Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

05

R E V E N G E ,  N O T  L O V E

•••

| FIVE : The News |

•••

YISEUL terjaga apabila menyedari hari sudah siang. Dia terpisat-pisat dan mengeluh apabila teringat ini bukan biliknya. Jam dinding pun tidak ada di situ, jadi Yiseul sukar untuk mengenal pasti sekarang ini jam berapa.

       Yiseul bangun dan menggeliat, seperti yang selalu dilakukannya. Dia terpandang beberapa pakaian yang dilipat kemas di atas meja, teringat apa yang Jungkook katakan semalam. Ada juga tuala di situ.

      "Baik aku mandi dulu," bisik Yiseul lantas dia mengambil sehelai sweatshirt dan sehelai seluar pendek untuk dikenakan bersama. Dia masuk ke dalam bilik air dan mengeluh lega apabila melihat kelengkapan mandian cukup di situ.

       Yiseul keluar semula dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala. Dia merungut sedikit kerana tiada pengering rambut di dalam bilik itu.

      "Bersyukur jelah, Yiseul. Nasib baik kau ada banyak getah dan pin rambut dari semalam," ujar Yiseul kepada diri sendiri. Dia menyusun semuanya di atas meja dan tergelak kecil mengenangkan majlis perkahwinan yang pastinya huru hara.

       Tok! Tok!

       Bunyi pintu ditolak dari luar setelah diketuk membuatkan Yiseul berpaling. Seorang lelaki muncul di situ, iaitu Hoseok.

      "Yiseul! Dah mandi? Marilah turun, kita sarapan sama-sama," ajak Hoseok dengan nada ceria. Yiseul mengangguk setuju, lagipun dia agak kelaparan kerana tidak makan sejak petang semalam.

      Sebuah getah rambut Yiseul ambil dan sarungkan ke tangan kanannya. Memang begitu kebiasaannya, mudah jika dia ingin mengikat rambut tiba-tiba.

      Turun saja ke bawah, seisi ruang tamu penuh dengan suara Taehyung dan Jimin yang sedang bermain Overwatch melalui televisyen. Yiseul duduk di sofa dan melihat saja mereka bermain dengan diam.

      "Yiseul, hai. Saya Seokjin," kata seorang lelaki yang muncul dari dapur dengan apron tersarung di tubuhnya. Mungkin dia sedang memasak.

      "Hai." Yiseul tersenyum memandangkan lelaki itu nampak baik juga, macam Hoseok.

      "Duduklah dulu, sarapan belum siap. Tapi kalau bosan, minta je Jimin dan Taehyung buka TV macam biasa. Pagi-pagi dah bising dengan Overwatch," kata Seokjin lalu dia menjeling dua orang lelaki yang terjerit-jerit sambil melawan sesama sendiri.

      "Heheh, tak adalah. Seul okay je duduk sini tengok mereka main sama-sama." Yiseul senyum sebelum Seokjin mengusap rambutnya dan berlalu ke dapur semula.

      Jimin dan Taehyung mengingatkan dia kepada Jinyoung. Dia selalu juga bermain Overwatch dengan abangnya itu.

       Dalam beberapa minit, Yiseul termenung. Dia rindukan abangnya itu. Memang dia selalu menolak dan merungut apabila Jinyoung memanjakannya, namun sekarang dia merindui semua itu.

        "Yiseul? Marilah makan, Seokjin oppa dah panggil tadi."

        Yiseul mengangkat kepala sebaik saja mendengar suara lembut itu memanggil namanya. Anna sedang berdiri dan tersenyum padanya.

        "Oh, yalah," balas Yiseul lantas dia tersenyum kekok apabila lengannya dipaut oleh Anna dengan mesra. Mereka beriringan ke meja makan.

        "Baguslah kalau Yiseul muat seluar tu. Itu unnie punya, sebab Jungkook minta pinjamkan pada awak."

        Yiseul mengangkat kening, pelik dengan pernyataan Anna tadi. "Un—unnie punya?"

        "Ya! Yiseul pinjamlah dulu ya? Nanti unnie minta Jungkook belikan baju untuk Yiseul, sebab nampak besar pula baju dia tu pada awak."

        Yiseul membulatkan mata. Baju ni, baju Jungkook? Lelaki dingin tu? Huh, lepas ni lebih baik dia pinjam baju Taehyung, tak pun Jimin dan Hoseok ke? Mereka semua nampak lebih baik dari Jungkook!

        "Dahlah, duduk sini. Unnie nak tolong Seokjin oppa kejap," kata Anna lantas dia menolak perlahan tubuh Yiseul duduk di sebuah kerusi di situ sebelum dia berlalu ke arah dapur.

        Yiseul hanya menurut saja. Dia melilau ke sekeliling, mencari kelibat Jungkook yang tak muncul dari tadi. Pergi mana agaknya?

        "Nah, makanlah kenyang-kenyang." Anna meletakkan sepinggan telur gulung yang dihidang bersama salad campur. Err, sihat sungguh hidangan di rumah kumpulan mafia ini ya?

         "Terima kasih. Jal meogesseubnida.." ucap Yiseul sopan sebelum dia mencapai sebuah garpu dan sudu untuk menikmati makanan tersebut.

          Sambil makan, Yiseul hanya mendiamkan diri dan membiarkan yang lain berbual. Semua yang ada di meja makan itu sudah dikenalinya, dan mereka nampak tak berbahaya langsung.

          Sehingga membuatkan dia tertanya-tanya, benarkah mereka sekumpulan mafia? Semuanya nampak baik saja?

         "Nak tambah lagi, Yiseul?" tanya Anna tiba-tiba, wajahnya dihiasi dengan senyuman manis. Yiseul menggeleng tanda tidak mahu.

         "Tak apa, unnie. Saya dah kenyang," jawab Yiseul dengan suara lembut. Perutnya bukan jenis yang makan banyak sewaktu sarapan.

         Yiseul bangun dan meminta diri dari situ. Dia mengambil tempat di sofa yang berada di ruang tamu. Alat kawalan jauh televisyen diambil dan dia menukar-nukar siaran, mencari rancangan yang sesuai dengan citarasanya.

       "Terkini, anak perempuan kepada ahli politik terkenal, Bae Youngwon iaitu Bae Yiseul didakwa hilang sejak petang semalam. Gadis tersebut dikatakan menghilangkan diri ketika—"

       Pap!

       Televisyen itu terus ditutup. Yiseul mengangkat muka, melihat wajah Jungkook yang sudah berubah itu. Alat kawalan jauh tadi telah dirampas darinya dan kini berada di tangan Jungkook.

       "Aku tak nak kau tengok berita! Apa-apa jadi pun, kau tak perlu tahu!" kata Jungkook dengan tegas. Yiseul terkebil-kebil melihat Jungkook yang tiba-tiba muncul dan terus memarahinya.

        "Kenapa ni?" tanya Taehyung yang baru tiba, dia memaut bahu Jungkook selamba sebelum Jungkook meleraikan. Jungkook menapak pergi dari situ tanpa berkata apa-apa lagi.

        Taehyung mengangkat kening, pelik melihat tingkah Jungkook itu. Dia menoleh pula ke arah Yiseul yang masih terdiam itu.

       "Yiseul? Kau okey?" soal Taehyung prihatin. Pucat wajah gadis itu, seakan-akan tersampuk hantu pula.

       "Okey. Okey." Yiseul menganggukkan kepala beberapa kali dengan sebuah senyuman yang dipaksa. Taehyung tahu, namun dia biarkan.

       "Nak main Overwatch dengan aku tak?" Taehyung bertanya, tidak mahu gadis itu bersedih kerana teringat keluarga sendiri.

       "Nak!" jawab Yiseul laju, tak dapat menyembunyikan rasa terujanya.

•••

JUNGKOOK mengeluh perlahan apabila sudah tiba di bilik tidurnya. Kepalanya berasa pening apabila melihat wajah Yiseul yang jelas sedih apabila ditengking sebegitu.

       Entah kenapa, Jungkook terasa bersalah pula.

      "Haish," Jungkook mengeluh lagi. Jam tangannya ditanggalkan, sekali dengan tali lehernya dilonggarkan. Baru saja dia ingin mencabut stoking, tiba-tiba pintu diketuk dari luar.

       "Jungkook?"

       Suara Anna memanggilnya dibalas dengan malas. Terlupa pula yang gadis itu masih ada di sini. Anna menguak pintu dan pandangannya bertaut dengan pandangan dingin Jungkook.

        "Is there something bothering you? You look stressed," kata Anna dengan lembut. Dia mendekati Jungkook dan tanpa dipinta tangannya mengurut tengkuk Jungkook.

         Jungkook memejamkan mata, menikmati urutan yang memang diperlukan saat itu. Dia membiarkan soalan Anna tidak berjawab.

        "Bila you nak balik?" tanya Jungkook sebaik saja terasa lenguhnya semakin berkurangan. Anna berhenti mengurut, mengambil tempat di sebelah Jungkook yang duduk di birai katil itu.

        "Kenapa? You tak suka I datang sini, jumpa you?" Anna bertanya dengan muka muram. Kepalanya ditundukkan, menghadap lantai.

        Jungkook mengeluh, buat kesekian kalinya.

        "Taklah, I tak bermaksud macam tu. Kerja you, macam mana? Siapa jaga butik?" Jungkook mengubah topik, tidak mahu gadis itu terasa hati.

        "Jungkook, bukan I seorang je yang kena jaga butik tu. I ada ramai pekerja. Sekali sekala saja I kena jenguk sebagai bos," balas Anna, kali ini dia kembali memandang Jungkook. Agak geram, lelaki ini tak peka ke sepanjang dia bercerita tentang butiknya?

         "Oh, macam tu rupanya. Maaf," balas Jungkook sedikit kekok. Dia meraup rambutnya ke belakang, terasa sedikit rimas dengan rambut depannya yang semakin memanjang hari demi hari.

         "Sudahlah! You tak ambil berat langsung tentang I! I balik dulu, datang sini pun tak ada guna. You bukan lekat duduk rumah, balik lewat dan keluar awal!" tempik Anna, beg tangannya yang memang ada di situ dicapai kasar sebelum dia berlari keluar dari situ.

         Jungkook mengerutkan dahi, pelik dengan perubahan Anna itu. Dahinya diurut sendiri, sebelum dia mengangkat bahu.

          Suka hati gadis itulah nak kata apa sekalipun.

•••

"TAK ada apa-apa berita pasal Seul?"

          Jinyoung mengangkat muka, melihat Jihoon yang ada di depannya. Dia menggeleng tanda tidak.

           Jihoon tidak memberi apa-apa reaksi, sebaliknya dia menarik kerusi milik rakan sekelas Jinyoung yang kebetulan tiada di situ. Kini, dia duduk berhadapan dengan Jinyoung.

           "Aku serabutlah, Jihoon. Adik aku hilang. Entah mana dia pergi. Seul tu bukan reti berdikari, macam mana kalau dia keseorangan dan perlukan bantuan?" Jinyoung meluahkan perasaan yang terbuku di hati.

          Sejak semalam, Jinyoung tidak dapat tidur dengan lena. Dia asyik terkenangkan si Yiseul, satu-satunya adik yang dia ada. Tak tertanggung rasa bersalah dan risau.

        Dan mungkin, semua ini takkan terjadi kalau Yiseul tidak dipaksa berkahwin.

        "Aku minta maaf, kalau sebab aku Seul hilang."

        Jinyoung tidak menjawab. Jihoon menarik nafas dalam-dalam, tahu benar yang Jinyoung seakan-akan menyalahkannya atas apa yang terjadi.

        "Taklah, mungkin keluarga aku yang terlalu memaksa dia." Jinyoung cuba menenangkan Jihoon, tidak mahu lelaki itu terasa bersalah.

         Jihoon membalas dengan senyuman nipis sahaja. Tahu benar Jinyoung cuba memujuknya. Ketiadaan Yiseul di sekolah itu sedikit sebanyak mendatangkan keresahan Jihoon.

         Yalah, bayangkan crush kau tak datang sekolah, nak usha siapa je? Sangat membosankan. Jihoon pun rasa sebegitu, tak bersemangat untuk belajar apabila tiada gadis itu.

         "Habis, kau buat apa je sekarang? Maksud aku, ayah kau. Ada upah orang cari dia?" soal Jihoon ingin tahu. Takkanlah mereka tak buat apa-apa tindakan?

         "Ya, ada. Entah berapa puluh, mungkin beratus. Tapi semuanya tak dapat jejak dia."

         Mustahil, memang tak akan ada yang jumpa Yiseul kalau gadis itu ditempatkan di kediaman The Bangtan.

•••

writer block tak habis lagi :(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro