Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

04

R E V E N G E , N O T L O V E

•••

| FOUR : His Work |

SUASANA di kelab malam itu hingar bingar dengan bunyi lagu yang dipasang oleh DJ. Yiseul seorang saja di situ seakan-akan terkena kejutan budaya kerana dia tidak pernah ke situ sebelum ini.

"Hei, termenung?" Suara Jungkook menegur membuatkan Yiseul menoleh. Dia memandang Jungkook, sedikit terpinga-pinga dan Jungkook berdecit. Tangan Jungkook menjinjing kemas sebuah beg hitam yang entah apa isinya, Yiseul tidak tahu.

"Look, ada seorang lelaki di hujung sana. Green jacket with a khaki pants."

Yiseul pun menoleh ke arah yang disebut Jungkook dan dia mengangguk. "Kenapa dengan dia?"

"First, distract him while I do my bussiness. Second, be aware of your surroundings. Kalau ada sesiapa syak kau orang aku, kau kena. Lastly, nampak je aku settle kerja aku, lepaskan diri kau dan terus pergi pada aku. Faham?"

"What? Distract macam mana?" tanya Yiseul dengan nada berbisik, seperti mana Jungkook berbisik padanya. Tidak mahu tertangkap oleh sesiapa di situ.

"Entah, ikut kau. Yang pasti jangan bagi dia toleh sebelah mata pun dekat aku," kata Jungkook dan Yiseul mula berfikir. Adakah dia perlu menggoda lelaki itu sementara Jungkook melakukan 'kerja'nya itu?

Tanpa disangka Yiseul, bajunya ditarik sedikit oleh Jungkook, menyerlahkan kedua-dua bahunya. "Better look sexy because everyone in this club love it."

Belum sempat Yiseul membalas, Jungkook telah melangkah pergi, meninggalkan isyarat mata agar Yiseul segera memulakan tugasnya. Yiseul mengetap bibirnya sebelum melangkah ke arah lelaki yang disebut Jungkook tadi.

"Hi, chick. Seorang saja ke?" tegur lelaki itu, sedikit tertarik dengan Yiseul yang tiba-tiba muncul di sebelahnya.

Yiseul pun melemparkan sebuah senyuman paling manis buat lelaki itu. Sesekali dia menjeling ke arah Jungkook yang kelihatan sibuk itu.

"Ya, seorang. Oppa? Nama apa?" Sengaja Yiseul memanggilnya begitu. Tak cukup itu, gadis itu melentokkan kepalanya pada lengan lelaki itu memandangkan lelaki itu sangat tinggi darinya. Lengan lelaki itu dipeluk.

"Nama oppa, Chanyeol. Boleh panggil, sayang saja."

Yiseul seakan-akan mahu termuntah namun dia palsukan sebuah senyuman dan tawa kecil yang kedengaran manja di telinga Chanyeol.

"Mind if I ask, how old are you? You look so young.. and fresh," kata Chanyeol dengan hujung ayatnya itu diperlahankan dengan senyuman gatal.

Dasar gatal! Yiseul terasa mahu melempang wajah gatal Chanyeol saat itu juga.

"I'm eighteen."

"Really? Body tak macam budak bawah umur." Chanyeol tertawa saat dia menilik tubuh Yiseul dari atas ke bawah. Ingin saja matanya dicungkil oleh Yiseul namun gadis itu menahan sabar.

Sementara itu, Jungkook berurusan dengan pemilik kedua kelab itu. Dia menghulurkan beg tadi yang sebenarnya berisi beberapa paket dadah yang diseludup masuk ke dalam negara itu secara rahsia dari pembekal dari negara luar.

Ya, hidup seorang ketua mafia iaitu Jeon Jungkook sangat berunsurkan jenayah. Dia merupakan pengedar dadah yang berjaya. Selain itu, dia juga sangat berhati-hati. Buktinya, dia sendiri yang akan mengedarnya dan bukan ahli The Bangtan atau anak-anak buahnya yang lain.

"Berapa semua ni?" tanya lelaki itu. Jungkook tersenyum nipis sebelum membisikkan jumlahnya pada telinga lelaki itu.

"Nah." Sehelai sampul surat yang tebal diserahkan kepada Jungkook. Jungkook mengucup sampul surat itu dengan tawanya. Lelaki itu pun lekas-lekas meletakkan beg hitam itu ke bawah mejanya.

"Minggu depan, aku nak amaun yang sama." Lelaki itu berkata dan Jungkook mengangguk.

"Mestilah. Pelanggan tetap kan?"

Lelaki itu ketawa besar sebelum bahu Jungkook ditepuknya perlahan. "Apa-apa sajalah, Jeon. Baik kau berambus sebelum si galah tu perasan kau," kata lelaki itu sebelum dia melangkah pergi.

Jungkook sengih sahaja. Lelaki tadi, Byun Baekhyun merupakan rakan kongsi Chanyeol. Mereka berdua merupakan pemilik kelab malam mewah itu. Chanyeol agak 'bersih' orangnya, jadi dia tak pernah membenarkan sebarang penggunaan dadah selain alkohol di kelab malam itu.

Berlainan pula dengan Baekhyun, lelaki itu lebih gemar menjalankan 'bisnes' dadah kerana untungnya lebih berlipat ganda daripada sekadar menjual alkohol di situ.

Well, money is everything.

Yiseul yang perasan Jungkook sudah selesai, melepaskan lengan Chanyeol. Dia tersengih naif kepada Chanyeol. "Er, oppa. I nak ke tandas, nak terkucil pula."

"Okey. Cepat sikit, oppa tunggu." Chanyeol sengaja menyentuh collarbone milik Yiseul dengan jari jemarinya dengan senyuman nakal. Yiseul mengangguk dan cepat-cepat mengikut langkah Jungkook keluar dari situ.

"Awak buat kerja apa?" tanya Yiseul apabila mereka sudah berada di dalam kereta semula. Jungkook menghidupkan enjin dan mula memandu pergi dari situ.

"Adalah. Budak mentah macam kau tak boleh tahu," jawab Jungkook lantas tersengih sinis. Yiseul mencebik sebelum dia membetulkan bajunya sehingga menutup bahunya semula.

"Cakap baik-baik sikit, eh. Budak mentah inilah yang dah tolong ketua mafia yang hebat sangat tu buat kerja dia dengan bersih, walaupun budak mentah tu tak tahu kerja apa," balas Yiseul yang geram dengan Jungkook.

Jungkook ketawa, Yiseul memang bukan gadis biasa-biasa! Mulutnya laser dan boleh tahan juga bisanya walaupun gadis itu baru berusia 18 tahun.

•••

MALAM itu pada pukul 12 tengah malam barulah mereka tiba di rumah besar itu. Yiseul melangkah masuk ke dalam dengan bosan. Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa di ruang tamu dengan muka monyok. Sekarang, dia bosan! Menyesal pula tak bawa telefon bimbitnya sekali waktu kena 'culik' dengan Taehyung tadi.

"Jungkook!"

Suara seorang perempuan memanggil nama Jungkook membuatkan Yiseul menoleh sekali.

"Hai, Anna. Buat apa kat sini?" tanya Jungkook dengan suara lembut, siap tersenyum manis lagi. Yiseul mencebik, hipokrit sungguh! Tadi bukan main garang, dengan perempuan berambut merah jambu itu okey pula.

"I rindu you, jadi I singgah sekejap. Tak apa kan?" Anna bertanya, lengannya disangkut pada leher Jungkook membuatkan Yiseul berpaling ke tempat lain. Jangan lupa ya, ada seorang budak bawah umur di sini.

"Urm, totally okay with me. But it's getting late, you should go back home." Jungkook mengelus rambut Anna dan gadis itu memuncungkan bibir.

"Boleh I tidur sini? Dah lewat, I malas pula nak drive." Anna bersuara manja dan Jungkook tergelak kecil.

"Sure, honey. Apa-apa je untuk you," jawab Jungkook dengan nada bersahaja. Anna tersengih girang dan mengucup pipi Jungkook sekali.

"Thank you!"

Jungkook tidak membalas, sebaliknya dia meminta diri untuk ke dapur untuk meneguk segelas air. Sementara itu, Anna terpandang ke arah Yiseul yang sedang menonton televisyen yang kebetulan terpasang.

"Hai! Awak siapa?" tanya Anna lantas dia menghampiri gadis itu. Dia duduk bersebelahan dengan Yiseul.

"Hai, saya Yiseul."

"Oh, awak buat apa kat sini? Awak girlfriend Taehyung ke?" tanya Anna yang tidak tahu apa-apa. Yiseul menggeleng perlahan.

"Habis tu? Mesti girlfriend Jimin!" teriak Anna, tiba-tiba teruja dengan telahannya sendiri.

"Anna, jangan kacau dia. She's someone I brought here. Naik dulu, lepas tu I explain." Jungkook tiba-tiba muncul, menyelamatkan Yiseul yang sudah termangu dengan soalan Anna tadi. Dia single but not available, okay!

"Yelah. Bye, Yiseul! It's nice to meet you, cutie." Sempat lagi Anna mencuit pipi Yiseul dan Yiseul hanya tersenyum tanpa membalas. Anna nampak baik. Mungkin dia teman wanita lelaki dingin itu.

"Mari, aku tunjukkan bilik." Jungkook berkata dan dia melangkah dahulu sebelum Yiseul. Di tangga, dia menoleh dan melihat Yiseul masih berada di hadapan televisyen, sedikit pun tidak mengendahkan ayatnya tadi.

"Hei, pekak ke? Tak nak tidur? Nak duduk situ sampai reput?" bidas Jungkook dengan suara sedikit lantang. Yiseul mencebik sebelum dia bangun dan menapak malas ke arah Jungkook.

Jungkook menggeleng perlahan dan melangkah naik, dengan Yiseul mengekori tidak jauh di belakang. Sampai saja di tingkat atas, Jungkook berhenti di sebuah bilik.

"Kau boleh tidur sini. Apa-apa, boleh cari aku dekat bilik sana tu." Jungkook memulas tombol pintu dan Yiseul menjenguk ke dalam. Tidaklah teruk mana, hanya sebuah bilik sederhana besar dengan katil dan meja tulis.

"Okey. Thanks but no thanks," ucap Yiseul, tidak ikhlas sama sekali. Bilik ini langsung tidak setaraf dengan bilik tidurnya sendiri. Jungkook hanya membisu sebelum dia menutup pintu bilik itu semula apabila Yiseul sudah melangkah masuk.

Yiseul mengherotkan bibirnya pada pintu yang sudah ditutup itu. Geram dengan Jungkook yang menjengkelkan itu.

"Apa-apa jelah. Baik aku tidur, I had a long day today." Yiseul menghempaskan badannya ke atas katil yang boleh tahan empuknya itu. Baru saja dia hendak terlelap, tiba-tiba pintu bilik diketuk.

Yiseul menggumam, tidak suka tidurnya diganggu begitu. Pintu bilik itu terbuka, dan terpacul muka Jungkook. Dia memegang sejumlah pakaian untuk diberi pada Yiseul buat beberapa hari ini.

"Yiseul, aku letak sini tau. Bangunlah mandi dulu. Tak elok tidur terus lepas pergi kelab malam," kata Jungkook, suaranya sedikit lembut. Sedikit kasihan melihat Yiseul yang jelas kepenatan itu.

Yiseul menggumam sekali lagi dan menyembamkan mukanya pada bantal. Jungkook meletakkan pakaian tadi ke atas meja tulis sebelum memasang pendingin hawa untuk Yiseul. Sempat juga dia selimutkan gadis itu, tidak mahu gadis itu kesejukan.

Jungkook mengeluh perlahan sebelum dia menutup lampu dan keluar dari situ.

to be continued...

•••

anna in the house 😂❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro