Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

Mata Nuar tidak lekang memerhati meja kubikel di seberang sana, bahagian I.T. Lelaki itu memang sangat mirip dengan Johari Sudin. Gaya rambutnya yang seakan cendawan. Muka pucat cengkung. Badan kurus tinggi. Semuanya seiras. Ini menimbulkan perasaan seram dalam dirinya. Seumpama melihat hantu.

"You..tengok sapa?" Junaidah melompat menghalang pandangannya.

Nuar bersandar ke kerusi. "Budak baru. I macam pernah-pernah tengok muka dia tapi tak cam." Ucap Nuar menipu.

"Si Joe tu eh? Dia datang ke hari ni, mana?" perempuan tinggi lampai itu memusing badan, melihat-lihat ke arah bahagian I.T "Tak ada pun."

"Ada la." Nuar menyereng tubuhnya. Terkebil-kebil matanya. Betul kata Junaidah. Joe tak ada disitu lagi dah. Mungkin pergi somewhere. "Sibuk la dia ni."

Junaidah ketawa kecil. "I sebenarnya happy bila tengok you senang. Tak macam hari tu. Macam orang nak mati."

Senang? Dia tak tahu, semenjak kematian Jamadi. Hidupnya semakin tidak senang. Mimpi ngerinya juga semakin menjadi-jadi. Cumanya pagi tadi dia sempat hisap ganja. Supaya perasaannya menjadi tenang. Tapi itu pun tak lama. Nanti masuk tengah hari, jiwanya kacau balik.

Nuar menuju ke pantri, membancuh air kopinya. Dalam leka memutar kopi dengan sudu. Dia ditegur dari belakang. Terkejut dia. Tak sedar dah berapa lama lelaki itu berada di belakangnya. Melihat wajah lelaki yang menegurnya itu membuatkan dia tak keruan. Peluh di belakang badan semakin banyak mengalir keluar. Dia juga rasa seriau. Lelaki yang mirip Johari Sudin kini hanya berjarak setapak sahaja dengan dia. Memori lama bermain-main dalam kepala.

"Ini kita kena kerat bagi kecil-kecil. Kalau tanam satu badan polis jumpa, senang diorang cari kita." badan Johari dipegang Badrul. Nuar juga turut membantu supaya tak lari bila ditakik dengan parang. Badrul kelihatan tenang sahaja walaupun baru lepas membunuh orang. Tapi tidak bagi dia. Dia rasa ketakutan yang amat sangat. Namun begitu dia tetap cuba sedaya upaya berlagak tenang pada malam itu.

"Saya nampak awak tenung saya." Kata Joe yang mirip dengan Johari Sudin mematikan lamunannya sebentar tadi. Perut Nuar rasa bergelodak. Dadanya dirasakan senak. Dia cuba menahan.

"Have we met before?"

"Nope. I just started in the IT department."

"Tak, I mean before this, kat luar." Lurus pun serupa je fikir Nuar.

Joe menggeleng kepalanya. Nuar senyum kelat lalu meminta izin untuk mengundur diri. Perasaannya tidak selesa semakin menguasai diri.

"Hei." Panggil Joe tiba-tiba.

Nuar melihatnya. Mata mereka saling melihat. Perasaan ngeri bermain dalam benak. Tidak pasti kenapa Joe melihatnya dengan pandangan begitu. Wajah dingin seperti mahu membunuh. Nuar semakin berpeluh-peluh, rasa seperti terancam.

"your coffee."

"Ha.yeah..aha right." Baru dia sedar kebodohannya meninggalkan kopinya di pantri.

***

"Dari bukit aman? Er saya habis kerja dalam pukul 5. Lepas tu saya free la. Oh okey boleh." Polis dari cawangan bukit aman menghubunginya? Apakah ia berhubungan dengan kes 3 tahun lepas? Nuar jadi gugup. Tapi melalui panggilan, tak nampak seperti mereka mengesyaki dia penjenayah. Malah kalau mereka tahu dia telah melakukan jenayah, pasti mereka tidak menghubunginya. Pasti mereka terus ke mari dan menangkapnya.

Selesainya kerja pada hari itu dia bergegas menuju ke tempat dijanjikan. Starbuck berdekatan dengan Alamanda. Dekat saja dengan tempat kerjanya. Dia mencari wanita berpakaian gelap dan bercap, free hair. Tidak susah sebab tak ramai pun orang disitu. Wanita itu melambai sambil melihatnya. Hairan, kenal pula aku, fikir Nuar.

"Ini saya orderkan capucinno. Tak kisah kan?" dia meletakkan secawan kopi di hadapan Nuar.

Nuar angguk kepala. "Tak ..tak apa cik."

Wanita itu ketawa. "Tak payah nak segan-segan dengan saya. Ke awak takut sebab saya polis?"

"Lebih kurang macam tu la cik. Saya tak biasa berurusan dengan polis."

"Kalau tak buat jahat. Tak apa tak payah takut dengan kami. Kami manusia cari makan juga macam awak-awak."

Tak buat jahat? Ayat itu sahaja telah berjaya menikam hatinya, dan dirasakan seperti satu torehan membuka luka lebih besar. Sakit. Sakit sekali. Kepalanya semakin pening. Dunianya semakin berpusing-pusing.

"Awak okey?" tanya wanita polis itu. "Oh lupa saya nak kenalkan nama saya.."

"Detektif Laila Hashim kan. Ada cik sebut dalam telefon tadi."

Laila Hashim tersenyum. "Ya dari unit D9."

D9, Mengikut pengetahuan Nuar, mereka adalah bahagian siasatan jenayah berat. Dia menelan air liur. Apa tujuan polis dari bahagian D9 ingin berjumpa dengan dia? Nuar berharap wanita dihadapannya ini tidak membuka cerita mengenai 3 tahun lepas. Tolonglah jangan.

"Saya dapat contact kamu ni pun dari telefon Jamadi. Dia rakan kamu kan."

Nuar angguk kepala lemah. Jantungnya semakin berdebar. Takutnya sampai mahu terkencing di dalam seluar.

"Kali terakhir sebelum dia mati bunuh diri. Dia ada call kamu. Boleh saya tahu apa yang kamu berdua bualkan?"

Bola mata bergoyang, pandangannya mula merendah. Dia tak berani melihat wajah detektif ini. Dia takut kalau detektif ini dapat membaca fikirannya dan kemudian tahu apa yang mereka sorokkan selama ini.

"Dia cuma bagitahu, dia tertekan." Kedua tangan di atas peha di gengam rapat. "um cik, boleh saya tahu, kenapa polis berminat mengenai kematian dia? Sebab dia kan bunuh diri. Tiada jenayah dalam kematiannya." Nuar mengangkat kembali kepalanya.

"Biasanya polis akan menyiasat jika kematiannya ada terlibat dengan kes-kes ugutan dan sebagainya tapi kematian arwah rakan kamu ini menarik perhatian saya. Kamu ni pernah belajar di Puncak Alam kan dulu. Kamu kenal Arif?"

Ah sudah, seorang demi seorang nama rakannya disebut. "Sa..saya kenal dia. Dia pun mati bunuh diri juga."

"Kamu rasa kenapa?"

Mata Nuar terbelalak. Pertanyaan itu membuatkan dia berasa cemas. "Ah er kenapa?"

"Hasil post mortem kami, Arif telah mati bunuh diri kerana menyuntik heparin berlebihan ke pembuluh darahnya."

"Ke..jamnya." Nuar menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Dia boleh membayangkan seksaan yang dirasakan oleh Arif sebelum dia meninggal. Tiba-tiba pula badannya dirasakan gatal. Lalu dia menggaru bahagian lengannya.

"Awak kena tolong saya Nuar. Kalau awak tahu sesuatu tolong beritahu saya. Kerana ini bergantung pada hidup dan mati awak juga."

"A..apa maksud puan?"

"Kamu tak hairan? Dua orang rakan kamu mati bunuh diri dalam tempoh yang terdekat?"

"Tapi..kan diorang cuma membunuh diri?"

"Tak. Saya tak rasa mereka hanya membunuh diri. Kerana baru ini pihak polis menjumpai nota ugutan di rumah arwah Jamadi, begitu juga di rumah arwah Arif."

"No..nota ugutan?" jantung Nuar tiba-tiba berdegup dengan pantas sekali. Dia menyentuh dadanya. Sama seperti yang diberitahu Jamadi sebelum ini.

"Kerana itu lah saya cari awak, kerana awak adalah orang terakhir yang dihubungi oleh arwah. Mana tahu jika dia ada cuba beritahu awak sesuatu. Cuba ingat kembali." Desak Detektif Laila.

Nuar tidak suka akan benda ini. Dia tahu kenapa mereka membunuh diri. Kalau diberitahu maka sia-sia la rahsia yang mereka simpan selama ini. Semuanya akan terbongkar. Melihatkan kesungguhan detektif perempuan ini menjadikan dia takut. Dia takut lambat laun mereka bakal tertangkap.

"Oh kalau kamu tak tahu tak apa la. Ada lagi satu saya nak pastikan. Kamu kenal nombor ini?" Detektif Laila mengambil telefon bimbitnya dikocek seluar lalu ditekan-tekan beberapa kali di atas skrin. Kemudian dihalakan kepada Nuar.

Nuar menggeleng kepalanya.

"Saya cuba call. Tapi nampaknya tidak dapat."

Setelah berbual-bual akhirnya Detektif Laila Hashim meminta mengundurkan diri. Air kopinya yang sudah sejuk diteguknya membasahi rengkung. Dia rasa lega, rupanya detektif tersebut cuma melakukan prosedur penyiasatan biasa. Beberapa rakan kelasnya dulu pun telah disoal sebelumnya.

Tak boleh! Dia tak sepatutnya berasa lega, sama ada polis akan mengetahui apa yang mereka pernah lakukan atau Johari Sudin yang datang menemuinya. Dua-dua itu menakutkan dia. Kenapa la masa itu dia tergamak untuk lakukan hal seperti itu? Kerana nafsu? Hanya kerana kepuasan yang tidak sampai setengah jam itu lah dia merana seumur hidupnya. Bodoh. Memang patut nyawanya diambil oleh Johari Sudin.

Nuar terfikir, adakah dia perlu memberi amaran itu kepada Badrul dengan Haris? Memberitahu bahawa Johari Sudin datang membalas dendam? Jika dia cakap begitu mampus la dua orang tu tak akan percaya padanya. Siapa percaya orang mati datang menuntut dendam? Siapa lagi percaya mengenai hantu-hantu semua itu? Ini bukan cerita wayang.

Nuar menggosok kepalanya. Tapi Johari Sudin memang ada. Dia dah ambil dua nyawa. Kini tinggal lagi tiga.

Matanya melihat orang yang lalu lalang. Dia akan datang. Dia akan datang membunuhnya. Perut Nuar semakin mual. Segera dia berlari-lari mencari tandas awam. Masuk sahaja di tandas awam, terus sahaja dia muntah. Usai membuang segala macam di perut. Segera dia mengambil pil dan menelannya. Barulah selepas itu dadanya menjadi lega kembali.

Malam itu Nuar cuba menghubungi Haris. Beberapa kali panggilan dibuat kemudian ada suara seorang wanita menjawab. Suara seakan-akan baru bangun dari tidur.

"Hello..whose this?" tanya wanita itu.

"Er..Haris ada."

"Darl..ni ada orang call you." Suara perempuan itu semakin mengecil, seketika kemudian suara lelaki menyahut panggilan Nuar. "Hello. Siapa ni?"

"Ni aku Nuar, kau tidur ke? Maaf ganggu kau tidur."

"Tak la, aku tak tidur lagi. Kenapa?"

"Err...bila kau free? Aku nak jumpa dengan kau."

Haris membisu. Nuar terpaksa memanggil 'hello' dua tiga kali, kerana rasa canggung. Kemudian baru dia bersuara. "Aa...Aku busy bulan ni. Tak ada kat Malaysia. Aku kat Macau. Tapi next month aku free rasanya. Next month kita jumpa. Apa-apahal aku call kau. Kay."

"Okey sori kacau. Have fun."

"Its okey la Nuar. Okey hehe thankyou."

Talian diputuskan.

Haris dengan dia dulu adalah paling kamching. Kalau bab nak mengorat awek fakulti ni. Ajak saja Haris. Muka hensem, mulut manis perempuan mesti sangkut. Wajah Nuar pula tidak berapa kacak, tapi dia menjaga badan. Bentuk badan yang menarik itu membuatkan pelajar-pelajar perempuan jadi mengidam-ngidam. Gandingan mereka berdua membuatkan orang panggil mereka dua putera.

"Dalam banyak-banyak orang dalam U kita ni kan Nuar. Aku paling tertarik dengan bentuk badan Atirah. Perfect grade AAA. Tapi tula, tembok dia tebal sangat. Dia tak bagi orang lelaki mengorat dia." Kata Haris.

"Haha tapi sori la nak kecewakan kau, Atirah banyak keluar dengan si Johari Alien tu."

"Ala, alien tu bukan ada nafsu. Sikit pun aku tak rasa terancam. One day, Atirah tu akan serahkan jugak dia punya 'pop' (Haris membuat bunyi letupan mulut) dekat aku. Aku akan pastikan."

"Dasar pussy hunter."

Mereka sama-sama ketawa. One day itu lah menjadi titik hitam dalam hidupnya. One day itula menjadikan hidupnya sekarang neraka. Nuar menggegam kepalanya. Suara histeria seorang wanita membingitkan telinganya.

"Diam!"

Nuarmenendang-nendang dinding biliknya.    

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro