Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

01

R E V E N G E , N O T L O V E

•••

| ONE : Beginning |

•••

YISEUL menilik kukunya yang berhias dengan warna ungu pastel serta corak-corak yang comel. Sesekali dia tergelak mendengar rakan-rakannya bercerita.

      "Seul, balik ni macam mana?" Miyeon bertanya sambil menyenggol bahu Yiseul. Yiseul sengih, tahu benar apa yang diinginkan oleh Miyeon.

      "Okey, balik ni kita pergi makan sama-sama! Seul belanja," jawab Seul penuh ceria. Memang begitu kebiasaannya, mereka berdua dan Yuqi akan sama-sama melepak selepas habis sekolah. Yiseul sebagai anak orang kaya, tidak pernah merungut untuk mengeluarkan duit kerana dia menganggap mereka itu kawan baiknya.

      "Aigoo, baiknya Seul kita ni! Sayang Seul!" ujar Yuqi sambil bersorak gembira. Yiseul hanya tersenyum tanpa membalas. Waktu rehat mereka diteruskan, dengan Yuqi dan Miyeon yang banyak bergosip manakala Yiseul lebih banyak memasang telinga saja.

      Yiseul memang agak pendiam orangnya, namun dia masih senang berkawan dengan siapa-siapa saja. Di Sekolah Tinggi Miwoo, dia merupakan seorang pelajar yang popular kerana rupanya yang cantik dan kerana dia merupakan anak kepada ahli politik. Jadi tak hairanlah kalau setiap hari lokernya dipenuhi oleh surat cinta dan hadiah dari ramai pelajar lelaki di sekolah itu.

       Beberapa jam berlalu, dan masa mereka untuk pulang pun tiba. Yiseul menaiki kereta yang dipandu oleh pemandu peribadinya bersama Miyeon dan Yuqi. Mereka akan pergi makan di sebuah kafe mewah yang berdekatan dengan sekolah mereka.

       Hampir 3 jam melepak di situ, akhirnya Yiseul pulang ke rumah tepat pukul 6 petang. Dilihatnya abangnya, Jinyoung sedang sibuk membetulkan rambutnya di hadapan cermin. Yiseul menghampirinya.

       "Oppa nak pergi mana?" tanya Yiseul terus, pelik melihat abangnya yang sudah segak seakan-akan hendak keluar.

       "Oh, Seul. Baru balik ke?" Jinyoung mengerling sekejap ke arah Yiseul yang merupakan satu-satunya adiknya itu.

        Yiseul mengangguk. "Oppa, jawablah soalan Seul tadi."

        "Pergilah siap. Mummy dengan daddy ajak kita keluar makan malam ni," jawab Jinyoung. Dia menyambung membetulkan rambutnya sementara Yiseul memuncungkan bibirnya. Nak mengelak tak boleh pula, dia tahu benar akan perangai ibu bapanya yang tidak akan membenarkan dia menarik diri dari perancangan mereka.

      Maka, terpaksalah Yiseul mandi dan menukar pakaiannya. Walaupun dia terasa agak penat namun dia masih melaratkan diri untuk keluar malam itu. Tak apalah, sekali sekala saja mereka makan di luar.

      Akhirnya, Yiseul telah selesai bersiap tepat pada pukul 7 malam. Dia turun ke bawah dengan berhati-hati, disambut dengan senyuman melebar Jinyoung. Jinyoung sangat suka melihat adiknya itu memakai dress, nampak comel dan feminin.

      "Cantiknya adik oppa!" puji Jinyoung lantas dia memicit-micit pipi gebu Yiseul apabila gadis itu menghampirinya. Yiseul mencebik dan membuat muka bosan, abangnya itu suka melayan dia macam budak kecil!

      "Mana mummy dengan daddy?" tanya Yiseul dengan nada suara mendatar. Dilihatnya di ruang tamu itu hanya ada mereka berdua saja.

     "Ada dekat dalam kereta. Seul buat apa hah, siap lama-lama?" Jinyoung memeluk lengan Yiseul lantas dia beriringan dengan Yiseul keluar dari rumah. Kenderaan yang akan dinaiki oleh mereka dituju.

     "Perempuan, biasalah," balas Yiseul malas. Macam tak biasa pula mereka sekeluarga menunggu satu-satunya anak perempuan dalam keluarga Bae itu untuk bersiap.

•••

"DADDY tak cakap pun yang kita ada dinner dengan family kawan daddy?"

      Tuan Bae tersenyum nipis tatkala mendengar bisikan itu meluncur dari mulut anak lelakinya. Bahu Jinyoung dipeluk dari tepi, dan mereka sama-sama duduk di meja makan yang sama dengan sebuah keluarga yang tak dikenali Jinyoung itu.

      "Annyeonghaseyo," ucap Yiseul dan Jinyoung serentak sebagai tanda hormat. Mereka juga membongkok sedikit, seperti yang sudah biasa dilakukan jika berjumpa dengan kenalan ayah mereka.

     "Jadi inilah anak-anak kau ya? Kacak dan cantik orangnya," puji lelaki itu dan Tuan Bae tersenyum manis.

     "Ikut genetik aku dan mummy mereka," jawab Tuan Bae lantas ketawanya bersabung dengan ketawa lelaki itu. Jinyoung dan Yiseul hanya tersenyum kekok, tidak membalas apa-apa.

     "Mummy, siapa ni?" tanya Yiseul dengan perlahan, tak mahu keluarga itu terdengar.

     "Keluarga Park, mereka ada anak lelaki yang sebaya dengan oppa kamu, tapi dia tak hadir hari ni," jawab Puan Bae lembut. Jinyoung yang turut mendengar ikut mengangguk sama dengan Yiseul.

      Dua keluarga itu meneruskan makan malam seperti biasa, dengan perbualan tidak henti-henti antara Tuan Bae dan Tuan Park. Kedua-dua isteri mereka pula sekadar berbasa-basi berbual mengenai anak masing-masing. Yiseul menghabiskan suapannya yang terakhir dengan wajah bosan. Dia tak suka hadir ke makan malam formal seperti ini!

     "Yiseul, sebenarnya Tuan Park ada hajat. Dan daddy sendiri bersetuju." Tuan Bae tiba-tiba menyebut nama Yiseul saat gadis itu mulai termenung. Dia menoleh ke arah ayahnya dengan muka tertanya-tanya.

      "Err... hajat apa?" Yiseul bertanya ingin tahu.

      "Sebenarnya, uncle nak jodohkan kamu dengan anak uncle."

       Yiseul mengerutkan dahi sebelum dia ketawa palsu. "Eh? Apa yang uncle mengarut ni? Seul tak habis sekolah lagi, takkanlah nak kahwin pula?"

      "Seul, daddy dengan Tuan Park dah sebulat suara yang kamu berdua akan berkahwin tak lama lagi. Majlis akan dibuat secara tertutup, tak ada tetamu jadi kamu janganlah risau ya," sampuk Tuan Bae dengan senyuman ingin meyakinkan Yiseul.

       Yiseul menggeleng tanda tidak mahu. Gila! Tak nak dia menghabiskan masa mudanya dengan menjadi isteri orang! Belum sempat enjoy dah tersangkut dengan perkahwinan, siapa saja yang nak?

      "Tak apalah, daddy. Seul tak nak. Lagipun, bukannya Seul kenal pun lelaki tu," kata Yiseul pantas sementara Tuan Bae sudah tergelak mendengar ayatnya itu.

      "Kamu kenal, uncle pasti tu. Anak uncle pun bersekolah dengan kamu, dan Jinyoung pun mesti kenal!"

      "Huh? Siapa?" Kali ini kedengaran suara si abang kepada Yiseul yang bertanya.

      "Park Jihoon."

       Yiseul ternganga. Park Jihoon? Senior di sekolahnya yang terkenal itu?

•••

YISEUL mengerutkan dahi. Jinyoung yang sedang berdiri di hadapan katilnya itu ditatap tidak puas hati.

      "Apa yang oppa merepek ni? Oppa suruh Seul terima saja perkahwinan tu?"

      Jinyoung mengangguk perlahan dengan muka serius. Dia bercekak pinggang melihat Yiseul yang sudah meraup wajah sendiri.

      "Ya Tuhan, Seul ingat oppa akan sebelahkan Seul, tapi oppa pergi sebelahkan daddy dan kawan baik oppa tu!" Yiseul membentak dengan suara kasar. Gadis itu memeluk tubuh dengan bibir memuncung tanda protes.

        "Serius, Seul. Jihoon tu kawan baik oppa, dan dia macam sangat sesuai digandingkan dengan Seul. Dah lama tau oppa kenal dia! Dia memang baik dan gentleman."

        Yiseul menggulingkan mata. Memanglah dia tahu seniornya itu baik dan gentleman! Tapi dia tak pernah terfikir pun untuk berkahwin dengan Jihoon. Semua ini sangat mengarut bagi Yiseul.

       "Ada faedahnya kalau Seul kahwin dengan Jihoon. Daddy boleh menang dalam pilihan raya akan datang kalau ada sokongan dari ayah Jihoon. Ayah Jihoon tu pun orang yang ada banyak kabel, jadi tak hairanlah kalau daddy nak bekerjasama dengan dia," ujar Jinyoung lagi, cuba memujuk adiknya yang keras kepala itu.

      "Tak nak! Oppa ingat ni rasuah ke, tapi versi gadaikan anak sendiri? Tak inginlah Seul!" bantah Yiseul lagi. Masih tidak dapat menerima berita mengejut itu.

     "Seul sendiri dengar apa yang daddy warning tadi. Seul sanggup ke dicampak belajar dekat luar negara tanpa elaun setiap bulan dari daddy?" Jinyoung mengingatkan amaran ayah mereka sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke rumah tadi. Yiseul mengeluh. Yang itu pun dia tak mahu, namun untuk memilih berkahwin dengan Jihoon, dia tak sanggup.

      "Oppa..." Yiseul mencebik, menampakkan tanda-tanda ingin menangis. Jinyoung mencebik juga sebelum menarik tubuh adiknya ke dalam pelukan.

      "Janganlah menangis, Seul." Jinyoung mengusap belakang badan Yiseul lembut sementara Yiseul sudah mengeluarkan air mata dan menyembamkan mukanya pada dada Jinyoung.

      "Seul tak nak... Seul tak nak mana-mana pilihan tu pun," kata Yiseul tersedu-sedu. Terasa sesak dadanya apabila menghadapi situasi ini.

      "Seul... dengar cakap daddy boleh? Oppa janji, Jihoon dengan Seul akan bahagia. Jihoon kan memang suka dekat Seul?"

       Yiseul tidak menjawab sebaliknya dia masih menangis. Ya, dia tahu Jihoon memang sukakan dia dari dulu lagi. Lelaki itu banyak kali cuba mengambil hatinya di sekolah dengan memberi surat cinta dan hadiah.

        Malangnya Yiseul memang tak ada hati langsung pada seniornya itu. Malah gadis itu tidak menaruh harapan pada mana-mana lelaki pun!

        "Tak nak..." kata Yiseul lagi, dia menggeleng-gelengkan kepala berulang kali.

•••

KEESOKAN harinya, Yiseul dan Jinyoung pergi ke sekolah seperti biasa. Jinyoung dengan mood yang ceria manakala Yiseul menayangkan muka masam sejak turun bersarapan sehinggalah dia tiba di sekolah.

         "Seul? Okey tak?" tanya Yuqi, menyedari gadis itu kerap termenung dan asyik hilang fokus dalam kelas. Makanan yang terhidang atas dulang milik Yiseul yang dia ambilkan diletakkan berhadapan gadis itu.

        "Okey. Seul rasa tak berapa sihat je," jawab Yiseul, berdalih. Takkan dia nak ceritakan yang dia kena kahwin paksa? Buat malu saja!

       "Betul ni? Kau nak pergi rehat di bilik rawatan?" Miyeon pula yang bersuara, kelihatan risau benar dengan kondisi Yiseul pada hari itu.

       "Tak apalah, Seul rasa Seul masih larat lagi nak belajar," jawab Yiseul lalu dia menghadiahkan sekilas senyuman kecil. Miyeon dan Yuqi berpandangan seketika sebelum mereka mengangguk.

        Sedang leka Yiseul menyuap makanannya, tiba-tiba bahunya ditepuk oleh seseorang dari belakang. Yiseul menoleh dan dia terasa seolah-olah tidak boleh bernafas apabila melihat wajah Jihoon yang tersenyum comel itu.

        "Seul, boleh tak saya nak bercakap dengan awak? Dekat taman sekolah. Awak makan je dulu, dah habis baru jumpa saya," kata Jihoon dengan lengkap tanpa Yiseul sempat menolak. Dia terkebil-kebil seketika.

        "Okey! Saya tunggu awak dekat sana nanti," sambung Jihoon lagi lantas dia sengih dan berlalu pergi dari situ. Yiseul mencarut dalam hatinya kerana tidak dapat menjawab yang dia tak mahu berjumpa Jihoon.

        "Ada apa-apa ke ni, Seul?" soal Miyeon ingin tahu. Memang satu sekolah tahu akan perasaan Jihoon kepada Yiseul, tapi tak pernah pula mereka melihat Jihoon bertegur dengan Yiseul serapat ini.

       "Err... entahlah. Seul pun tak tahu," balas Yiseul pendek. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

       "Dia nak confess kot!" Yuqi bersuara dengan tebakan yang membuatkan Yiseul tersentak.

        "Mungkin! Jihoon sunbaenim kan memang suka dekat kau, Seul." Miyeon turut bersetuju. Dia tersengih gatal dan menjongketkan kening untuk mengusik Yiseul.

        "Mengarutlah! Mungkin dia nak cakap pasal sekolah saja dengan Seul," bidas Yiseul dengan gelengan, tidak bersetuju dengan pendapat Yuqi tadi. Jihoon nak meluahkan perasaan kepadanya? Alamat kena reject dan buat malu saja.

•••

SEPERTI yang dipinta Jihoon, Yiseul melangkah ke arah taman sekolah itu dengan lemah. Jauh di sudut hatinya dia seperti sudah dapat mengagak apa yang Jihoon ingin katakan padanya. Pasti berkaitan perkahwinan paksa mereka itu.

       "Oh, tolonglah dia tak setuju dengan cadangan tu," keluh Yiseul sendirian tanpa sedar yang Jihoon sudah muncul di sisinya.

       "Cadangan apa?"

       "Kkamjakiya!" Yiseul mengurut dadanya yang terasa berdetak laju akibat terkejut. Wajah Jihoon yang lebih tinggi darinya itu dipandang dengan kerutan di dahi.

      "Saya terkejutkan awak ke? Sorry, sorry." Cepat-cepat Jihoon meminta maaf apabila melihat wajah Yiseul bertukar cemberut.

       "Tak apa. Cakaplah apa yang sunbae nak cakap. Kelas akan bermula tak lama lagi." Yiseul menilik jam tangan berjenama di tangannya, sedikit masa lagi waktu rehat akan tamat.

       "Seul... dah tahu pasal apa yang ayah kita rancangkan?" Jihoon bertanya perlahan, takut Yiseul melenting tiba-tiba.

        "Tahu, dan saya tak setuju! Saya nak sunbae cakap dekat ayah sunbae yang kita berdua langsung tak setuju dengan idea bodoh ni." Laju saja Yiseul membalas dan kemudiannya Jihoon terdiam.

        "Tapi... saya setuju, Seul. Saya memang sukakan awak jadi saya tak rasa terbeban langsung dengan cadangan tu," kata Jihoon dengan wajah seriusnya. Yiseul perlahan-lahan menunduk dengan kesal.

         "Jadi, berhenti sukakan saya. Saya tak nak berkahwin dengan sunbae."

          Dengan itu, Yiseul berpaling dan melangkah pergi meninggalkan Jihoon apabila loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.

to be continued...

•••

entahla, bad beginning i guess?

please wait for the next chapter 💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro