nak beritahu kau." Yugyeom akhirnya menjelaskan mengapa dia ke situ dan err... mengacau Jungkook.
"Apa dia?" tanya Jungkook, tidak mahu melengahkan masa lagi. Entah betul atau tidak pernyataan Yugyeom tadi tu, harap saja anggota kumpulan mafia tapi suka sangat main-main!
"Geng aku, dapat projek baru. And guess what, Bae Youngwon yang hantar projek tu pada kami."
Mata Jungkook membulat, terkejut mendengar pemberitahuan itu. "Serius?"
Yugyeom mengangguk sebelum menyambung, "Projek pencarian anak perempuan dia yang hilang hari tu. Nampaknya Bae Youngwon dah berputus asa dengan carian daripada pihak polis dan mencemar duli gunakan khidmat geng mafia aku."
Jungkook terdiam sekejap, memikirkan ayat yang sesuai untuk membalas. Dia takkan mengaku yang dialah yang culik Yiseul pada Yugyeom. Walaupun mereka boleh dikatakan berkawan, namun kumpulan mafia masing-masing merupakan musuh.
Namun semua ini seakan-akan memberi manfaat padanya. Yugyeom secara tidak sengaja telah membuatkan proses pencarian Yiseul semakin sukar kerana memberitahu kepada musuhnya sendiri!
"Habis tu, geng kau dah mula ke? Ada dapat apa-apa hint tentang budak perempuan tu?" soal Jungkook, berhati-hati supaya tidak kelihatan mencurigakan.
"Aku tak tahu sangat, sebab bukan aku yang uruskan bahagian tracking. Tapi, macam belum ada hasil je. Semua benda tak available for tracking. Mesti penculik tu buat kerja clean. Bukan amatur, sebaliknya sangat profesional."
Jungkook sembunyi senyum yang semakin menguntum. Wah, diam-diam kena puji macam ini, siapa saja yang tak suka?
"Oh, good luck untuk projek kau tu," ucap Jungkook masih dengan lakonannya tadi. Sangat profesional bak kata Yugyeom bukan?
"Ah, terima kasihlah. Sekarang, tak marah dah kan?" tanya Yugyeom, sedikit senyuman kecil terbit di bibirnya dan Jungkook berdecit.
"Tak, tapi kau kena belanja aku minum!"
•••
"AKU dah dapat tahu siapa yang cuba jejak Yiseul."
Mata Taehyung dan Jimin yang ada di ruang tamu pada pukul 2 pagi itu membulat. Jungkook yang baru saja menyebut hal itu dipandang oleh mereka berdua.
"Siapa?!"
"Got7. Yugyeom tanpa sedar beritahu aku pasal projek baru geng mereka tu," sambung Jungkook lagi, menyampaikan info yang baru diketahuinya itu.
"Wah. Nampaknya kita kena berhati-hati dengan mereka." Taehyung berasa begitu kerana sejujurnya kumpulan mafia Got7 itu tidak kurang hebatnya dari mereka. Semua ahlinya licik dan bukan calang-calang orang yang dapat menyertai kumpulan itu.
“Nothing to worry about. Yugyeom sendiri yang kata tak ada apa-apa maklumat yang mereka dapat, semuanya masih tiada hasil. Aku rasa kita dah buat kerja yang bagus,” Jungkook dengan bangganya berkata. Memang tak dinafikan yang mereka sangat profesional.
"Tak boleh terlalu yakin, Kook. Bila-bila masa mereka boleh jejak Yiseul, kelak kau yang merana."
Jungkook mencerlung tajam ke arah Jimin yang nampak serius itu. Berani sungguh lelaki itu menaikkan api kemarahannya.
"Aku tahu, but as long as there's no traitor, aku rasa Yiseul takkan dapat dijejak. Melainkan ada yang tikam belakang aku," perli Jungkook, entah ditujukan kepada siapa.
Jimin terdiam. Bukannya dia bermaksud hendak menjadi pengkhianat, cuma dia rasa Jungkook terlalu bongkak dengan kehebatannya. Takut juga kalau Yiseul dapat dijumpai, pasti Jungkook akan mengamuk besar.
"Janganlah fikir bukan-bukan! Tak ada apalah, kami semua takkan khianati kau, Jungkook. Dah lama kau kenal kami, takkan kami nak buat begitu pada kau kan?" Taehyung mencelah, melonggarkan ketegangan yang semakin memuncak di situ.
Jungkook mendengus sebelum berlalu dari situ, menuju ke biliknya di tingkat atas. Di anak tangga, dia terserempak dengan Yiseul yang nampak terkejut.
Jungkook merentap tangan Yiseul yang cuba melarikan diri darinya sebaik saja mereka bertentang mata. Mata dingin Jungkook merenung mata berair Yiseul dalam-dalam.
"Kau curi-curi dengar perbualan aku dengan Taehyung dan Jimin tadi?"
•••
happy new year mates ♥️♥️
anyway, wisya ingat nak hiatus sekejap fanfic ni. entahlah sampai bila 'sekejap' tu, tapi rasanya sampai mood dan idea tu datang balik. dah dua minggu wisya kena writer block untuk cerita ni, jadi sila tunggu ya? :(
sementara tu wisya akan focus dekat fanfic baru dan fanfic single father. if berminat nak baca, boleh visit profile wisya ya?
bye, see you when i see you.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro