Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Prolog 1



Cerita ni asalnya dah jadi draft, dan kemungkinan tidak bersambung. Namun begitu setelah pembacaan kembali. Saya rasa mungkin saya akan menulis semula kisah yang lama tertangguh. Sementera tunggu update. Boleh lah baca-baca. Ceritanya tak lah sehorror dan thriller mana. Tapi saya janjikan perasaan disturbing tu ada sepanjang pembacaan anda. Ready dah ke?

Sekitar tahun 2014, Johari Sudin seorang pelajar tahun akhir Uitm Puncak Alam jurusan Pengurusan Perniagaan. Seorang budak yang pendiam, tidak banyak bergaul. Ramai rakan sekelasnya mengelaskan Johari merupakan seorang budak yang anti sosial. Namun begitu dia juga bukanla seorang pelajar yang teruk. Untuk dua sem berturut-turut dia pernah mendapat anugerah dekan dengan pointer 3.89.

Apabila membuat kerja berkumpulan, kebanyakan pelajar akan bergantung harap, dan bersikap menjadi sleeping partner kepada Johari. Mereka mengambil kesempatan atas kerajinan dan kelurusan Johari. Johari tidak pernah kisah dengan hal itu. Dia tidak pernah kisah tentang apa-apa sebenarnya. Musuh? Rakan? Duit? Johari tidak mengerti kepentingan semua itu. Dia percaya, semua itu berlaku atas kerana keinginan orang untuk menambah rencah dalam kehidupan. Drama semata. Hakikatnya bagi Johari hidup ini sebenarnya hanya untuk menunggu mati sahaja. Itu hakikat yang tak boleh ditolak oleh kita sebagai manusia.

Membosankan la Johari ni. Itu la pendapat orang lemparkan keatasnya. Bosan? Dia tak pernah merasakan sebegitu. Dia tak ada rasa apa-apa. Paling tepat mengambarkan Johari adalah dia umpama robot atau mungkin alien di tengah-tengah lautan makhluk penuh emosi.

Apa yang berlaku pada bulan March 2014? Sewaktu para pelajar degree sudah memulakan semester baru mereka. Mendapat assigmen pertama mereka. Bagi pelajar tahun akhir sudah mula fikirkan projek tahun akhir yang perlu dilaksanakan. Mungkin thesis juga sudah bermain dalam benak.

Johari Sudin, seperti biasa berkumpulan dengan rakan rumah sewanya yang sama-sama belajar dalam bidang yang sama. Ianya perkara biasa, rakan kelas memilih untuk menyewa sesama mereka. Kerana mereka fikir mudah kalau mahu melakukan kerja assigmen kelak. Satu rumah saja. Tak perlulah berjumpa di kedai mamak atau di restoran makanan segera bila buat kerja.

Melainkan kalau pensyarah menuntut dalam satu kumpulan harus ada laki-laki dan perempuan. Dalam kes ini, terdapat seorang perempuan bernama Atikah di masukkan dalam kumpulan terdiri daripada 4 orang lelaki termasuk Johari Sudin. Yang lain bernama Arif, Jamadi dan Nuar.

Biasanya kalau hanya ada seorang bunga di dalam kumpulan, mereka hanya meminta Atikah untuk datang saja ke rumah dan buat kerja di rumah mereka. Orang mengata? Masyarakat hanya membuat kerja masing-masing. Belum pernah mereka ditegur membawa masuk perempuan ke dalam rumah. Lagi pula mereka beralasan untuk membuat kerja. Atikah juga bukan lah gadis yang pemalu-pemalu. Dia agak gila-gila.

Namun begitu, suatu hari. Disebabkan rasa peluang itu terhidang di depan mata. Mereka telah merogolnya secara bergilir. Lima orang semuanya tidak termasuk Johari yang disuruh membeli mounting board ketika itu. Dua lagi adalah pelajar dari jurusan farmasi. Badrul dan Haris. Atikah tidak mampu berlawan dan menjadi mangsa kerakusan nafsu lelaki yang disangkanya adalah temannya selama ini.

Sepulangannya Johari dari kedai, mereka masih tidak habis mengerjakan aktiviti terlaknat mereka. Terdengar jeritan rakan perempuannya itu membuatkan Johari berlari masuk ke dalam bilik. Dilihat depan matanya si Jamadi sedang meraba tubuh Atikah. Sambil Badrul sedang pegang kedua pergelangan tangan perempuan itu.

"Balik awal pulak budak ni." Ucap Badrul sambil melihat Johari.

Johari menyeluk kocek seluarnya, dalam benaknya berfikir untuk menghubungi polis. Namun tindakan itu hanya memprovok rakan-rakan serumahnya yang lain. Bagi mereka itu adalah satu bentuk ancaman. Haris yang berdekatan dengan pintu adalah orang pertama mencekik leher Johari. Dia menepis telefon bimbit milik lelaki pendiam itu sehingga jatuh.

Lantas Nuar, menendang perut Johari sehingga dia tertunduk menahan perutnya yang sakit.

"Babi budak ni, nak telefon polis. Kau tahan dia sekejap. Aku pergi dapur." Badrul meninggalkan Atikah yang baring kelesuan di atas tilam. Air matanya masih lagi menitis.

Kini Badrul muncul dengan sebilah pisau.

"Woi kau nak buat apa dengan pisau tu Badrul? Kau nak bunuh dia ke?" tanya Nuar.

"Jap, apapun tanya dia dulu. Kau kabo kat kami Johari, kau janji tak ngan kami nak diam-diam lepas nih?" tanya Jamadi sambil menunding jarinya kemuka lelaki tiada perasaan itu.

Johari masih tenang. Tak ada langsung perasaan cemas walaupun Badrul bila-bila masa boleh menikamnya. "Perbuatan korang salah, korang patut serah diri pada polis." Pintanya.

Entah kenapa, dia yang tak pernah peduli mengenai urusan manusia selama ini hari itu, dia terpanggil untuk menjadi wira kepada gadis yang diperkosa depan matanya. Matanya melihat ke arah Atikah. Perempuan itu melihatnya kelihatan merayu untuk meminta pertolongan dengan mata yang sayu dan berair itu.

Apa yang orang tak tahu. Manusia robot sepertinya juga sebenarnya punya perasaan. Dia dari dulu sudah jatuh hati pada Atikah. Daripada awal semester pertama. Namun kerana sikapnya, dia tak pernah tunjuk atau luahkannya dan hari demi hari perasaan itu membesar dalam hatinya. Gadis ini berlainan sekali dengan gadis yang lain. Dia berjaya menyedarkan Johari bahawa Johari bukan robot. Menyedarkan Johari bahawa dia adalah manusia sama seperti orang lain. Mengharapkan kasih manusia lain.

Melihat gadis yang dicintainya diperkosa oleh syaitan-syaitan ini membuatkan Johari merasa geram. Mereka semua tidak layak menyentuh perempuan ini dengan tangan-tangan kotor mereka. Mereka patut menerima balasan atas apa yang mereka lakukan.

Johari lantas cuba berlari keluar, dia ingin memanggil jiran-jiran agar membantunya. Namun kelima-lima syaitan itu sempat menangkapnya, membelasah sehingga tulang temulangnya patah sebelum Badrul merodok pisau ke perut dan dadanya. Dua tiga kali rodokan itu menembusi organ paru-parunya. Darah memancut dan melimpah ruah ke lantai. Johari kini terbaring di atas kolam darah. Matanya masih tidak lekang melihat Atikah sehingga dia menghembuskan nafasnya.

Atikah menjerit. Cepat-cepat Jamadi menahan mulut perempuan itu.

"Apa kita nak buat dengan perempuan nih?" tanya Jamadi.

"Alang-alang dah bunuh orang." Badrul menikam pula perut Atikah sehingga perempuan itu pun turut menghembuskan nafas terakhirnya. Nuar yang bersandar di pintu menggigil ketakutan bagai tidak percaya dengan apa yang mereka lakukan malam ini.

"Jangan ada sesiapa pun pecah lubang, biar pecah di perut jangan pecah dimulut. Sesiapa cuba bocorkan pasal ni. Aku sendiri akan cari dan bunuh." Badrul memberi amaran.

Malam itu, mereka telah mengerat-ngerat tubuh kedua mayat itu, dimasukkan ke dalam plastik sampah berwarna hitam dan diagihkan untuk ditanam berlainan tempat.

March 2014. Tragedi hitam tidak berakhir pada hari itu, malah ia hanya mewujudkan tragedi yang baru. Jauh lebih ngeri. Jauh lebih kejam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro