03
R E V E N G E , N O T L O V E
•••
| THREE : Meet the Mafia Leader |
AKHIRNYA, mereka berempat tiba di sebuah rumah besar atau boleh dipanggil sebagai sebuah istana bagi Yiseul. Kalau sebelum ini dia rasa rumahnya sudah cukup besar, namun rumah ini jauh lebih besar.
"Tunggu apa lagi? Turunlah," kata Taehyung apabila mata Yiseul masih terpaku di rumah itu. Yiseul tersedar dari lamunan dan dia turun dari kereta itu. Langkahnya mengekori langkah Jimin yang semakin menjauh.
"Err, rumah siapa ni?" tanya Yiseul ingin tahu. Taehyung tersenyum nipis sebelum menjawab, "Rumah The Bangtan. Tahu atau pernah dengar?"
Yiseul mengerutkan dahi, agak familiar dengan nama The Bangtan itu. Namun dia tak mampu ingat dari mana dia pernah dengar namanya.
"Tak, tapi macam pernah dengar." Yiseul memberi jawapan selamat dan Taehyung sengih lagi.
"The Bangtan, legasi mafia yang dah wujud sejak 30 tahun lepas. Ajaibnya, tak ada seorang pun yang pernah tertangkap dengan polis." Taehyung membuka ceritanya membuatkan Yiseul tersentak. Adakah dia buat pilihan yang salah kerana mengikuti lelaki ini?
"Err, maksudnya, awak ni orang jahat ke?" soal Yiseul saat mereka sudah tiba di hadapan pintu rumah itu. Taehyung berhenti dan memandang mata coklat Yiseul sedalamnya.
"Kau nampak muka aku macam baik ke... macam jahat?" Taehyung sengaja menjawab begitu, menduga Yiseul yang sudah tidak keruan.
Belum sempat Yiseul menjawab, Taehyung mengelus perlahan rambut Yiseul yang berdandan cantik untuk perkahwinan tak jadinya itu. Sebuah senyuman manis dia ukirkan.
"Aku baik, kalau orang tu tak buat salah pada aku macam kau. Tapi kalau orang tu cari pasal, aku jadi jahat. Sudah, mari masuk."
•••
"APA?! Yiseul tak ada?"
Jinyoung yang terdengar suara Tuan Bae segera menoleh. Ayahnya itu sedang dikerumuni oleh beberapa wanita yang Jinyoung yakin merupakan tukang andam Yiseul. Perlahan-lahan Jinyoung melangkah ke situ, ingin mendengar perbualan yang nampak serius itu.
"Ya, Tuan. Saya ke sana tadi untuk tanya di dah sedia ke belum, tapi bilik tu kosong. Ada tali yang dah diikat pada gril tingkap. Saya rasa Yiseul dah lari."
Jinyoung tidak berlengah lagi, dia menuju ke bilik persiapan pengantin perempuan. Terbuka saja pintu bilik itu, Jinyoung ternganga. Nampaknya betul, tiada Yiseul di situ. Hanya ada tali yang melorot jatuh ke bawah dari tingkap yang terbuka luas itu.
"Oh Tuhan," kata Jinyoung dengan cemas. Bimbang apa-apa terjadi kepada adik perempuan kesayangannya itu. Dia bergegas ke arah Tuan Bae semula.
"Daddy! Seul betul-betul hilang! Macam mana ni?" soal Jinyoung kepada ayahnya. Mukanya sudah berpeluh tanda cemas yang bukan dibuat-buat.
"Arahkan orang untuk mencari dia! Sekarang juga!" Tuan Bae berteriak dan beberapa orang suruhannya yang turut hadir ke situ pun beredar, mengikut arahannya.
"Apa yang dah jadi ni?" Jihoon muncul, berdiri di sebelah Jinyoung. Mukanya terpapar riak risau melihat kekecohan. Apatah lagi, tetamu mula berbisik sesama sendiri.
"Jihoon, pak cik minta maaf. Seul lari dari perkahwinan ni," kata Tuan Bae, sedikit serba salah melihat Jihoon yang terang-terang kelihatan kecewa itu.
Jinyoung terdiam, cuba memikirkan ke mana agaknya adik itu pergi. Tak mungkin Yiseul lari seorang diri. Gadis itu bukan reti berdikari memandangkan dia sentiasa dimanjakan dek bergelar anak bongsu dan satu-satu anak perempuan keluarga Bae.
"Mesti ada dalang punya, daddy. Saya yakin Seul tak lari seorang diri," ujar Jinyoung dengan muka ketatnya. Tuan Bae tidak membalas, hanya berfikir sedalam mungkin.
Persoalannya, siapa?
•••
"BESARNYA rumah ni," kata Yiseul akhirnya apabila dia sudah menapak masuk ke dalam dengan Taehyung. Matanya mengitari ruang tamu rumah itu yang seluas gelanggang bola keranjang. Pasti pemilik rumah ini kaya orangnya.
"Ya, memang besar. Tapi tak adalah besar sangat untuk 7 orang penghuni rumah ni. Ops, mungkin dah jadi 8 termasuk kau." Taehyung ketawa sedikit di hujung ayatnya.
Yiseul tidak membalas. Benarkah? Dia akan jadi penghuni di sini? Minda Yiseul mula menerawang, memikirkan keluarganya sendiri. Adakah ibu bapa dan abangnya risau sekarang?
"Hi, babe."
Teguran seseorang mematikan lamunan Yiseul. Dia memandang si dia yang berwajah dingin di depannya, lebih dingin dari lelaki yang bernama Yoongi tadi. Yiseul menoleh ke arah sekelilingnya, tapi dia sudah tidak mengesan kelibat Taehyung di mana-mana.
"Cari siapa?" tanya lelaki itu dengan suara garau. Yiseul menggeleng perlahan tanda tiada siapa.
"Jadi, kaulah Yiseul? Much prettier than the last time I saw you," kata lelaki itu dengan ayat yang tidak difahami oleh Yiseul.
"Excuse me? Do I know you?" Yiseul bertanya, pura-pura berani sedangkan hanya Tuhan saja yang tahu betapa lajunya jantung dia berdegup saat itu. Rasa tidak selamat dengan lelaki itu melebihi rasa takut bila dia bersama ketiga-tiga lelaki tadi.
"Mungkin. Bae Yiseul, anak kepada Bae Youngwon dan Jo Yeonseo. Berusia 18 tahun, ada seorang abang tua dua tahun darinya iaitu Bae Jinyoung. Pelajar tahun kedua di Sekolah Tinggi Miwoo. Am i right?"
Yiseul membesarkan mata, terkejut dengan semua maklumat dirinya tanpa sedikit salah pun diucap oleh lelaki itu.
"Awak ni siapa? Stalker?"
Lelaki itu tergelak, sedikit sinis bunyinya pada telinga Yiseul. "Tak ada masa aku nak stalk budak mentah macam kau."
"Habis tu? Kenapa awak macam kenal sangat dengan saya walaupun ini baru kali pertama saya jumpa awak?" Yiseul membalas dengan nada tidak puas hati. Suaranya naik seoktaf dari tadi.
"You better watch your mouth if you don't want to get into trouble. Aku Jungkook, ketua The Bangtan. Mess with me and I'd be more than glad to kill you." Sangat dingin suara Jungkook ketika itu menampar pendengaran Yiseul. Malah, wajah lelaki itu semakin dingin dari tadi. Mungkin marah.
"Tapi, saya tanya je kan? Kenapa awak tahu macam-macam tentang saya?"
Jungkook mendekatkan wajahnya dengan Yiseul. Kedua-dua pasang mata mereka berdua bertentangan. Iris coklat muda milik Jungkook memandang iris hazel Yiseul.
"Sebab, aku hebat."
Yiseul berdecit mendengar jawapan penuh berlagak dari Jungkook itu. Jungkook menyembunyikan senyuman melihat reaksi gadis itu yang nampak sangat done dengannya.
"Anyway, listen to me. Kau takkan balik ke rumah buat masa sekarang. Kau akan tinggal di sini."
Yiseul baru saja ingin membuka mulut ingin membantah, namun Jungkook menyambung lagi. "Dan kalau kau membantah, akan ada padahnya. Tolong ingat gelaran aku sebagai ketua mafia terbesar di Korea Selatan."
"Habis?! Awak nak saya buat apa kat sini? Melangut tengok awak buat jenayah?"
"Oh, sayang. Bukan aku seorang, tapi kau pun terlibat sekali. Gadis cantik macam kau, membawa banyak kelebihan untuk jenayah aku," kata Jungkook dengan nada romantis. Yiseul membuat muka geli apabila dipanggil sayang dan dipuji cantik oleh lelaki itu.
"Jangan mengarutlah! Saya nak balik, saya tak nak terlibat dengan jenayah! I'm a minor for fuck sake," balas Yiseul kasar dan Jungkook ketawa sedikit mendengar carutan dari gadis itu.
"Mind your language, baby girl. Kata minor, jadi jangan mencarut." Jungkook meletakkan jari telunjuk tangan kanannya pada bibir merah jambu milik Yiseul sebelum Yiseul menepis.
"Stop calling me baby, sayang or other cringy nicknames." Yiseul memasang muka dinginnya dan Jungkook mengangguk, seolah-olah tidak terkesan dan bersetuju.
"Okey, sayang."
Yiseul menggulingkan anak matanya. Nampaknya lelaki ini agak menjengkelkan. Oh tak, bukan agak tapi sangat menjengkelkan.
"Malam ni, kau akan mulakan kerja kau. Tak susah pun, kau cuma perlu umpan beberapa lelaki dengan kecantikan kau supaya aku boleh buat jenayah aku."
"Heol! Saya tak nak buat macam tu, awak ingat saya perempuan murah ke?!" Melengking lagi suara Yiseul di situ, sangat marah dengan ayat Jungkook tadi.
"Work is work, babe. Bukan aku suruh kau melacur, tarik perhatian mereka sekejap saja."
"Still, I don't agree on this!"
"Shut up! I don't remember asking your agreement, it was a command. No protest. Come, ikut aku."
Lengan Yiseul ditarik sedikit kasar namun tidak menyakitkan gadis itu. Yiseul menyumpah Jungkook dalam hati dan mengikut langkah lelaki itu.
•••
"PAKAI ni," arah Jungkook lantas mencampak pakaian ke arah Yiseul. Yiseul berdengus dan membelek baju tersebut. Sehelai baju see through berwarna kelabu dipadankan dengan sebuah skirt hitam.
"Tak nak saya pakai! Seksi sangatlah," bantah Yiseul dengan kepala digelengkan. Dia memegang baju itu dengan hujung jarinya. Dengan muka geli.
"Habis? Kau nak pakai baju pengantin tu sampai bila? Ingat cantik ke?" Jungkook menjeling Yiseul yang dah terkebil-kebil.
"Tak ada baju yang proper sikit ke?" Yiseul mencuba nasib, mana tahu lelaki di hadapannya ini berbaik hati. Dia mengedipkan matanya beberapa kali, membuat muka bak kucing parsi yang comel.
"Tak ada. Pakai jelah apa yang ada," kata Jungkook lagi. Pandangan matanya dialihkan dari memandang gadis itu. Takut jatuh hati pada orang yang salah.
"Boleh saya tanya tak?"
Jungkook mengangguk. Matanya masih dipakukan ke lantai.
"Baju siapa ni? Takkan baju awak?" Yiseul bertanya, sedikit curiga. Entah-entah baju orang yang Jungkook culik, tak?
"Baju kawan perempuan aku. Dah, pergi tukar. Jangan fikir bukan-bukan." Jungkook memilih untuk keluar dari bilik itu, memberi privasi agar gadis itu dapat menukar bajunya.
Keluar saja dari bilik itu, Jungkook memegang dadanya. Terasa jantungnya masih berdegup macam biasa, tak terlalu laju dan tak terlalu perlahan.
"Fuh." Lega Jungkook mengeluh. Tak nak dia jatuh cinta dengan budak mentah macam Yiseul!
Sementara itu, Yiseul masuk ke dalam bilik air yang ada di situ. Siap berkunci lagi. Sengaja, takut Jungkook tiba-tiba menerjah masuk.
"Eiii. Seumur hidup aku, aku tak pernah pakai baju jarang macam ni," kata Yiseul sendirian sambil menatap dirinya di hadapan cermin bilik air. Rasa macam terdedah sangat.
Skirt pendek warna hitam itu ditarik sedikit ke bawah. Yiseul memilih untuk memasukkan hujung baju itu ke dalam skirt agar tidak terlalu seksi.
Setelah itu, Yiseul pun keluar semula dari bilik air. Dia mengemaskan rambutnya sedikit sebelum pintu bilik dibuka. Kelihatan Jungkook dengan seorang lelaki yang masih tidak dikenali Yiseul.
"Hai, Yiseul." Lelaki yang berwajah ceria bak matahari menegurnya. "Saya Hoseok."
"Hai," balas Yiseul lantas dia berjabat tangan Hoseok. Kehadiran Hoseok membuatkan Yiseul berasa sedikit selesa entah kenapa. Mungkin sebab lelaki ini nampak peramah dan baik.
"Enough. Yiseul, jom. Kerja kau mula malam ni." Jungkook memotong perbualan mereka berdua sebelum makin lama dia menunggu. Lengan Yiseul digenggamnya.
"Oh, okey. Bye!" Yiseul melambai sementara Jungkook diam-diam menggulingkan matanya. Dengan Hoseok bukan main lembut bicaranya, tapi bila dengan dia macam nak cari gaduh saja!
Yiseul dibawa naik ke sebuah kereta mewah berwarna hitam. Dia hanya menurut apabila Jungkook menyuruhnya naik ke tempat duduk di sebelah pemandu.
"Nak pergi mana?"
Jungkook menoleh ke sebelahnya dan tersenyum senget sebelum menjawab, "Kelab malam."
to be continued...
•••
vote juseyo ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro